27 October 2008

. ade rasa cinta yang membuak-buak ingin diluahkan .

I ReAlly WiSh I CoUld Do ThAt WiTh SoMeoNe I LoVe
aku teringin nak main hujan.
aku teringin nak main buai.
aku teringin nak baring kat rumput yang menghijau
pada waktu malam.
sambil melihat bintang-bintang yang bertaburan di angkasa
aku teringin nak jalan-jalan tepi pantai...berpegangan tangan.
bersama dengan orang yang aku sayang.
tapi....
bila, kat mana dan yang penting dengan siapa??
huh, emosi jiwang begitu kuat menghantui diri aku malam-malam deepavali ni.
korang boleh la muntah pasni yer... :-(
"ThE WoRsT FeeLiNg IsN't BeInG LoNeLy,
BuT FoRgoTen By SoMeOne YoU CaN't FoRgEt"
p/s: do i look desperate???


22 October 2008

. inilah yang akan terjadi bila aku dilanda masalah .


yes. aku mampu berkeadaan begitu selama 24 jam tanpa henti.
bila ada masalah
aku jadi malas,
jadi tak tentu arah,
jadi takde semangat,
jadi kuat tidur.

19 October 2008

. aku memang tak pandai bawak moto .


jangan kata nak bawa, nak start moto pun aku tak reti. dan gambar di atas hanyalah kepoyoan aku semata-mata.

tapi, tu tak bermakna aku tak pernah bawa moto. masa aku form 2, kawan baik aku penah gak la nak ajar aku cara-cara nak bawa moto. aku punyalah sexcited masa tu, cam orang pompuan yang baru menerima lamaran sorang lelaki tuk berkahwin. walaupun aku langsung tak pernah menyentuh handle motor tu, tapi disebabkan kesungguhan member aku tu, dua kali ajar je aku dah konfiden sehinggakan aku begitu berani membonceng dia dan sorg lagi kawan aku pusing-pusing satu kampung. huh bangganya aku masa tu. aku siap lmbai-lmbai je kat abang n adik aku bila aku lalu depan rumah. mak pak aku takde umah kot masa tu. kalau tau pak aku, mesti aku dah kena hambat. dia memang pantang anak-anak dia naik moto nie.

tapi, langit tak selalunya cerah. masa balik kawan aku yang sorang lagi tu (baru belajar cam aku gak la) tetiba nak bawak lak. konpiden je muka dia. masa tu ada lam 100 meter je nak sampai umah aku. dia kate "takpe..aku anto ko balik". aku pun ok je la. kendian aku tuko posisi. member aku yg nak bawak tu dok depan, aku dok belakang dia dan belakang aku member aku yang ajar kitaorg bawak moto tu. 10 meter pertama tu dia bawak memang ok. masuk ke meter yang 50, ade satu simpang sebelum sampai umah aku. sekali member aku tu tah ape punya meroyan dia datang dan apa yang cuba dia buktikan agaknya, tanpa segan silu dia telah memerah laju motor tu dengan kelajuan 80km/j. padahal kelajuan yang dibenarkan di situ adalah 30km/j sahaja. baekk punya dia lap...

dan tanpa segan silunya jugak, dia telah melanggar tong sampah jiran aku dan terus meluncur laju ke depan. aku yang dok tengah2 ni memang tak mampu berbuat apa-apa. tak sempat nak pk ape ade. maka berebut-rebut la kami masuk ke dalam longkang depan umah aku tu. memang gelap gelita la pandangan aku masa tu. mana taknya kepala aku tepat2 kena kat batang paip pastu terus tersembam lam air longkang. yang bestnya lagi tu, member aku yang dua org tu leh hempap aku lak. hampir-hampir gak la aku mati lemas. sib baik tuhan masih menyayangi aku. yang peliknya kenapa aku yang dok tengah2 leh masuk dulu lam longkang tu? kalau ikutkan logik bukan ke member aku yang dok belakang tu patut terbang dulu. huh, sampai sekarang kalau aku pk, terasa kemisterian nusantaranya. tapi, mungkin jugak disebabkan aku paling ringan antara mereka. huh!

dan disebabkan kejadian tu jugak la, seminggu kepala aku bau air longkang. seminggu gak la kepala aku pening-pening lalat sebab terhantuk kat batang paip. (agaknya sebab tu la akdang-kadang aku ni datang sengalnya).. pinggang aku belah kiri koyak. sampai sekarang ade parutnya. kalau tgk betul-betul pun, allingment badan aku pun ade lari sikit ar.. agaknya kalau nak kawen, kena check allingment badan dulu, konpom aku nye hantaran jatuh ngan mendadak. hehe...dan disebabkan kejadian tu jugak, aku sangat fobia nak bawak moto. aku sangat takut kalau ade orang bitau aku, dia jatuh moto atau eksiden moto. dan aku sebenarnya tak sampai hati tgk org bawak moto. nak je aku belikan diorg keta. tapi, tungglah bila aku dah kaya cam bill gates.

erm... tu le serba sikit tentang citer aku dan sejenis benda bernama motosikal. pe citer ek kat kawan-kawan aku ngan moto tu skrg??

16 October 2008

. hangin .

kring...kring...

telefon opis aku bunyi. cam biasa la dengan pantasnya aku menjawab.


aku : pejabat timbalan pengarah Kxxxxx. selamat pagi.

babi : hello. fara eh?

aku : minta maaf cik. nak cakap dengan siapa?

babi : ni bukan fara eh? erm..tak kisah la sape2.. saya nak cakap pasal saya punye u 14 (sorry ar, aku tak tau dia ckp pasal pe..tapi bunyi je lebih kurang gitu la)

aku : maaf cik. i didn't get u. cik nak bercakap mengenai apa ye.

babi : pasal saya punya permohonan. bla..bla..(sekali lagi aku tak tau). ni bahagian personal kan.

aku : minta maaf cik, cik sebenarnya nak telefon jabatan mana ye (aku rasa dia dah salah no)

babi : ni bukan jabatan personal eh? (ade ke jabatan personal?)

aku : mintak maaf cik, ni Jabatan Kxxxxx......


pap....belum abes aku cakap, dia terus letak tepon.

huh, korang nampak tak kebabian di situ?
aku malas nak cakap banyak, tapi kepada sesiapa di luar sana.
lain kali kalau nak telefon orang, belajar dulu adab-adab bercakap di telefon.
ingat cakap kat telefon tak ada adab ke?
lagi la pulak kalau ko tu sebenarnya tak pasti nak ckp dengan siapa.
tak pasti tempat mana yang ko call.
jangan main hentam kromo jek.
jangan buat darah tinggi orang lain naik dengan mendadak ok.


notakaki : aku sedang cuba belajar bersabar.

15 October 2008

. fobia .

aku sangat takut bila hujan.
bukan hujan yang biasa-biasa tu.
tapi hujan yang disertai dengan petir, kilat dah guruh.

dulu masa kecik-kecik,
setiap kali hujan macam tu aku akan menyorok bawah tilam, selimut ataupun toto (bukan sport toto ok)
aku rasa sangat selamat berada di bawah situ.
umur aku masa tu 12 tahun.

masa umur aku 23 tahun,
ketika aku sedang tidur bersendirian,
hujan turun dengan lebatnya..
aku terjaga sebab bunyi guruh dan petir yang sangat kuat.
kilat sabung menyabung (huh, cam ayat lam novel)
katil aku betul-betul mengadap tingkap..
aku takut gilerr....

dengan kaki yang terketar-ketar, aku bangun..
pergi ke satu sudut di sebelah almari
yang besarnya hanya boleh memuatkan orang kurus seperti aku..
aku duduk di antara dua sujud.. eh silap..
aku duduk di celah lubang di antara almari dan dinding itu
dan tertidur sampai keesokan harinya..

semalam...
balik dari kerja..
on the way balik tu hujan lebat.
jam baru 6.30 tapi dia nye gelap, mak oi cam dah kul 9..
kilat, petir, guruh sume takleh cakap la..
jalan pulak jammed sebab accident..
adoi...time-time camni la pulak nak accident.
siyes aku rasa tak selamat.
aku rasa bila-bila masa je aku boleh rentung
sebab kena panah petir..
aku takut sangat ok...takut..

dan disebabkan ketakutan itu lah jugak
aku tak mampu berfikir dengan baik.
dua kali (dua tol sebelum sampai usj) aku touch pas kerja aku
kat lane touch n go.

semalam adalah hari takut, gile dan malu aku.

ade sesape leh tolong aku menangani masalah ni tak??
siyes aku sangat tertekan dengan keadaan ni.
aku tak tau kenapa aku takut petir, kilat dan guruh..
plz..ade sesape leh sexplain kat aku tak?