28 September 2008

. cerita dulu-dulu [cinta pandang pertama] .

pagi tadi lepas sahur, aku saje-saje la nak surf internet sementara tunggu waktu subuh. nak jengah-jengah blog orang. dok surf internet tu, tetiba terjumpa lak blog ADIK AKU. huh, adik aku pun dah pandai berblogging. rupanya dia kata blog tu salah satu assingment dia kat poli. memang wajib buat, nanti lecturer dia nak amek markah. wallaaa...canggihnya poli sekarang. zaman aku dulu-dulu takde pon. kata adik aku lagi, kat poli sekarang dah ade wifi. so, semua student dah leh surf internet kat dalam kawasan politeknik. huhu..canggih..canggih.. bertuah student zaman sekarang. tak macam aku dulu. jangan kata internet, lapotop pun takde. pakai la pc buruk yang aku amek kat umah aku dulu. tu pun kira dah tahap maju sket la sape yang ade bawak pc. tapi, takde line internet pun. jauh sekali nak berblogging ni. huhu..hinanya aku..

berbalik pada cerita adik aku tadi, adik aku ni belajar kat POLITEKNIK PORT DICKSON tempat aku belajar dulu. amek pun course yang sama ngan aku.. DILPOMA SAINS KESETIAUSAHAAN. (memang mengikut jejak langkah aku betul). tanya punya tanya, rupanya dia kata lecturer yang bagi assingment ni namanya EN. SIRI. En. Siri?? huhu..tetiba aku rasa cam terkena kejutan elektrik bila dengar nama en. siri. sebabnya... jeng jeng jeng... ni aku nak cerita sket. kira nak membongkar rahsia di sebalik kekejutan elektrik aku pada nama en. siri ni.

actually, en. siri ni bukan sape-sape pun. just lecturer aku masa kat poli dulu. aku je kenal dia. dia tak kenal aku kot. tapi, aku ade memori ngan en. siri ni. (memori syok sendiri).. walla..... tetiba malu nak bukak citer ni. tapi, takpelah... benda ni semua dah jadi kenangan. kira salah satu kenangan terindah aku masa kat poli dulu.

aku kenal en. siri ni masa minggu suaikenal. masa tu sume student kena berkumpul dalam dewan tuk pertama kalinya. masa tu la untuk pertama kalinya aku terpandang mamat ni. huh, masa terpandang tu tiba-tiba aku rasa cam terkena kejutan elektrik. siyes beb. tetiba aku rasa cam lain. rasa cam..... jatuh cinta pandang pertama. gilak!! masa tu aku tak tau pun dia lecturer. ingatkan dia ni senior student ke ape. so, dalam hati kira cam ada harapan la. hehehe.. (dah pandai nak menggatal masa tu). so, selama seimnggu tempoh suaikenal tu, aku asik le dok sekodeng dia. jeling menjeling gitu. bagi panahan cinta sket. hihihi...keji. pastu selalu amek kesempatan nak dok dekat-dekat ngan dia. kira semangat aku lam tempoh suaikenal tu, dia je la. kalau tak, memang tak bersemangat langsung.
lepas habis minggu suaikenal tu, aku dapat tau lak dia salah seorang lecturer aku yang akan mengajar kelas aku. adeh...lagi la aku terbuai-buai dek perasaan syok sendiri aku tu. rasa cam heaven gile bila kelas dia. memang aku bagi tumpuan sepenuhnya la.. tapi, tumpuan kat dia la..bukan kat kelas aku tu. hahaha.. tapi bukan takat kat kelas je, aku siap rajin join polibriged (polibriged ni wajib tuk student junior kot...tah la..aku pun dah lupa). join semata-masa sebab dia je. g camping polibriged pun sebab dia jugak. kalau tak..haram aku nak pergi camping-camping ni. aku mana suke aktiviti-aktiviti yang tak menjamin tempat tidur aku. (tidur tu penting ok, dan aku memang ratu tido).

satu lagi kerja gila yang aku buat dek panahan chenta aku tu ialah... aku sanggup g naik pejabat lecturer semata-mata nak dapatkan no telefon en. siri ni. masa tu baru-baru pakai henpon. (tapi, aku tak beli hp pakai duit ptptn tau). saje je la nak sms kacau-kacau dia. masa tu aku ingat lagi, aku on the way nak balik kampung cuti weekend. saje je gatal-gatal dok sms dia. tak ingat plak ape kandungan sms aku tu. tapi, yang bestnya masa tu...dia reply sms aku..wallaaaa... rasa nak melompat keluar jantung aku masa tu. rasa nak heboh satu malaya la kiranya. bayangkanlah orang yang ko suka, ko chenta habis konon-konon nya tu boleh reply msg ko. walaupun apa yang dia reply tu sekadar bertanya 'awak siapa?' huhuhu..tu pun dah buat aku tidur senyum je sampai pagi. dah buat hujung minggu aku paling bermakna la dalam tahun tu. haha. gilak kuasa dua.

tapi kan.. aku tak berseorangan tau menjalankan misi-misi keji aku tu. sebabnya aku punya teman yang mempunyai minat ngan aku. HANA... merangkap best friend dan housemate aku juga meminati en. siri ni. so, dengan hana ni la aku share segalanya tentang en. siri. kadang-kadang tu saje dok rebut-rebut ngan hana. berangan nak kawen ngan en. siri. konon-konon nanti aku bermadu ngan hana. siap berangan nanti kena balik sabah (tak silap aku en. siri ni orang sabah). pastu selalu sekodeng motor en. siri (plet MAT kalau tak silap aku) . masa tu orang kata tak nampak dia, nampak motor pun cukup la.. wakakakaka...kejinya kami ketika itu. tapi..tu la orang kata.. panahan cinta pandang pertama. walaupun cinta tak berbalas, tapi tetap meninggalkan kesan. ahaks..

aku sendiri pun tak tau kenapa aku leh suka kat dia. nak kata terlalu kacak atau tampan, tidak la jugak. tapi, aku rasa dia sangat sweet. rasa sejuk je tengok muka dia. orang kata kalau tengok dia senyum tu, aku pun rasa nak senyum sekali la. erm.. tah la...maybe sebab dah suka, so apa sahaja tentang dia.. aku suka la jugak. tapi, tu semua dah jadi kenangan. aku pun dah tinggalkan poli dekat 4 tahun. dengar cerita adik aku,en. siri pun dah kawen. katanya kawen ngan budak DSK gak. huh, ye ke? chiss... kalau aku tau dia nak kawen ngan budak DSK gak, baik aku dah ngorat dia dulu.. hahahah...terlebih sudah..!
p/s : en. siri..kalau la anda membaca entry ini, sila harap maklum kejadian ini berlaku hanya di politeknik sahaja. sekarang kami sudah sedia maklum dah menerima hakikat bahawa anda bukan lah untuk saya atau hana. hahahaha...



jeng..jeng..jeng.. (aku masa zaman separuh jahiliah)
tema BUSANA MUSLIMAH??
muslimah abes!! hihihi

7 comments:

susudalambotol said...

awak junior kita ke?

cujern said...

junior awk le... kita kenal awk.. awk tak kenal kita...maklumlah org tak pemes... kita batch ain.. sama kelas..

susudalambotol said...

awak batch aein eh? awak dlm grupi yg mana? ala, kita pun tak femes juga masa kat poly kat dulu. kita sama :P

cujern said...

grup mana ek..ala, grup yang selalu bertiga je tu... org len dok laguna, kami dok kat ocean view tu..
(kalau perasan la kehadiran kami..ekekeke)

Mawaddah said...

suzan...hehehe kantoi..waaa baru kutahu yer skandal kat poli dulu..hehehe..suzan cik siri kawen ngan anak orang opis lame aku beb..maisara name isteri die..cun gilerz..aku mule2 tau rase bio betik??!!tapi tuh la kenyataan..aku suker ko tulis blog dari frenster sampai la blog terbaru yang aku jumper..harap keep in touch

cujern said...

wadah...heheh..aku dah lama jumpa blog ko since aku bace blog mama.. tapi, ko nye blog org yg ko invite je leh bace :-(.. huhu.. cedih taw. aku dari sehari ke sehari nak msg kat frenster tapi tak sempat.. kebizian sikit

pucukpaku07 said...

assalam suzana,

pekaba..
tak sangka cek ..buka blog ader la ex student cek bleh follow hehe..
saper adik suzana tue..
meh habaq kat cek...
hehh frankly..terkezzut beruk cek bc entri cinta dulu2 tue..
mcm crite novel jer heheh...
ader bakat jd pnulis novel nie..
anyway bru cek tau ghuper2nyer..
tutttttttttt heheh..
tq vist blog cek yer..rajin2 ler komen naa..
salam..