10 February 2009

. tukar tempat kerja . [edisi membebel]

Aku dah memikirkan perkara ni sejak tahun lepas lagi. Tapi, sampai sekarang aku tak melakukan apa-apa langkah menuju ke arah itu. Yer. Aku sebenarnya sangat takut dengan perubahan. Aku tak berani nak buat satu keputusan yang aku rasa boleh mengubah hidup aku. Benci la.

"aku tak mampu merubah masa silam dan juga tak mampu meramal masa depan. lantas mengapa harus aku menyesali masa silam dan merasa bimbang akan masa depan"

Ceh. Poyo je tu. Selalu cakap kat diri sendiri macam tu. Hakikatnya aku selalu memikirkan [terlalu] benda yang tak pasti. Kadang-kadang sampai naik semak kepala ni. Macam hal nak pindah tempat kerja ni la. Padahal dari awal tahun lepas lagi aku dah pk nak ubah angin. Tapi, jadah ape nye aku masih kat opis lama aku nie.

Ok, aku bagi sebab kenapa aku mesti tukar tempat kerja.



Pertama : Aku dah 5 tahun kat pejabat ni. Kat department yang sama lak tu. Dari hari pertama aku bekerja sampailah sekarang, aku masih disini (sila pasang lagu Aku Masih Disini nyanyian XPDC untuk mendapatkan mood yang sesuai). Dan aku dah buat kerja yang sama selama 5 tahun!! Langsung tak ada kemajuan. Ye la, aku tau.. keje sebagai PA kat pejabat kerajaan ni, bukan nya ada keje sangat. Kalau bos tak ada, lagi la aku tak tau nak buat apa. Sudahnya dok mengadap komputer sampai naik rabun mata aku ni ha.


Kedua : Opis aku sangatlah membosankan. Kira bosan tahap langit ketujuh dah nie. Tempat aku jauh dari staff-staff yang lain. Yang ada kat sini bos aku dengan aku je. Kalau bos aku takde, tinggallah aku sorg2. Dah macam padang jarak padang terkukur pulak rasanya. Tak caye?? Sila lihat gambar2 di bawah sebagai bukti.

ni pemandangan dari tempat duduk aku.
sebagai info, aku tidak mengalihkan punggung aku
walau seinci pun ketika mengambil gambar ini.


ni pulak dari sudut sisi.
ni aku kenalah alihkan montot aku tu.
tak jauh pun. aku diri betul2 kat pintu bilik aku.
posisi. belah kanan.

See. Nampak tak? Nampak tak tiada sekor mahkluk pun kat situ walau seekor nyamuk. Dapat tak bayangkan tahap bosan aku tu? Langsung tak ada sape-sape aku nak ajak berbual, bergosip, mengumpat mahupun mengutuk. Dan sesungguhnya aku terpelihara daripada dosa-dosa begitu. Alhamdulilah.

Tapi, kan.
Sebenarnya aku boring. Boring nak mati. Korang bayangkanlah dah 5 tahun aku bekerja dengan keadaan macam ni. Kalau bos aku tak ada, lagi la aku tak tau nak ckp dia nye boring tu cemana. Kadang-kadang tu kan, aku ade ke, aku takde ke, takde sape pun perasan. Agaknya kalau aku keras kejung kat bilik opis ni, takde sape pun tau agaknye. Tau-tau je dah busuk. Isk. Kadang tu kan, kalau bos aku takde, aku siap bley balik rumah layan 2-3 dvd. Takde sape pun nak perasan apatah lagi nak cari aku pergi mana.


Yes, itu memang heaven. Pada sesapa yang suka mengulo la. Bagi pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang (walaupun tak penah dapat Anugerah Pekerja Cemerlang) macam aku ni, keadaan di sini sangatlah menyeksakan hidup aku. Teman setia aku hanyalah PC aku yang burok ni dan juga line internet yang cam haram.

Ketiga : Aku kat sini tak ada kerja sangat. Aku tau, patutnya aku bersyukur. Bukan membebel tak tentu pasal kat sini. Memanglah takde kerja kat tempat kerja tu best. Tapi, kalau dah 5 tahun macam tu, tak ke ko boring? 5 tahun beb. Bukan 5 hari, 5 minggu. Aku macam tak belajar pape kat sini. Bukan la nak kata aku tak ada kerja langsung. Cuma nya jarang la ade kerja yang betul-betul memerlukan komitmen aku. Dah la tu, aku dapat bos yang jenis suka wat kerja sendiri. Lagilah aku takde pape nak buat.

Keempat : Pejabat aku ni cam ade dabel stended ke. Maklumlah keje ngan badan beruniform ni, diorg lebihkan staff diorg jer. Aku yang gunasama ni, diorg wat nampak tak nampak jer. Tahun lepas, nama aku langsung tak naik gi mane-mane kursus. Puas dah mintak, tapi hampeh. Ke aku ni baik sangat sampai tak payah gi kursus?? Huh, dah la keje tak jumpa orang. Nak kuar dari opis ni pun payah. Dapat tak bayangkan tahap keboringan aku tu??

Ok, aku dah nampak dah. Kunci utama di sini ialah BOSING. [Bosan + Boring = BOSING].
Korang rasa munasabah ke aku tukar tempat kerja semata-mata kerana boring? Atau aku patut stay je kat sini. Ye la, walaupun opis aku ni membosankan, tapi sebenarnya aku tenang kat sini. Staff kat sini sume baik-baik. Department aku la. Tempat lain aku tak tau. Makcik-makcik kat sini pun bukan jenis suka mengutuk orang. Tak tau la belakang aku kan. Depan aku memang takde. Atau sebenarnya aku jauh drai diorg menyebabkan diorg takde modal nak kutuk aku. Huhu. Ala, kutuk pun takpe. Aku jenis hati besi.

Bos kat sini pun sume baik-baik. Setakat aku dah kerja ngan 4 bos ni, tak penah lagilah aku kena maki ke kena hamun ke. Sume baik nak mati.

Susahnya nak wat keputusan.
Mungkin aku perlu buat sesuatu supaya aku tak bosan dok opis.
Nak buat ape? Study part time? Amek upah jahit manik? Buat online biz?
Any idea?

Atau ada sesape nak tukar tempat ngan aku?


16 comments:

cik gemuks said...

kalo aku bace
persekitaran dgn org yg tak amek port pasal kite tue mmg best

tp ko kena pk babe
dr segi pengalaman kerja
aku rase baik ko tukar
g mane2 yg bebanan kerja nyer leh tahan busy
ko bleh belajar byk benda

Mawaddah said...

Suzan,
wahhh meriah entri ko kali ni.macam entri sebelum juga.
pada aku, kalo ko bertukar pun same je kot.sb perubahan angin aku kat sini, same je.ada kala bz.adakala tak bz.tapi byk tak bz lah.hehehe.

kedua, betullah kerja ngan uniform ni kita ibarat anak tiri je.seriyes aku da rasa.markah SKT untuk gunasama nak banding ngan uniform jg boleh jadi isu.kita mmg anak tiri mak bapak dorang.sedey;D

tapi, pejabat ko luasnye..aku tak delah.tunggu pindah putrajaya balik, meriah agaknye.boleh bawak anak kecil berlari-lari.

Unknown said...

Tengok opis ko memang best gile. Cam opis datin pun ade bilik ko. Hahahahha....

Hebat gak la ko le tahan sampai 5 tahun kalo aku 5bulan je dah blah kot.

nadirah said...

mewah sungguh opis kau...opis aku kicik je...dah macam sardin dalam tin lonjong yg leper.

ye la suzan...dimana2 saje tugas PA ni same je... cam aku gak... ade bos, ade keja, takde bos, takde keja... lebey2 lg bos baru aku ni pun suke buat keja sendiri sampaikan aku sendiri g jumpa dia nak mintak keja... dah sampai tahap dah tak tau nak watpe...

aku pun ala2 cam same je dgn ko n wadah...bab kursus selalui dianaktirikan... puas dah aku senaraikan dlm LPPT kursus ape yg aku nak...,tp haram...tak dilayannye... ape boley buat...

ape2 pun kalau kau ade peluang bertukar angin baikle ko tukar. dpt gak tukar2 pengalaman... mane tau lebih baik kan??
ini lar nasib PA... sabar je laaaa...

goblogbyfarah said...

ape kata ko mintak dok UPA, meriah sini..pastu salu kuar.tapi sini tak pakai PA pulak..

khaleda said...

moh ler tkr blk kg
aku ngn farah dh dok muar
ko bila lg
hihihi ;)

bungaditepijalan said...

wahhh.
all the best yea!
:)

13may said...

meh la kawen ngan aku...

dok umah ajer...takyah keja :D

cujern said...

arween
TQ for surat contoh tu :D

wadah
takde makanya pejabat luas tapi hati tak gembira gitu.huhuh.

en.~0~
aku kalau keje private, mmg dah blah dah. masalahnya keje gomen ni, kena keje sampai pencen.

nadirah
hihi...mewah eh. kate pejabat kastam. haruslah mewah. kutip cuka gitu...

cik farah
UPA memang happening. Aku lalu pundah tau :-p

khaled
i don't belong there la cik khaleda. Dah takde ape dah kat muo tu. kenangan pahit jek. :-(

cik bunga
TQ

en. 13 may
masuk meminang plisssssss

delphinium said...

klu ko nak keje sgt ape kate ko tukar keje ngn aku nak? aku keje kt tmpat ko...
aku punye keje bz la tahap gaban... aku plak nk blah dari ofice aku sbb terlampau2 bnyaknye keje aku.. ko plak sbb boring xde keje... huahuahua... btapa untungnya ko...

RySha sHaiRy said...

ermm..rasa dh lambat dh bg opinion ni, akak rasa better tukar kerja, bkn apa akak kat sini baru 21/5 dah dapat anugerah cemerlang, pegi mana2 bos bwk..best dik, nak2 bila bole ajar bos yg x boleh berdikari tanpa kita, kalau dia buat sendiri pun, cuba bincang ngan dia..lama2 dia faham

Anonymous said...

tuko meh kje kt kt skolah jer...bru taw betapa seksanya idop....

Anonymous said...

Bagi rekan PNS guru Bahasa Inggris yang berminat dan berkenan menggantikan posisi kami mengajar di salah satu SMA Negeri di wilayah Belitung Selatan mohon menghubungi email kami di nisfiku@hotmail.com. Terima kasih.

Anonymous said...

xyah la pindah..stay je situ..wat 5s..ambik upah jahit baju..blaja dan kumpol resipi :D

Unknown said...

Wahh dah 8 tahun post ni berlalu.. mesti dah tukar tempat kje kan.. ke tak tukar lg? Haha

adoiserabutla said...

walaupun post ni dh lama, ak tetap nak komen. ak dah serabut kepala ni.. duk keje kt sek. PTJ nak tukar..