05 January 2009

. sherashi bershama .


Gambar zaman muda-muda.

Gambar ni dah lama dalam simpanan aku. Memang aku framekan dan letak kat opis aku nie. Jumaat lepas, sorang bos kecik kat opis aku ni masuk dok melepak dalam bilik aku ni. Then, dia terpandang la gambar aku ni.

"Boyfriend you ke nie?"

"haah"- aku mengiyakan aje. (Mungkin dia tak kenal kot. Ebi ni pun tak la popular sangat. Aku je yang minat cam nak gila)

"Jodoh panjang nie" - bos kecik

"Kenapa pulak?" - aku

"Sebab muka nampak seiras" - bos kecik


Hihihi. Aku gelak je lam ati.

Tapi, lepas tu aku terpikir jugak. Ramai orang cakap kalau muka kita ngan boyfriend kita tu seiras, jodoh panjang. Serasi la kiranya. Ye ke? Aku belum pernah lagi ada boyfriend yang seiras muka ngan aku. Tapi, kawan-kawan aku adalah jugak. Abang aku ngan kakak ipar aku pun muka ada iras-iras gak.

Tapi, aku kurang percaya sangat benda ni. Mungkin kalau muka kita seiras dengan pasangan kita, nampak serasi bila dipandang je kot. Agaknya la. Ada kawan yang muka langsung tak seiras tapi bahagia jugak. Yang muka seiras pun kadang-kadang bercerai berai jugak. So, terpulang pada kita la macam mana nak handle hubungan kita. Kadang-kadang walaupun muka kita tak seiras, tapi bila dah serasi tu, akan nampak seiras jugak. So, jangan percaya sangat menda ni.

Tapi, aku ada niat jugak nak cari pakwe yang muka seiras. Hehehe.
Sape-sape ade jumpa pakwe muka cam iras-iras aku, sila kenalkan kat aku yer. :-P

8 comments:

Mawaddah said...

suzan,
aku ngan suami kan...
orang kata seiras takde la tapi persis itu ada :) cam mane tu?hihi.stakat ni lebih 5 orang kate gitu dari zaman study sampai da kawen.klu sekali pandangla.klu byk kali pandang...memang da rupa beras.hikhik :P

meza said...

em, aku setuju bab muka tak seiras tapi bahagia je.
sebab aku harapkan macam tu.
hehe.

iory said...

wow...bestnye...syg lak dulu x amik gmbr ngan artis...hehe

Cik Puan*PIE said...

hehehe...aku jumpe dia kt mines aritu...ingtkan nk terkam aje..tp laki aku kate ape tau..jgn bt2 xnmpk dia ada kt sebelah eh...muahaha

RySha sHaiRy said...

siap pakai baju sama tu...canggih la..huhuhu jeles..

13may said...

agak agak ko ngan aku seiras tak???

wahahahahaha :P

Mawaddah said...

suzan, nnt aku bagi link tudung k.aku tau ramai carik tudung fesyen tu skarang.ada promosi sampai 10 januari ni tau.nnt blh rembat harga tu.

susudalambotol said...

betul ke eh? serius?
sebab ramai kata muka kita ada iras dgn adi.