27 January 2009

. cerita cuti 4 hari .

Dah habis cuti. (ikon muka tension)


Cuti 4 hari ni dihabiskan oleh aku dengan hazab sekali.

Ok, aku tipu. Sebenarnya, cuti 4 hari ni dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang amat berfaedah sekali. Cuti kali ni la aku rasa macam masa aku tak dibuang begitu sajer. Biasanya time cuti aku akan terbaring kat atas katil macam orang lumpuh. Bangun pun sekadar untuk mengisi perut dan mandi. Tu pun kadang2 tak mandi selama dua hari. :-). Yer, terima kasih kat mak aku sebab ----> dok ngan mak telah menjadikan aku makhluk paling pemalas kat muka bumi ni. :-P.



Sabtu - My Best Fren Wedding

Plan nak betolak seawal jam 8.30 pagi terpaksa ditangguhkan sebab aku terlewat bangun . :-D. Tu le padahnya kalau dah tau nak bertolak awal tapi malam sebelumnya masih lagi berpoyo-poyo menonton wayang dan berkaraoke tak hengat donia. Sudahnya jam 10.30 baru bertolak. Tu pun dua tiga kali berpatah balik sebab teringgal wallet, duit dan henpon. Tah hape aku pikir agaknya sampai benda-benda penting macam tu pun leh lupe. Cis!


hilang lagi sorang kawan baik :-(


Cerita pasal member aku ni, dia ni salah sorang kawan baik aku masa sekolah-sekolah dulu kat Muar. Aku pun tak ramai sangat kawan baik. Kawan yang aku ade masa tu, dia ni (ZURA) dan sorang lagi (DILA). Masa sekolah dulu, Zura ni selalu kena kutuk ngan kitaorang sebab dia ni skema. Kuat belajar dan takde pakwe. Hehehe. Dia selalu marah kitaorang (Aku & Dila) sebab kitaorang selalu main pakwe-pakwe. Dia kate mende2 tu semua buang masa. Yer la Zura, baru sekarang aku sedar. Sudahnya sekarang aku ngan Dila yang banyak pakwe masa sekolah dulu jugak yang tak kawen2. Zura yang skema dan takde pakwe ni pulak yang kawen dulu. Haih! Nasib. Nasib.

dua orang yang kesian. huhu. hanya mampu tumpang pelamin orang je.
bila la time kami agaknya.


majlis perkahwinan kawan adalah tempat reunion paling strategik sekali.
(kalau nak jumpa sesaje, haram mmg takde)


Selamat Pengantin Baru buat Zura & Suami!


Ahad - Lepaking at My Grandma House.

Tak buat pape. Just lepak-lepak umah atok aku. Memandangkan parents aku dah pindah KL, makanya kalau terasa sangat nak balik kg, kat umah atok aku ni la tempat menumpang. Aku pun memang suka balik kampung. Dulu-dulu masa parents aku masih di kampung, hampir setiap minggu aku balik kampung sampaikan housemate aku masa tu cop aku "Ratu Balik Kampung". Huhu. Maunya tak, cuti sehari pun aku nak balik kampung. Tak tau la kenapa,tapi aku suka kampung aku. (Walaupun tak boleh nak dikelaskan sebagai 'kampung' sangat disebabkan pembangunan yang pesat). Dan aku dengan bangganya menganggap aku sebagai anak jati kampung Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar, Johor! Yer..yer..aku tau.. aku tersangat Johorean. Nak wat cemana,dah memang aku dilahirkan kat situ. Kat umah atok tu jugak dan sememangnya umah atok aku tu memang menyimpan pelbagai nostalgia buat aku. Yer la, dalam banyak2 cucu atok yang seramai 50 lebih tu hanya aku adik beradik je yang merasa tinggal ngan atok aku. Ok, itu akan aku ceritakan di ENTRY KHAS yang lain. (kalau citer sekarang mau lima muka surat entry aku nie). Hehe. Buat masa ni biarlah aku beremosi sendiri mengimbau kenangan lalu. :-)

posing baik punya depan umah atok aku.


Ok, penat beremosi...time to go back putrajaya. Yay!! Aku balik ngan adik-adik aku je dulu. Mak pak aku balik kendian. Sampai Putra dalam kul 7 lebih. Kemas-kemas ape yang patut, then kul 11 tu terus terbongkang tak sedarkan diri. Mak aku sampai pun aku tak sedokan diri. Gile penat. (Penat ape pun aku tak tau). Hehe.


Isnin - Sesi mengemas rumah dan membawa adik-adik keluar berjalan.

Perkara yang paling aku benci bila pindah umah ialah ---> mengemas rumah dan barang-barang yang berpacking tu. Sebabnya aku ade masalah---> tak tau nak start mengemas dari mana. Tapi, aku gagahkan juga. Mana tahan aku tengok kotak-kotak bergelimpangan kat rumah tu. Hajat di hati konon-konon nak mintak adik-adik aku tolong aku mengemas. Tapi, makin bersepah rumah tu dibuanya adalah. Sudahnya aku terkontang-kanting mengemas umah sorang-sorang. Start dari kul 11 pagi dan siap sepenuhnya kul 6 petang. Yay! Berjaya jugak akhirnya. Dan sekarang barulah boleh cakap RUMAHKU SYURGAKU. Barulah boleh menerima tetamu. Hehe. So, sesape yang rase nak datang umah aku, leh la datang yer. Jangan lupe bawak buah tangan. Buah dada dan buah pele tidak diambil kira. Eheee...Gile lucah!

Habis mengemas, tunaikan janji tuk adik-adik aku pulak. Beria soh bawak g taman. Adik aku yang kecik tu dari aku celik mata lagi dia dah ajak g taman permainan kat bawah umah aku tu. Aku wat bodoh je sebab sibuk kemas umah. Sampai tertido-tido la dia tggu. Dah le tu bila aku bawak turun, dia leh demand pulak taman yang ade buai. Taman permainan yang kat Blok umah aku tu, takde buaian. Kalau nak, kena g taman yang depan sket. Tak jauh pun, jalan kaki 7 langkah dah sampai. Cuma kena melintas jalan jer. Ehee. Sampai sana bukan adik aku yang main. Aku yang beria main buaian tu. Gile jakun. Masa kecik-kecik dulu tak puas main buai. Dah besar ni rasa teruja pulak. Sib baik takde orang kat situ, so boleh la aku bermaharajalela kat situ Yes lah!!

muka puas dapat main buaian.


adik aku tension sebab tak dapat main buai. Hihi


Then, gi makan-makan kat Taman Warisan. Barulah aku sedar rupanya dari pagi perut aku tak di isi makanan. Cis,patutlah asik berbunyi je dari pagi. Agaknya adik-adik aku makan pe ar dari pagi tadi? Ah, abaikan...Yang nyatanya diorang tak pensan pun sebab lapar. Hehehe. Kira okla tu kan. After makan-makan sampai nak pecah perut, tetiba terasa nak karaoke pulak. Abes aku angkut adik aku sume g karaoke. Adik aku yang kecik tu, bleh pulak dia memekak. Cakap kuat-kuat nak pergi karaoke. Abes sume orang dengar. Bila aku marah jangan bising-bising,dia sound aku pulak "kenapa tak boleh cakap kuat-kuat". Haih! Budak...budak..

Tempat karaoke tu akhirnya di konker oleh adik aku yang second last tu. Gile nyanyi tak ingat dunia. Bukan main happening lagi dia siap berjoget-joget, hangguk-hangguk kepala. Yang aku pelik tu, sume lagu dia tau pula tu. Patutlah selalu beria google lirik lagu. Ni rupanya hasilnye. Isk, tak boleh diajar ni. Tak boleh dibawak selalu gi karaoke. Rosak nanti budak ni (macam kakak dia). Hehe. Habis karaoke terus shoot balik umah mak aku di Subang.


Selasa - Dating Time. Yay!!

Hari terakhir cuti baru dapat gi dating. Ehee. Well, yang ni i can't say much. Cukuplah sekadar aku cerita yang aku keluar jumpa DIA, lepak-lepak, tengok wayang dan jalan-jalan. Nothing much we do, but i still feel happy. And sebenarnya inilah hari yang akan buat aku senyum sampai ke telinga tuk sepanjang minggu nie. Thanks to MY MYSTERIOUS MAN for the happy moment!


9 comments:

cik gemuks said...

babe ko botox eh
hehehehehe

nmpk lain mcm muka <------ statement keji

muahahahah

cujern said...

muahahaha.....dengki betul statement ko....

aku kalau leh wat botox, nak wat kat tetek...buleh...hihihi

Mawaddah said...

suzan
hambek ni statement puji dari aku
cun gambar ko kat buaian sensorang tu :D panjang gile aktiviti ko yer.kalo ko suh aku senaraikan aktiviti aku cuti tu kan..

sabtu-dok umah
ahad-g kenduri kawen kat pontian
isnin-dok umah
selasa-dok umah

kesimpulan, abang polis keje.muahaha :P naseb ko lah wadah yer.hihi

cujern said...

hehehe.keji tak aku nak letak gambo yg cun jek....:-p

sabar je la wadah....
dah keje abangmu tu mcm tu, kena lah terima....
ko kena ade bab baru tak boring...

Mawaddah said...

itu yang aku nak sangat bb tu,tapi sb aku nak sangat tula Tuhan uji aku bab tu.so, sabar n usaha jela mane terdaye :)

hah, keji jgk letak gambar cun.ape kate letak gambar bangun tido yang sampai 2 hari tak mandi tu.hehehe

khaleda said...

ehh ko knal ehh eijot?

ijan said...

senyum memanjang tu jgn sampe kejang pipi sudey. haha...

Aku Iron Man said...

sekarang musim kahwin ya?

delphinium said...

eh ko prasan tak byk2 pic ko 2 yg duduk kat ats pelamin ngn aku 2 paling berseri2 la...
aku rasa kite da curi seri zura la... ade harapan kita nk kawen klu camni. hahaha....