02 April 2009
. taken .
Ini entry tertangguh.
Pasal filem TAKEN.
Entry ini mengandungi spoiler. Kepada sesiapa yang belum menonton filem ini dan berhajat untuk menonontonnya dan tidak suka spoiler, dinasihatkan tidak membaca entry ini.
Aku menonton filem ni dua tiga minggu lepas selepas membaca review di forum cari. Ada orang recommended soh tgk movie nie. (tapi, aku tengok cd pirates je la..hehe.) Lakonan Liam Neeson dan Maggie Grace. (aku tak kenal pun pelakon-pelakon nie.)
Ok, setelah menghabiskan masa sejam setengah kat depan tv, dapatlah aku simpulkan di sini filem ni memang best. Aku bagi 4/5 bintang. Walaupun ada adegan-adegan dalam filem ni yang dah biasa kita tengok. Tapi, pada aku citer ni tetap best. Banyak pengajaran yang aku dapat dalam filem nie.
Filem ni mengisahkan tentang Brian yang merupakan seorang bekas agen (agen ape pun aku tak pasti...CIA la kot). Dah bercerai dengan bini dia dan ada sorang anak. Aku pun tak pasti kenapa dia cerai ngan bini dia. Mungkin sebab sibuk keje sebagai agen CIA kot. Anak Brian dok ngan bekas bini dia. Anak dia nama Kim. Umo lam belasan tahun la kot. Brian ni sayang gila kat anak dia. Sanggup wat apa saja tuk anak dia.
Satu hari tu, anak dia ni merengek2 mintak permission nak pergi Paris. Undang-undang kat sana kalau nak melancong luar negara, kalau lom cukup umur 18 tahun, kena mintak permission mak bapak dulu kot. Mak si Kim ni bagi pergi. Tapi, bapak dia cam berat la nak bagi pergi. Risau la konon. So, si Kim ni ngan mak dia pakat la tipu bapak dia kate nak pergi Paris atas urusan pembelajaran. Padahal nak ikut kumpulan U2 nye tour. (tak baik tau tipuuu.... anak-anak jangan ikut perangai ni yer). Setelah dipujuk-pujuk, Brian ni sain la surat permission tu. Tapi, dengan syarat la. Syarat nye, dia nak hantar Kim kat airport. Pastu sampai sana kena call pe sume. Brian ni kasi henpon kat Kim. (huh, tu je syaratnya).
Masa kat airport ni, terkantoi la si Kim ni sebenarnya nak pergi U2 nye tour Europe. Tapi, Brian ni tak leh nak buat pape dah. Borang sume dah sign. So, dia pun melepaskan lah anak dia dengan hati yang berat. Yang si Kim ni pulak, terkinja-kinja suka ngan kawan dia. Diorang pergi berdua je. Berani betul budak-budak zaman sekarang ni yer. Perempuan pulak tu. Kalau aku la, konpom bapak aku tak bagi pergi punya. Aku nak pergi sekolah asrama pun dia tak bagi. Tapi, adik-adik aku dia bagi pulak. Cis! Er, ok....back to the topic.
So, sampailah dua ekor monyet ni kat Paris. Masa kat airport tu, masa ngah tunggu teksi tetiba diorang ditegur oleh seorang lelaki kacak. Biasalah, pompuan kalau dah ditegur lelaki kacak, mulalah mengeletis, merenyam. Kawan si Kim ni pulak menggatal. Diorang pun berborak-borak la. Lelaki tu tanya watpe datang Paris, dengan sape, tinggal mana pe sume. Pastu ajak naik teksi sama-sama sebab sekali jalan. Ditambah pulak dengan alasan taksi kat situ mahal. So, dua ekor monyet yang dah mengeletis ni, mengiyakan ajer. Dah la peramah tak tentu pasal. Siap bagitau diorang tinggal kat mana pe sume. So, kat sini la cerita bermula.
Rupanya si lelaki kacak yang konon-konon baik tu, rupanya penjahat. Dia ni penyampai maklumat kepada kumpulan penculik terbesar kat eropah tu. Culik pompuan untuk dijual dan dijadikan pelac*r! Setelah mendapat maklumat dikehendaki, si bangsat ni pun call la penjahat-penjahat tu sume tuk bagitau lokasi monyet2 tu. Dipendekkan cerita, monyet2 ni pun kenalah tangkap. Nasib baik masa kena tangkap tu, si Kim ni ngah online ngan bapak dia. Masa tu dia dok kat bilik sebelah dalam toilet. So, dia nampaklah yang kawan dia dah kena tangkap melalui tingkap kat toilet tu. Amek ko, pucat lesi muka. Tau takut. Bapak Kim ni mintak dia jangan panik. Bapak dia ni tau dah, Kim ni mesti kena tangkap jugak.
So, dia mintak Kim ni bagi gambaran pasal penjahat-penjahat tu. Sib baik sempat dia bitau sket-sket. Tapi, akhirnya Kim ni kena tangkap jugak.Lepas tu bermula la aksi-aksi si bapak ni nak menyelamatkan anak gadis dia. Memandangkan Brian ni bekas agen CIA, so mende2 ni sume tak asing la bagi dia. Habis sume ditibainya penjahat-penjahat tu. Padan muka! Tapi, kawan si Kim ni mati. Mati sebab telebih dose kot. Kim ni selamat sebab dia ni masih ada dara. So, diaorang jual dia kat peringkat international. Kira orang besar2 la yang terlibat dalam adegan jual beli ni. Kim ni terjual dengan harga 300,000 dolar. Peh, gila la.
Tapi, Kim ni bernasib baik sebab dia berjaya diselamatkan bapak dia. Macam mana dia berjaya diselamatkan tu, korang tengok la sendiri yer. Citer ni best sebab penuh dengan action. Cara bapak dia tibai penjahat-penjahat tu best gak. Takde negotiate. Bunuh je terus. Memang ganas. Tapi, kalau tengok wayang mesti ade part kena potong. So, baik korang beli DVD je la.
Pengajaran yang aku dapat melalui filem ini ;
1. JANGAN SUKA MENIPU MAK BAPAK KORANG.
Tengok la apa jadi kat Kim bila dia menipu. Kena culik dan hampir2 kena jual. Nasib baik bapak dia bekas agen CIA, boleh la jugak nak selamatkan dia. Kalau mak bapak korang orang biasa-biasa je, takde skill nak bunuh2 ni, korang ingat korang leh selamat? Lain kali nak kuar ngan sesape, especially pompuan yang nak kuar ngan lelaki, bagitau mak bapak korang detail lelaki tersebut. Bukan nak buruk sangka ke ape, tapi untuk kebaikan sendiri. Apa-apa hal, senang nak cari. Kan?
2. JANGAN SEKALI-SEKALI MUDAH PERCAYA PADA ORANG YANG KITA BARU KENAL. Tak salah nak buruk sangka kat diorang. Itu semua untuk kebaikan kita jugak. Tak payah la nak tunjukkan korang peramah sampai nak bagitau semua detail korang kat orang yang baru kenal. Menyombong untuk kebaikan dan keselamatan kita tak salah rasanya. Orang yang dah lama kenal pun boleh jadi musuh dalam selimut, apatah lagi orang yang dah baru kenal. (ingatan untuk aku jugak)
Filem ni jugak buat aku tersentuh bila tengok Brian bersungguh-sungguh nak selamatkan anak dia dari kena jual. Terserlah lah kat situ kasih sayang seorang bapak kepada anak. Bapak yang sanggup lakukan apa saja demi keselamatan anak dia. Sanggup bergadai nyawa. Bukan macam bapak-bapak zaman sekarang nie. Jangan kata nak gadaikan nyawa tuk selamatkan anak, lagi di'makan' anak tu lagi ada. Apa nak jadi la dunia zaman sekarang.
Haih.
Er, tetiba aku jadi paranoid bila jumpa orang yang baru kenal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
argh..panjangnya entry ni hehe
yeayea..tak yah tengok lagi cujen da citer.kikiki :P
aku tengok cite ni ngan bawan..haha
memang kim tu terkinja2..pastu suke main lari2..nak g kat mak die 100meter pon nak lari gak.aje le..
pinjam cd...hehhe heheh
entry ko ni telah membuatkan ak ter"tengok" cite ni and membuatkan ak paranoid nk travel pasnih.
mungkin perlu kuarkan paris dari senarai.
dh la ak slalu travel bertige je.
tige2 pompuan lak tu.
hish3..harus carik bodyguard pasni.
ak pon tak paham nape si kim tu kalo lari beriye2.
macam nk sprint.
cinta cukulet..
panjang pun kena baca jugak..ngeee..
wadah..
hihi..perli aku la tu eh.. ko kena tgk beb citer nie..best..
eda..
weh, sejak bila ko det ngan bawan nie?? dia ada tanya pape tak pasal aku??
13may
pinjam boleh..sehari 2 hengget..hehe
momoko...
haruslah aku pun paranoid jugak... tak memasal..hehe
aku pn nk pjm gak lar cd ko
sok bwh eh
hehehe ;)
member aku pinjam daa cd tu....
sedangkan orang yang lama kita kenal pun kita tak boleh nak percaya penuh.
dah tengok citer ni.
boleh kata best gak la.
aksi bapak dia nak menyelamatkan anak dia yg best tu.
tapi kalau budak bawah umur tak leh tengok cite ni.
ade '18sx'.huhu..
Post a Comment