31 March 2009

. syhhhh....ini adalah rahsia # 1.


Aku buat apa yer dengan duit tu?
Lupa pulak.
Agaknya kalau aku kumpul-kumpul dut hasil curian tu, dah boleh pergi haji agaknya.

Dosa tak curi duit bapak sendiri?
Kalau ikut hukum kena potong tangan tak?

Tapi, aku dah mintak halal masa mintak maaf time raya.
Kira halal la kan.

Ala, anak bapak..ape nak berkira.....

. entry ini khas untuk student politeknik yang mengambil course DSK .


Kenal lagi ngan tulisan kat atas tu?
Boleh baca tak apa yang aku tulis tu?
Kalau boleh, TAHNIAH.
Korang memang hebat!



Sebabnya, aku sendiri pun tak boleh baca apa yang aku tulis.
Hihihihi.

Sesia je lecturer ajar bertungkus lumus dulu.
Ini je hasilnya.

Er, tapi dulu aku dapat 4 flet tau tuk subjek trengkas.
Masa sem 1 la. Hehe.

Sape ek lecturer yang ajar trengkas dulu? Lupa la
Aku asik ingat En. Arshad ngan En. Siri je. :-)



p/s : Tulisan kat atas tu ialah lirik lagu Menjaga Hati.

Kepada sesiapa yang tak tau, tulisan kat atas tu ialah tulisan rahsia zaman purba.
Ehee..acah mak enon. Tu tulisan trengkas. Nak tau lebih lanjut, try ar google.
Malas pulak nak terangkan.

26 March 2009

. ada apa dengan RM 169.70 .


Ini yang aku dapat dengan RM 169.70.
(muka tak puas hati)

Apasal harga barang sekarang makin mahal ar? Ada cadangan tak untuk mengurangkan perbelanjaan barang-barang keperluan nie?

Mungkin aku perlu tukar dari krim Olay kepada Temulawak. Yer, temulawak harganya baru RM 5. Er, mungkin dah naik harga kot sekarang.

Compact powder tu aku beli yang paling murah la tu. Takde la nak beli Maybelline ke Revlon ke, Silky Girl pun aku tolak tepi. Heh, mungkin aku kena pakai bedak Carrie je lepas nie.

Syampo. Er, sebenarnya aku tak plan pun nak beli syampoo Loreal tu. Ni semua salah iklan kat TV dengan menampilkan pompuan cantik dengan rambut mengerbang sana sini. Yer, aku sangat terpengaruh dengan iklan. Ok, lepas ni syampoo badan pakai sekali kat kepala. Jimat sungguh.

Lipgloss and lipbalm tu nak tukar kepada apa ye? Dengan berbekalkan bibir mungil ala-ala Anita Sarawak ni, aku sangat memerlukan lipbalm dan lipgloss itu. Aset tu. Kena jaga bebaik. Hehe.

Dentyne?? oh, itu sangat memerlukan untuk mengekalkan nafas yang segar. Pernah tengok iklan (er, lupa pulak iklan apa.) Iklan tu menunjukkan seorang putera kacak mencari pasangan ala-ala cinderella ; sape muat pakai kasut tu akan dipilih. Maka ramailah jelitawan-jelitawan sekalian mencuba kasut tu. Semuanya muat, tapi tidak dipilih kerana nafas berbau. Kemudian datang pompuan hodoh yang memakai cermin mata besar, rambut tocang dua, lipstick merah menyala dan pakaian yang sangat meriah. Sebelum mencuba kasut tu, pompuan ni makan lah tah hape tah..ala, lebih kurang cam dentyne tu la. Untuk mengelakkan nafas bebau. And guess what?? Pompuan tu tak muat pun pakai kasut tu, kaki gedabak beso. Tapi, disebabkan keharuman nafas pompuan tersebut, maka putera raja yang kacak tu pun memilih dia. Bertuahlah dia kerana dapat mengahwini putera kacak tersebut. Eh, apa aku merepek ni. Hehe.
Kesimpulannya, keharuman nafas sangat penting dalam usaha mencari jodoh. Yeah!!

Ok, dah dah cik cujen. Apa kamu merepek di petang hari ni. Dah kul 5 tak reti-reti nak balik?

Ehe, tak sabo nak balik, nak mandi n pakai syampoo baru. Lalalalala.

24 March 2009

. the truth is hurt .

Ok.Ok. Ni last aku beremosi pasal SAIKO itu. Pasni aku takmo citer lagi pasal dia. Erm..ye ke? Ye la kot. Hehehe.



Nak tau kenapa tajuk entry aku ari tu "i don't need ur fucking friendshit??" dan kenapa aku kata dia saiko.

Meh sini aku cerita.

Ada satu malam yang bodoh tu, entah kenapa aku tetiba pulak jadi bodoh dengan menghantar sms kat dia cakap ' I MISS YOU!!' Damm!! Aku ingatkan itu imaginasi aku je, sekali rupanya betul-betul aku hantar!! Hampeh betul. Dan yang menjadikan bodoh aku tu tahap teragung bila dia tak reply pon sms aku tu. Shit!! Malunya aku. Dan diakibatkan kemaluan yang sangat besar itu (mcm lucah je), aku pun memutuskan untuk tidak meng sms dia dia lagi. Ibaratnya, semua dah berakhir la konon. Tapi..

Esoknya dia tiba-tiba sms aku pulak. Tanya aku buat ape. Mulanya aku diamkan aje. Konon-konon tak nak balas la. Tapi, bila dia hantar sekali lagi msg tu, aku jadi tak sampai hati pulak. Ye la, aku kan berjiwa sensitif. Halus. Kesian pulak tengok msg dia tak berbalas. Baik kan aku? Ke bodoh?? Then, kitaorg pun berbalas2 msg. Tapi, cam biasa la aku meminimumkan msg aku kat dia. Then, entah cemana aku leh pulak terhantar sms ckp 'loneliness sucks' kat dia. Padahal aku nak hantar sms tu kat kawan aku. Tapi, takpelah. Pastu dia reply

"i'm here kan.. well, u'll find someone better yang akan mengisi kekosongan hati u tu"

"really??..i'm sick dengan kata2 u'll find someone better...u deserver better..etc.. False hope!"

"xpela you. I understand. And you, just go. Selagi we keep sms, it makes me susah nak lupakan u. I know u try to be nice to m, or maybe u just rasa bersalah je. But its not the way. It makes me hurt. I still want to be friend with u, but i need time to clear all my stupid feeling nie. Hope u understand. Plz jangan tanya lagi i sihat ke tak, ok ke tak. Just go"


Part yang dia reply ni la yang buat aku tak boleh terima.

"Listen k. I'm here as your friend n i ask u jangan miss me and not to have that stupid feeling and dont menaruh perasaan!! So pls k."

Peh. Hati aku masa tu ibarat luka yang dicurah dengan cuka. Memang pedih ar. Jangan menaruh perasaan konon. Weh, bukan ko ke yang bagi harapan palsu kat aku selama nie??? Padahal aku memang dah cuba tak nak menaruh harapan. Tapi, apa yang ko buat tu semua, layan aku bebaik. Panggil baby la, kekasih la, cakap i love u la, i miss you la..cakap nanti kawen dok sama-sama tak yah rindu-rindu lagi... ape, tu sume bukan harapan ke?? Ok, ok.. aku yang perasan. Padahal tu sume kata-kata biasa je kan.. Ngan semua pompuan pun ko cakap macam tu kan?? Huh!!

And itu jam jugak aku dah decide. Aku mesti lupakan dia. Dan msg terakhir aku hantar kat dia;

"U ingat senang ke ke nak buang all that feeling macam tu je. I'm not like u! And u, if u tak nak i ada perasaan bodoh ni, x nak i miss u, why u still contact me n be nice to me?? U ingat i robot ke? and sorry for loving u.. i xkan muncul dalam hidup u lagi as u wish. Anggap je i sebagai nightmare u. Thanks for everything"

Huh, puas hati aku. Sedih memang ar sedih, tapi aku memang dah geram gila masa tu. Aku ingat dah abes la kat situ. Tapi, korang baca sendiri apa yang dia reply kat aku lepas tu;

"I tido dulu. Sambung lek tomoro. U stop crying k.. Anggap je i dah marah2 u and lepas tu i tido kan u...."

Nampak tak??? Nampak tak tu?? Tak SAIKO ke namanya tu?? Dah la tu, esoknya dia still sms aku macam biasa. Huh!! Aku malas dah reply. Kate dah janji takkan muncul dalam hidup dia. So, aku akan buat!! Nak atau tak nak je kan.

Er, sorry k. Masa tu aku dah tak nangis dah. Dah tak ada hati nak nangis.

Ala, dia takde pun..bumi tetap berputar cam biasa. Matahari tetap jugak terbit. Air sungai tetap jugak mengalir. Aku tetap jugak kena bangun pagi-pagi gi kerja. Tetap kena bayar loan kereta tiap-tiap bulan. Tetap jugak kena langsaikan hutang kredit kad aku! Tetap jugak ketawa terbahak-bahak sampai kuar air mata bila baca buku SHIN CHAN.

See, tak ada apa pun yang berubah kalau dia tak ada. Dunia belum kiamat pun. Hati ni je mengada sangat. Tah hape-hape tah. Aku boleh je nak berkawan ngan dia, tapi kenalah buat cara kawan. U know KAWAN tu macam mana. And aku perlukan masa jugak tuk aku clearkan perasaan aku kat dia. Dia ingat senang-senang ke nak buang perasaan ni macam membuang angin kentut? Kadang-kadang nak membuang angin kentut pun susah tau. Pastu angin memulas-mulas dalam perut. Seksa tau. Haha.


So, kepada sesiapa yang membaca atau mengikuti cerita aku ni, aku nasihatkan la kat korang kalau korang memang dah tak boleh terima seseorang tu baiklah korang berterus-terang je. Memang aku tau truth is hurt. Dan kebanyakan orang selalunya tak nak terus terang sebab tak sampai hati. Konon tak nak melukakan hati. Dan masa tu la keluar ayat-ayat, 'saya bukan yang terbaik untuk awk', 'u'll find someone better', 'kita lebih sesuai berkawan', 'saya sayang awk tapi ada sesuatu tentang saya yang awk tak tau'. Bullshit!! Pada aku tak ada istilah nak menjaga hati atau tak nak lukakan hati. Tu semua sebab nak MENJAGA IMEJ je. Tak nak dibenci orang yang ditolak cintanya tu. Atau mungkin jugak nak buat spare supaya esok-esok kalau dah tak ada orang nak, boleh la kutip balik. TAMAK! Aku benci betul orang macam nie.

Cakap banyak pun tak guna. Aku malas nak semak-semakkan kepala otak aku. Banyak benda lain yang memerlukan perhatian aku. Kan.Kan.

Nak updet sket.

Semalam dia call aku. Tapi, aku malas nak jawab. Then, dia hantar msg tanya 'kenapa nie?'

Huh.




. nama saya CUJEN .

Dapat ini dari blog budak INI.







Boleh la untuk mengisi waktu aku yang sentiasa takde kerja ni. Hihihi.


Btw, aku telah bertekad untuk menyahkan si saiko itu. Dan untuk permulaan aku telah berjaya tidak mengreply msg dia. Yes lah!!