Di suatu pagi yang hening.
Lokasi : Office yang membosankan
Masa : Sekitar jam 8.15 pagi
Watak : Boss dan PA
Dari jauh kelihatan Boss sedang menuju masuk ke office, dengan muka tak bersalah walaupun dah lewat 15 minit. Jalan perlahan-lahan dengan muka sedikit kelat. Sebagai PA yang baik dan berdedikasi, haruslah aku mengambil berat keadaan Boss.
PA : Morning Boss. Awat monyok je Boss? Jalan jammed ke tadi?
Boss : Tak adalah. Parking saya tu ha, ade orang kebas.
PA : Ye ke?? Isk, berani betul dia amek parking tuan. Habis tu tuan parking kat mana?
Boss : Saya parking kat opis lama saya (opis lama sebelah opis baru je)
PA : Oooo..patutlah tuan lambat. Ingatkan jalan jammed tadi. (saje je perli)
Boss : Tak adalah. Saya dah sampai awal td. oh, btw awk tolong call kan pentadbiran ye bitau pasal parking saya tu. Parking saya lot A76.
PA : Baik boss!!
Dengan pantasnya aku capai gagang tepon dan mendail bahagian Pentadbiran
PA : Hello, admin ye. Saya nak cakap dengan orang yang jaga uruskan parking kat bawah tu.
Admin : Ye, saya cakap. Ade apa masalah ke?
PA : Memang ada. Ni saya nak wat report sket. Pasal parking boss saya. Ade tah mahkluk mana tah dan amek parking boss saya. Selamba betul dia! Kesian tau boss saya kena parking jauh-jauh. Tak memasal dia sampai lewat tau ari ni. Mesti dia dah malu ngan saya sebab masuk lewat. (ayat terakhir tu cakap dalam hati)
Admin : Maaf ye cik. Boss you tu parking lot no berapa? Nanti saya tengokkan.
PA : Lot A 76. Jangan tengokkan je. Kalau boleh awak pancitkan tayar keta dia. Takpun awk cabut je viper je. Ataupun awk tampal je note ' SAYA SI PENCURI PARKING' kat keta dia. Biar padan muka dia. Berani betul dia amek parking boss saya. Huh! (cakap dalam hati lagi)
Admin : Baik la cik.
Petang tu
Aku balik lewat. Dalam kul 5.30. Saje je tunjuk rajin depan boss baru. Kasi "up" sket prestasi aku nanti. hihihi.
Dari jauh aku nampak sayup-sayup kereta aku. Haih, bila la aku nak tukar sport rim 17" ni. Baru lah gempak keta aku (berangan).
Masuk-masuk je lam keta, start enjin..betul-betulkan cermin..pakai seat belt. Baru je nak tolak gear kat D, sekali terpandang ada kertas terselit kat viper aku. Isk, ni yang aku malas nie... Ni mesti flyers dari koperasi tah hape-hape tah yang nak soh orang gomen wat loan. Fedap tul aku tau. Guard kat sini tak wat keje ke? Suka-suka bagi orang masuk letak flyers kat keta org. Menyusahkan tau tak Diorg ni tak tau ke kertas tu mahal. Pastu kang orang buang je flyers tu nanti. Bukan orang simpan. Bukan ke tu pembaziran namanya. Boleh menyebabkan pencemaran udara jugak. (membebel dalam hati sekali lagi dan lagi dan lagi).
Malas nak kuar keta. Aku kuarkan tangan aku je capai flyers tu. Tertonggeng-tonggeng gak la aku. (memang betul menyusahkan). Siap la..dapat kang memang aku gunting halus-halus.
Dapat. Amek gunting lam beg. Baru je nak gunting terpandang tulisan merah besar gile kat flyers tu. Asal aku rasa cam lain macam je. Cam bukan flyers koperasi je. Aku baca betul-betul flyers tu :
AMARAN!!
SILA JANGAN PARKING DI TEMPAT INI PADA MASA AKAN DATANG.
INI DALAH PARKING UNTUK TIMBALAN PENGARAH KEWANGAN.
HARAP MAKLUM.
SILA JANGAN PARKING DI TEMPAT INI PADA MASA AKAN DATANG.
INI DALAH PARKING UNTUK TIMBALAN PENGARAH KEWANGAN.
HARAP MAKLUM.
Dengan pantasnya aku kuar keta. Tengok bawah keta. "LOT A 76".
Oooo..patutlah...check tayar keta..masih 'kembung'. Viper aku pun masih elok. Nasib baik.
Petang tu aku pulang dengan satu perasaan yang sukar dimengertikan.
p/s : sumpah aku tak tau tu parking boss aku. sebab selama ni parking tu memang kosong sebab parking tuk orang cacat. mana aku tau dia dah wat lot parking situ.
kejadian berlaku pada minggu lepas. dan sejak hari tu, aku tak parking lagi dekat-dekat keta boss aku. kalau balik tak nak saing2.. takut terserempak kat parking.
korang rasa-rasa boss aku cam tak keta aku tu??
18 comments:
ko biau beno...nasib ko xturun skali ngn org yg jg parking tu...hehehe...
hahaha...tau takpe....beria aku kutuk org yang amek parking bos aku tu tau...
hahaha ko ni suzan best giler klu wat citer suspen2 ni.syok je aku bace.nasib baik bos ko tak perasan klu tak..hehehe abis prestasi ko btween pengajaran jgn parking kat tmpat orang cacat :P
hahahaha... hambik kau. nasib baik tak pancit tayar.
wadah
biasanya tempat parking tu memang leh park..mana tau dia dah wat satu lot kat situ..ampeh betul..
tasikmerah
hihi...tu ar kan.. beria nak marahkan org len..
gelak sensorang aku bace cerite ko neh. sabo je laaa... ye ye je marah2, gupenya diri sendiri yg kena. wakena beb!!! hahahaha...
huhuhu~aje le...
p/s:td aku nk komen tp terkomen gune ko nye account lak...so aku dh remove..hahaha
haa..amek ko!!
suke lg parking suke ati.
dlu pon bkn ko slalu parking tmpat bos lame ko bile dier tade ke..
seb baek tak ilang tayar kete ko.
hahahaha.
marah2 x hingat.. alih2 keta sndr park kt tmpt bos lar plak.. hahaha..
apelah awak nih. amik parking bos sendiri :P
nadirah
hehehe...gelak jangan tak gelak
nur
bongok ar ko..kang org ingat aku gile lak komen kat diri sendiri
agnespudding
huh, sapekah gerangan agnespudding nie??
sis hidd
hehe...kita tak perasan la awk.. diorg pun satu..tak nak bitau...
kan dah terkena..
buat tak reti je..
lu makwe mesti dia tak marah
hehhe hehhe....
meh jadi PA aku plak :D
lu parking je kat lobby
haahahahhaaa.
main taram je awak nie.
hhehee
kompom dia dah cam plat n rupabentuk kete tu. cpt tuko kete baru...
Post a Comment