26 March 2009

. ada apa dengan RM 169.70 .


Ini yang aku dapat dengan RM 169.70.
(muka tak puas hati)

Apasal harga barang sekarang makin mahal ar? Ada cadangan tak untuk mengurangkan perbelanjaan barang-barang keperluan nie?

Mungkin aku perlu tukar dari krim Olay kepada Temulawak. Yer, temulawak harganya baru RM 5. Er, mungkin dah naik harga kot sekarang.

Compact powder tu aku beli yang paling murah la tu. Takde la nak beli Maybelline ke Revlon ke, Silky Girl pun aku tolak tepi. Heh, mungkin aku kena pakai bedak Carrie je lepas nie.

Syampo. Er, sebenarnya aku tak plan pun nak beli syampoo Loreal tu. Ni semua salah iklan kat TV dengan menampilkan pompuan cantik dengan rambut mengerbang sana sini. Yer, aku sangat terpengaruh dengan iklan. Ok, lepas ni syampoo badan pakai sekali kat kepala. Jimat sungguh.

Lipgloss and lipbalm tu nak tukar kepada apa ye? Dengan berbekalkan bibir mungil ala-ala Anita Sarawak ni, aku sangat memerlukan lipbalm dan lipgloss itu. Aset tu. Kena jaga bebaik. Hehe.

Dentyne?? oh, itu sangat memerlukan untuk mengekalkan nafas yang segar. Pernah tengok iklan (er, lupa pulak iklan apa.) Iklan tu menunjukkan seorang putera kacak mencari pasangan ala-ala cinderella ; sape muat pakai kasut tu akan dipilih. Maka ramailah jelitawan-jelitawan sekalian mencuba kasut tu. Semuanya muat, tapi tidak dipilih kerana nafas berbau. Kemudian datang pompuan hodoh yang memakai cermin mata besar, rambut tocang dua, lipstick merah menyala dan pakaian yang sangat meriah. Sebelum mencuba kasut tu, pompuan ni makan lah tah hape tah..ala, lebih kurang cam dentyne tu la. Untuk mengelakkan nafas bebau. And guess what?? Pompuan tu tak muat pun pakai kasut tu, kaki gedabak beso. Tapi, disebabkan keharuman nafas pompuan tersebut, maka putera raja yang kacak tu pun memilih dia. Bertuahlah dia kerana dapat mengahwini putera kacak tersebut. Eh, apa aku merepek ni. Hehe.
Kesimpulannya, keharuman nafas sangat penting dalam usaha mencari jodoh. Yeah!!

Ok, dah dah cik cujen. Apa kamu merepek di petang hari ni. Dah kul 5 tak reti-reti nak balik?

Ehe, tak sabo nak balik, nak mandi n pakai syampoo baru. Lalalalala.

11 comments:

Haula Hati said...

gile ar!!!

rm169.70 tok sume tue??

sgt2 cekik darah...

huhuhu~

*cujen, mau kongsi shampoo....boleh?? heee~

cik gemuks said...

yg mahal rasenyer tang shampoo kot

hehehehehe

:D

cujern said...

farah --> tau takpeee.... mahal nk mampos kan... kongsi syampoo... er... er.... larikk...... hihi

arween --> aku rasa olay tu pun mahal jugak...

RySha sHaiRy said...

ok ler tu utk keperluan diri, akak ni pampers2 ngan susu bebudak ni pun dah dekat 200,huhuhu...macam mana nak jadi jutawan ni...

Anonymous said...

mahalnyer...banyak tu jer dpt dan rm169.70? kalo mkan makan kat kdai agak2 tuk stu family de x?

~Cinta Cukulet~ said...

saya pulak

bedak->paksa kakak beli..silky girl hahaha

syampoo->pakai je yg ada kat umah ni..yg penting bukan saya beli

lipbalm/gloss-> ada yg lamanya punya..tapi cukup malas nak pakai..owh itu jugak kakak bagi

kesimpulannya..jimat kan saya nih lalalalala

Mawaddah said...

hahaha.ko memang suke merapu tapi yang merapu tu la aku suke bace.babe aku rasa nanti ko kene pakai bedak kutikura.murah kot time kecik2 dulu sure itu bedak pilihan mak2 kite.haha :)

mmg barang sekarang mahal gilezz.hate that.but that's the fact :(

13may said...

errr....gua tatau nak komen... :D

wawabescoot said...

u use olay ok ke yeh??
rasa nak cuba lah :)

meza said...

mmg harga barang makin mahal.

laksa pun dh rm3.50.
dulu rm2 pun dh dpt.

aduhai, dunia-dunia...

khaleda said...

suma brg sudah mahal woo
aku igt nk pki bedak cap 3A jerk ar
hihihi ;)