05 February 2009

. edisi jiwang yang boleh membunuh .

Awak,
Boleh tak awak jangan ambil berat tentang diri saya..

Sebab saya takut saya akan mula mengasihi awak..


Awak,
Boleh tak awak jangan terlalu baik pada saya...

Sebab saya takut nanti saya akan mula merindui awak..


Awak,

Boleh tak awak jangan ucapkan kata-kata indah dan manis kat saya..
Sebab saya takut saya akan menyayangi awak...


Awak,
Boleh tak awak jangan memberi kenangan dan harapan kat saya...

Sebab saya takut saya akan jatuh cinta dengan awak...


Awak,
Boleh tak awak jangan terlalu menghargai pertemuan ini...
Sebab saya tak nak menderita kerana kehilangan awak...


Kadang-kadang saya asik terpikir je, kenapalah kita ditemukan. Adakah kerana ketentuan takdir atau kebetulan? Dan saya sentiasa tertanya-tanya apakah akhirnya hubungan ini?

Adakah peluang untuk kita bersama selamanya?




Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa
Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu...
telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain Di mimpi-mimpiku

Hidupku..
kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai Harapanku

Selamanya dirimu tetapku sanjungi



hati ni mudah sangat nak jatuh cinta
bencilah!!

04 February 2009

. ku bahagia .

Aku rasa aku sedang BAHAGIA sekarang.

Er, nanti kejap.

Ye ke?

Bahagia?

Tak?

Bahagia?

Tak?

Bahagia?


Mungkin GEMBIRA je kot.

Er, tapi... tak lah. Aku rasa aku BAHAGIA.

Buat masa ni la.

Akan datang tak tau lagi.

Yang penting kena possitif.


aku rasa tahun 2009 ni aku lebih sabar dan positif.
semoga aku terus dalam keadaan begini.



kenapa aku rasa cam kaki aku tak jejak kat bumi je ni?
rasa cam melayang-layang la.
:-)

29 January 2009

. aku yang tertekan .

Hari ni aku malas nak updet blog, juga malas nak buat keje kat opis. So, dari pagi tadi aku dok bz membaca blog kawan-kawan dan juga melompat ke blog yang lain. Mula dari blog HIDD, aku lompat ke blog ARWEEN. Pastu sekodeng blog FARAH dan WADAH pulak. Kemudian dari blog diorang aku menyinggah blog yang lain-lain. Banyak sangat. Tak larat aku nak taip sini satu-satu.

muka ada sinyummm!!


Aku memang suka baca blog orang lain. Suka baca kehidupan orang. Yer la, jalan hidup manusia ni tak semua sama. Sebab tu aku suka baca. Dapat pengalaman yang berbeza. Tapi kan.. aku rasa pelik la. Selalunya aku rasa happy je baca blog orang lain. Tapi hari ni aku rasa TERTEKAN pulak. Sebabnya...... kebanyakan blog diorang tu sume citer pasal orang KAWEN atau citer pasal dapat BABY baru. Member tu kawen, member ni kawen. Takpun kisah diorang sendiri yang sibuk membuat persiapan kawen. Ade yang dapat anak buah. Ade yang sedang tggu masa nak bersalin. Haih. Aku jeles ar!! Bila nak sampai turn aku nie???


Sekian dari aku yang tak rasional.
(wanita yang tak kawen dan dikelilingi kawan-kawan yang dah kawen)
Yer, itu sangat tertekan. :-p

27 January 2009

. cerita cuti 4 hari .

Dah habis cuti. (ikon muka tension)


Cuti 4 hari ni dihabiskan oleh aku dengan hazab sekali.

Ok, aku tipu. Sebenarnya, cuti 4 hari ni dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang amat berfaedah sekali. Cuti kali ni la aku rasa macam masa aku tak dibuang begitu sajer. Biasanya time cuti aku akan terbaring kat atas katil macam orang lumpuh. Bangun pun sekadar untuk mengisi perut dan mandi. Tu pun kadang2 tak mandi selama dua hari. :-). Yer, terima kasih kat mak aku sebab ----> dok ngan mak telah menjadikan aku makhluk paling pemalas kat muka bumi ni. :-P.



Sabtu - My Best Fren Wedding

Plan nak betolak seawal jam 8.30 pagi terpaksa ditangguhkan sebab aku terlewat bangun . :-D. Tu le padahnya kalau dah tau nak bertolak awal tapi malam sebelumnya masih lagi berpoyo-poyo menonton wayang dan berkaraoke tak hengat donia. Sudahnya jam 10.30 baru bertolak. Tu pun dua tiga kali berpatah balik sebab teringgal wallet, duit dan henpon. Tah hape aku pikir agaknya sampai benda-benda penting macam tu pun leh lupe. Cis!


hilang lagi sorang kawan baik :-(


Cerita pasal member aku ni, dia ni salah sorang kawan baik aku masa sekolah-sekolah dulu kat Muar. Aku pun tak ramai sangat kawan baik. Kawan yang aku ade masa tu, dia ni (ZURA) dan sorang lagi (DILA). Masa sekolah dulu, Zura ni selalu kena kutuk ngan kitaorang sebab dia ni skema. Kuat belajar dan takde pakwe. Hehehe. Dia selalu marah kitaorang (Aku & Dila) sebab kitaorang selalu main pakwe-pakwe. Dia kate mende2 tu semua buang masa. Yer la Zura, baru sekarang aku sedar. Sudahnya sekarang aku ngan Dila yang banyak pakwe masa sekolah dulu jugak yang tak kawen2. Zura yang skema dan takde pakwe ni pulak yang kawen dulu. Haih! Nasib. Nasib.

dua orang yang kesian. huhu. hanya mampu tumpang pelamin orang je.
bila la time kami agaknya.


majlis perkahwinan kawan adalah tempat reunion paling strategik sekali.
(kalau nak jumpa sesaje, haram mmg takde)


Selamat Pengantin Baru buat Zura & Suami!


Ahad - Lepaking at My Grandma House.

Tak buat pape. Just lepak-lepak umah atok aku. Memandangkan parents aku dah pindah KL, makanya kalau terasa sangat nak balik kg, kat umah atok aku ni la tempat menumpang. Aku pun memang suka balik kampung. Dulu-dulu masa parents aku masih di kampung, hampir setiap minggu aku balik kampung sampaikan housemate aku masa tu cop aku "Ratu Balik Kampung". Huhu. Maunya tak, cuti sehari pun aku nak balik kampung. Tak tau la kenapa,tapi aku suka kampung aku. (Walaupun tak boleh nak dikelaskan sebagai 'kampung' sangat disebabkan pembangunan yang pesat). Dan aku dengan bangganya menganggap aku sebagai anak jati kampung Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar, Johor! Yer..yer..aku tau.. aku tersangat Johorean. Nak wat cemana,dah memang aku dilahirkan kat situ. Kat umah atok tu jugak dan sememangnya umah atok aku tu memang menyimpan pelbagai nostalgia buat aku. Yer la, dalam banyak2 cucu atok yang seramai 50 lebih tu hanya aku adik beradik je yang merasa tinggal ngan atok aku. Ok, itu akan aku ceritakan di ENTRY KHAS yang lain. (kalau citer sekarang mau lima muka surat entry aku nie). Hehe. Buat masa ni biarlah aku beremosi sendiri mengimbau kenangan lalu. :-)

posing baik punya depan umah atok aku.


Ok, penat beremosi...time to go back putrajaya. Yay!! Aku balik ngan adik-adik aku je dulu. Mak pak aku balik kendian. Sampai Putra dalam kul 7 lebih. Kemas-kemas ape yang patut, then kul 11 tu terus terbongkang tak sedarkan diri. Mak aku sampai pun aku tak sedokan diri. Gile penat. (Penat ape pun aku tak tau). Hehe.


Isnin - Sesi mengemas rumah dan membawa adik-adik keluar berjalan.

Perkara yang paling aku benci bila pindah umah ialah ---> mengemas rumah dan barang-barang yang berpacking tu. Sebabnya aku ade masalah---> tak tau nak start mengemas dari mana. Tapi, aku gagahkan juga. Mana tahan aku tengok kotak-kotak bergelimpangan kat rumah tu. Hajat di hati konon-konon nak mintak adik-adik aku tolong aku mengemas. Tapi, makin bersepah rumah tu dibuanya adalah. Sudahnya aku terkontang-kanting mengemas umah sorang-sorang. Start dari kul 11 pagi dan siap sepenuhnya kul 6 petang. Yay! Berjaya jugak akhirnya. Dan sekarang barulah boleh cakap RUMAHKU SYURGAKU. Barulah boleh menerima tetamu. Hehe. So, sesape yang rase nak datang umah aku, leh la datang yer. Jangan lupe bawak buah tangan. Buah dada dan buah pele tidak diambil kira. Eheee...Gile lucah!

Habis mengemas, tunaikan janji tuk adik-adik aku pulak. Beria soh bawak g taman. Adik aku yang kecik tu dari aku celik mata lagi dia dah ajak g taman permainan kat bawah umah aku tu. Aku wat bodoh je sebab sibuk kemas umah. Sampai tertido-tido la dia tggu. Dah le tu bila aku bawak turun, dia leh demand pulak taman yang ade buai. Taman permainan yang kat Blok umah aku tu, takde buaian. Kalau nak, kena g taman yang depan sket. Tak jauh pun, jalan kaki 7 langkah dah sampai. Cuma kena melintas jalan jer. Ehee. Sampai sana bukan adik aku yang main. Aku yang beria main buaian tu. Gile jakun. Masa kecik-kecik dulu tak puas main buai. Dah besar ni rasa teruja pulak. Sib baik takde orang kat situ, so boleh la aku bermaharajalela kat situ Yes lah!!

muka puas dapat main buaian.


adik aku tension sebab tak dapat main buai. Hihi


Then, gi makan-makan kat Taman Warisan. Barulah aku sedar rupanya dari pagi perut aku tak di isi makanan. Cis,patutlah asik berbunyi je dari pagi. Agaknya adik-adik aku makan pe ar dari pagi tadi? Ah, abaikan...Yang nyatanya diorang tak pensan pun sebab lapar. Hehehe. Kira okla tu kan. After makan-makan sampai nak pecah perut, tetiba terasa nak karaoke pulak. Abes aku angkut adik aku sume g karaoke. Adik aku yang kecik tu, bleh pulak dia memekak. Cakap kuat-kuat nak pergi karaoke. Abes sume orang dengar. Bila aku marah jangan bising-bising,dia sound aku pulak "kenapa tak boleh cakap kuat-kuat". Haih! Budak...budak..

Tempat karaoke tu akhirnya di konker oleh adik aku yang second last tu. Gile nyanyi tak ingat dunia. Bukan main happening lagi dia siap berjoget-joget, hangguk-hangguk kepala. Yang aku pelik tu, sume lagu dia tau pula tu. Patutlah selalu beria google lirik lagu. Ni rupanya hasilnye. Isk, tak boleh diajar ni. Tak boleh dibawak selalu gi karaoke. Rosak nanti budak ni (macam kakak dia). Hehe. Habis karaoke terus shoot balik umah mak aku di Subang.


Selasa - Dating Time. Yay!!

Hari terakhir cuti baru dapat gi dating. Ehee. Well, yang ni i can't say much. Cukuplah sekadar aku cerita yang aku keluar jumpa DIA, lepak-lepak, tengok wayang dan jalan-jalan. Nothing much we do, but i still feel happy. And sebenarnya inilah hari yang akan buat aku senyum sampai ke telinga tuk sepanjang minggu nie. Thanks to MY MYSTERIOUS MAN for the happy moment!


22 January 2009

. bilikku syurgaku .

Entri ini mengandungi banyak gambar.
Harap maklum.

ni bilik aku masa umah aku sewa aku kat presint 9. masa ni bilik simple jek. maklumlah baru keje. sengkek lagi masa tu. tema kaler bilik aku masa tu, oren. aku pun tak tau kenapa aku pilih kaler oren. tapi, masa tu aku memang nak suasana yang ceria. barulah nampak remaja. hehe



yang ni pulak, umah yang dok kat presint 11. masih mengekalkan konsep ceria dan remaja. cuma kaler bilik je aku tukar pink dan merah. aku pun tak tau kenapa aku pilih kaler cenggitu. nampak cam tak kena je ek?



ni pulak bilik aku paling sempoi. tak sempat nak hias lagi, aku dah pindah. tema masa tu ijau. aku berangan masa tu nak buat konsep retro la konon sebab tu pilih cadar bulat2 tu. tapi, tak kesampaian hajat aku rupanya.



yang ni pulak bilik aku yang last sebelum pindah ari tu. konsep masih sama, ceria dan remaja gitu. huh, nampak sangat aku ni belum matang. hehe. tapi, kali ni aku tak cat plain. aku wat stripe kat dinding utama tu. kaler purple n pink cam nak gile aku cat sorg-sorg. memang leceh la, tapi aku puas hati.


sekarang ni aku tak tau nak wat tema ape tuk bilik aku. aku rasa cam nak buat bilik aku nampak matang dan elegen. tapi, cam takde ide la pulak. aku still lagi suka kaler2 yang ceria. tapi, rasanya cam tak sesuai pulak ngan umo aku skrg. buat kaler2 striking ni nnt nampak cam tadika la pulak. isk..pening..pening.. nak biar cenggitu je memang bukan stail aku le.. aku memang suka porak porandakan bilik aku. kata bilikku syurgaku. haruslah nampak menarik. barulah ade mood nak tido (walaupun sebenarnya aku lebih gemar tido depan tv)


Contoh bilik tidur yang menjadi idaman aku...

Peh, kalau dapat camni..mau aku tak keluar bilik. Rase tenang je. Tapi, cam simple sangat la pulak. Cam kosong je.


Yang ni pun ok. Kaler merah putih. Tapi, nampak cam budak-budak la pulak. Mungkin kalau aku ade anak esok, leh la buat bilik anak aku macam ni :-)


Yang ni pun aku suka jugak. Nampak moden dan elegen. Material sume putih. I likee! Wardrobe pun beso gile. Huhu. Bes..bes..


Aku berkenan kat katil tu je. Gile ah, kalau dapat katil cenggini harus aku tak bangun dari tido.


Yang ni pun cantik jugak.
Haih. Banyaknye yang aku berkenan.
Susahnye nak buat pilihan.


Tapi, akhirnya aku rasa aku jumpa jugak yang sesuai ngan jiwa aku.
Tadaaaaa


Yes la! Aku rasa konsep bilik cenggini paling sesuai ngan jiwa aku. Aku suka sebab dia ade rak buku dan juga buah epal atas katil tu. Hihi.

Takdelah...sebenarnya aku memang suka kalau dapat bilik camni. Memandangkan aku ni suka buku (bukan ulat buku, tapi yang jenis membiarkan buku berulat..sebab tak bace), jadinya konsep begini paling sesuai ngan aku. Tapi, lagi best kalau bilik aku tu mengadap laut. Bley bace buku sambil mendengar deruan ombak dan juga dihembusi angin sempoi-sempoi bahase.
Peh, heaven giler!!


Bila la agaknya nak dapat bilik idaman camnie.....