31 October 2008

. takde tajuk..sekadar nak bertanya .

korang rasa aku saiko tak kalau aku

  • beli greetings kad banyak2, tapi tak tau nak bagi sape. last2 pos untuk diri sendiri je.
  • langgan majalah Readers Digest start dari awal tahun, tapi sampai dah nak abis tahun satu pun dari majalah tu aku tak penah baca. sumpah.
  • tengah rancak berbual ngan kawan-kawan, tetiba aku senyap. pastu tak cakap-cakap dah. masuk bilik terus tido.
  • antar sms kosong kat sume contact yang ada lam henpon aku.
  • pergi karaoke sorang-sorang.
  • marathon tengok wayang dari pagi sampai malam. sorang-sorang jugak.
  • bawak keta pergi stesen lrt. park keta, then naik lrt tu sampai stesen terakhir dia berhenti. pastu balik semula kat stesen yang mula-mula naik tadi. start keta, balik umah. tido.
  • dalam lrt tu, aku bawak komik manga CHOCOLATE yang baru beli. baca sambil gelak kuat-kuat tanpa mempedulikan orang sekeliling.
  • pergi genting sorang-sorang. pastu main semua permainan yang ade kat genting tu.

saiko ke kalau aku wat camtu? aku rasa aku dah nak gila nie. siyes beb. aku rasa cam otak aku dah jammed nie...




Hana Yori Dango Final dah release kat TGV.
aku nak pergi tengok..tapi, takde kawan.
uwaaa...cedihnya..
ade sesape nak teman aku tak?

30 October 2008

. saya telah menang best dressed woman, silalah mencemburui saya .

aku tak kira. aku nak publish gak entry ni. walaupun korang akan kate aku perasan atau syok sendiri, aku tak peduli. ni detik istimewa dalam hidup aku, so aku nak rekodkan kat sini. manalah tau esok lusa aku hilang ingatan, sekurang-kurangnya aku tau aku ade detik manis camnie.. hehehehe..hensem..

24.10.2008 (Jumaat) - Sambutan Hari Raya opis aku.

semenjak aku menjadi separa single ni, aku semakin rajin menghadiri majlis-majlis keramaian camni. Motif?? mana tau kot-kot bertemu jodoh kat majlis-majlis cenggitu. hehe. so, cam biasalah bila ade majlis-majlis camtu, mestilah aku nak pakai 'baju yang paling cantik yang ada lam gobok' aku tu. tapi, aku sangat prasss sebab baju yang aku rasa paling glemer tu rupanya lom siap.. dan aku hanya diberitahu jam 5 pagi Jumaat itu oleh osmet aku. (patutnya dia pergi amek kan baju aku tu kat sepupu dia. aku tempah kat sepupu dia) aku dah bitau nak pakai hari Jumaat tu. tapi, rupanya tak dapat siap. katanya siap hari Jumaat malam. huh, bayangkan betapa hancur dan luluhnya hati aku.

tapi, aku malas nak amek port. walaupun rasa di hati ada sedikit bengang. maklumlah aku kan sedang belajar untuk menjadi penyabar. jadi aku kena sabar ...dan dalam keadaan mamai tu, terpaksalah jugak aku bangun tuk iron baju lain. disebabkan prass yang terlampau, aku pun main sambar je baju yang ada lam gobok (almari) aku tu. aku pejam mata jek tau masa amek baju tu. kira memang kecewa gile la..tapi, kena jugak sabar.

dan betul la orang cakap. sabar tu banyak kelebihannya. dan hasilnya...

tu hadiahnya. tapi, opismate aku dah 'kekah' siap2.



close up sket


gorgeous woman okkay. hohoho (gelak setan)
kepada warga opis aku yang rasa baju dia
lebih gorgeous dari aku,
silalah sakit hati ngan aku.





jeng..jeng..jeng...
ni la baju yang membawa kepada kemenangan aku pada hari tu.
cantik ke?
(sila komen baju ye, bukan si pemakainya)


p/s: sebenarnya kan, aku tak bangga langsung pun dapat best dressed tu. aku MALU!! sebab sume pandang aku. aku rasa cam sume orang ngah kutuk aku. (aku memang seorang negative thinker). masa ngah amek hadiah tu, gigil-gigil badan aku. tah pape tah! (aku kan nobita, takde keyakinan diri). sebab tu le baru sekarang aku dapat publish entry PERASAN ni.



. perkara yang JANGAN dilakukan bila bergaduh dengan pasangan .

1. Jangan Mendiamkan Diri

Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai dalam kepala hotak pasangan kita. Bagaimana kalau pasangan kita memikirkan yang kita sudah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal? Say no to silent treatment. At least hantar la msg ucap selamat dan hai. Tapi, jangan la msg banyak2. Setiap 2 minit nak msg. Tu saiko namanya.


2. Jangan Terlalu Mengalah. Nanti pasangan nail lemak!

Mengalah untuk kebaikan masa depan?????????
Lupakan saja frasa idealistik tu...Jangan jadi bodoh. Menjatuhkan keegoan kita tu seumpama memberi candu pada pasangan kita... Dia akan seronok untuk memaksa kita menurunkan ego di masa-masa akan datang... Kalau takdirnya suatu saat nanti kekasih kita pergi, yang tinggal dengan kita hanyalah harga diri..Jadilah manusia yang menghargai diri sendiri.. Jangan jadi bodoh untuk buat pengorbanan yang tak dihargai..


3. Jangan Terlalu Cepat Membuat Kesimpulan .

Dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan...Secara logiknya, bila satu pasangan tu betul-betul menyintai antara satu sama lain, apakah mereka sanggup melukakan sesama mereka? Sudah pasti tidak..Adakah pergaduhan itu untuk mencari siapa menang dan siapa kalah? Sudah pasti tidak. Kalau kedua-duanya terluka, mana mungkin itu dipanggil sebagai kemenangan...Dalam rajuk dan pergaduhan, apa yang diinginkan cumalah empati. Apa yang diinginkan hanyalah agar pasangan merasai apa yang kita rasai. Kegagalan memahami keperluan pasangan ini yang mengakibatkan satu pihak terdorong untuk bertindak mengikut hati...


4. Jangan Defend Diri Sendiri

Kalau la kita mmg betul punbiar je la dia menang..tak yah la question apa2 yg dia buat..let it be..let it be..jgn pujuk excessively..pujuk slow2..dan jgn merajuk balik lps penat pujuk dia masih mengada2 lagi..


5. Jangan Mengungkit!

Ungkit mengungkit hanya akan menambah sakit di hati pasangan. Lagipun nampak sangat cam kita tak ikhlas dengan setiap perbuatan kita tu.


6. Jangan Cerita Perkara-Perkara Negatif, Serangan Peribadi dsb..

contoh:
"Eleh, cakap org, awk tu suka kentut dalam selimut, sedap2 je kata kita korek idung calit bawah kusi!"

sebaliknya semasa bergaduh, berceritalah tentang perkara2 yang positif dan menimbulkan rasa senang diantara anda berdua.

contoh:
"walau awak selalu kentut dalam selimut, saya tetap menghidunya juga tanpa kompromi"


7. Jangan Baling Henset Ke Dinding.

Walaupun henset korang hanya cap ayam yang kalau dibaling ke dinding, dinding yang pecah. Tu sume duit tau. Nanti korang gak yang rugi. Tapi, boleh dimaafkan kalau henset tu, henset pasangan korang! hehe..


8. Jangan makan banyak-banyak lepas gaduh.

Nanti kalau berat badan korang naik, sape yang susah? Dah gemuk nanti tak lawa. Manalah tau lepas gaduh2 tu korang putus pulak. Kan ke susah nanti nak cari boifren baru.


9. Jangan tak makan langsung.

Nanti korang jadi kurus. Kurus sangat pun tak cantik taw..


10. Jangan sesekali sebut nak BREAK.

Kalau sebut nak BERAK takpe. Tapi, kena sebut dengan jelas dan terang. Takut-takut nnt pasangan korang salah dengar ke hape. Nak lagi selamat, kalau time gaduh tu korang rasa nak terberak, cakap la nak gi buang air besar. So, takkan ada komplikasi di situ.


11. Jangan Menangis

Nanti mata korang bengkak. Tak pasal-pasal lak kena mekap smokey eyes masa nak g keje.


12. Jangan Tengking Menengking

13. Jangan Menipu

14. Jangan Serkap Jarang

15. Jangan Naik Kaki Tangan

16. Jangan Mencarut...

17. Jangan.....

18. Jangan...

huh, korang la pulak tambah. aku blur la pulak pepagi nie.....


27 October 2008

. ade rasa cinta yang membuak-buak ingin diluahkan .

I ReAlly WiSh I CoUld Do ThAt WiTh SoMeoNe I LoVe
aku teringin nak main hujan.
aku teringin nak main buai.
aku teringin nak baring kat rumput yang menghijau
pada waktu malam.
sambil melihat bintang-bintang yang bertaburan di angkasa
aku teringin nak jalan-jalan tepi pantai...berpegangan tangan.
bersama dengan orang yang aku sayang.
tapi....
bila, kat mana dan yang penting dengan siapa??
huh, emosi jiwang begitu kuat menghantui diri aku malam-malam deepavali ni.
korang boleh la muntah pasni yer... :-(
"ThE WoRsT FeeLiNg IsN't BeInG LoNeLy,
BuT FoRgoTen By SoMeOne YoU CaN't FoRgEt"
p/s: do i look desperate???


22 October 2008

. inilah yang akan terjadi bila aku dilanda masalah .


yes. aku mampu berkeadaan begitu selama 24 jam tanpa henti.
bila ada masalah
aku jadi malas,
jadi tak tentu arah,
jadi takde semangat,
jadi kuat tidur.