Al-kisahnya krismas lepas aku, hawa, azrul, eapit, ain ngan adik eapit telah pergi bercuti ke Pangkor. Ni kira percutian tanpa dirancang la kiranya. Eh, bukan..bukan.. Ni percutian yang dirancang last minit. Biasalah aku ni, memang tak suka nak plan awal-awal. Aku nye stail 'up jadi' je. Ada duit, ada masa, ada kawan....jalan....
Kitaorang sebenarnya (aku ngan hawa) memang ade niat nak pergi bercuti sama-sama. Cuma masa tak mengizikan. Mulanya rancang nak pergi Cameroon Highland. Tapi apesal tah tetiba tak jadi. Aku memang fobia sket gi tempat-tempat tinggi ni. Fobia nak naik bas jauh-jauh. Lagipun aku rasa jalan nak ke Cameroon Highland tu cam tak selamat je. Bengkang bengkok. Belok sana. Belok sini. Alangkan jalan kat Bukit Putus tu pun aku takut, inikan pulak jalan nak ke Cameroon Highland tu. Kalau betul nak pergi pun, aku nak makan ubat tido sebelum pergi. Nanti tau-tau je dah sampai Cameroon. Hehehe.
Setelah kata putus dibuat, kitaorang pun pilih Pangkor je sebagai lokasi percutian. Cis, aku bercita-cita nak bercuti kat Maldives sebenarnya. Tapi, takpelah...aku bayangkan je la Pangkor tu cam Maldives. Nak wat cemana. Orang miskin cam aku ni, mampu cuti-cuti Malaysia je la. Tu pun duit aku korek tabung katak aku. Hinanya.....
Ok la berbalik pada cerita tadi. Asalnya kitaorang nak gi sana tuk 2 ari 1 malam je. Tapi, rasa cam tak berbaloi la pulak. Ye la pergi hari khamis pagi. Sampai sana dah tentu la petang. Petang aktiviti pe je leh buat. Takat mandi-mandi kat pantai. Pastu esoknya dah kena balik. Isk..tak boleh..tak boleh... takat nak mandi pantai, baik mandi kat pantai PD je. Takpun, aku tiup je kolam plastik tu, isi air..pastu dok la berendam ngan adik beradik aku. Huh.Maka, atas kesedaran tersebut kami telah membuat persetujuan untuk stay sana selama 3 hari 2 malam. Tapi, kitaorang tak amek pakej. Pergi backpack je. Main redah je. Chalet pun nasib baik ade. Kalau tak, terpaksalah kitaoran bentang towel kat pantai pastu tido beramai-ramai kat situ sambil mengadap bintang-bintang bertaburan di angkasa.
Kitarang stay kat Teluk Nipah. Apa nama chalet tu pun aku tak ingat la. Nizam ke Mizam tah. Boleh la.. dah nama pun chalet kan. Takkan nak demand lebih2 pulak. Kalau nak rase servis bagus, bajet pun kena masyukk.. Takat bajet ciput, memadailah dok situ. Kalau miskin wat cara miskin ok.
Hari pertama tu tak buat apa pun. Just mandi-mandi kat pantai je. Pastu malam pulak hujan. So, memang melepak di bilik la jawabnya. Esoknya kitaorang g snokerling. Tapi, yang tak bestnya aku tak snorkeling pun. Aku ngan adik aku (ain) dok je kat tebing-tebing laut tu. Kitaorang memang penakut laut sebenarnya. Tapi, ada hati nak snokerling. Walaupun dah pakai safety jacket, aku still rasa cam tak selamat. Asal la aku asik rasa nak tenggelam je. Aku rasa safety jacket tu dah tarikh luput la. Sebab tu la rasa nak tenggelam jek. Lagipun kami memang tak pandai berenang. Nasib la kan... Si hawa boleh la snokerling sebab dia ngan pakwe dia. Ape-ape hal pakwe dia leh selamatkan. Aku ngan adik aku? Kalau apa-apa jadi, memang mampu tengok je la sambil menjeri-jerit. Hmmm.....ape nak buat...
Sudahnya aku ngan adik aku balik bawa luka kat badan dan juga di hati. Maunye tak. Kat situ dah la banyak batu. Yang kitaorang punya pandai leh pulak dok atas batu-batu tu.Konon-konon abis selamat la dok situ. Pastu, sekali ombak datang...abes dia hanyutkan kitaorang. Memang terkontang-kanting le masa tu. Padahal aku dok elok-elok je atas batu tu. Tapi, bila time ombak, mesti aku rase cam nak terpelanting. Ombak jahattt..... Mungkin jugak faktor kekurusan badan kami yang cam biskut hup seng ni yang buatkan kitaorang tak stabil. Memang terus ilang mood aku tuk ari tu...tensen je tangok orang lain snorkeling. Aku pulak dok diam-diam atas batu macam patung cendana. Cis!!
Malam pulak kitaorang buat BBQ. Mengada sangat nak wat BBQ kat pantai. Konon nak menghirup udara segar sambil menikmati angin sempoi-smpoi bahasa. Amek ko kena bbq dalam gelap. Tu la orang dah kate wat kat chalet tu je. Nak sangat buat kat pantai. Sib baik aku tak mati tercekik tulang ikan. Kalau tak, jenuh jugak la mak bapak aku nak kena melawat pusara aku kat Pangkor tu. Tapi kan yang tak bestnya eapit ngan adik dia tak join bbq sebab gaduh ngan aku. Dia la...emosi terlebih. Tah pape tah. Kan dah rugi tak dapat jib BBQ. Kitaorang sedap-sedap mencekik, dia leh bantai dok lam bilik. Nasib lerr......Pas abes bbq, aku ngan adik aku jalan-jalan cari souveneir. (kononnya la). Padahal aku beli souveneir tuk aku sendiri. Hihihihi.
Esoknya kitaorang dah berambus balik KL. Tu je la yang mampu aku ceritakan kat sini. Tak ada wat ape pun. Pergi pun tak ramai kan. Aktiviti pun kurang. Lagipun, aku memang pergi sana tuk jalan-jalan buang masa + buang duit je. Nak release2 tensen jek (tapi hakikatnya bila balik KL akulagi tensi...apehal????).
So, this year kalau ade duit lebih aku cam nak pergi Bali. Kalau tak pun Pulau Perhentian je kot. Ok, masa tuk mengumpul duit dari sekarang.
Tata.

5 comments:
huhu...seronoknye..kite wat bbq dlm bilik je..
huhu~sbijik template mbe aku..
"Cuma masa tak mengizikan."
ingt ezy ke. hahaha
suzan
bestnye.jeles ni.
bali?arghhh teringin tapi..
ntah bila dengan kekangan masa kerja suami aku yg teramat bz itu.
hawa!!!rindu gile kat minah tu..
wah, cun la template.
rasa cm happy je visit blog ni.
hehe.
mesti dekat2 tarikh kita pergi kan?
btw, pangkor best..nyaman dok sana :)
Post a Comment