26 June 2007

.empty.

rasa yang teramat bosan sekarang ni. bos takde, keje pun malas nak buat. semenjak nak pencen ni, rajin pulak orang tua tu gi jalan. kalau sehari dua takpelah jugak. ni tiggalkan aku seminggu, dua mingu. aku jugak yang kebosanan, kegersangan.... gersang?? hmm....

mata dah la ngantuk. kaedahnya, semalam berborak sampai tak hengat dunia. last-last pagi ni aku jugak yang bangun lambat. sedar-sedar jam aku dah kul 7.10. cemana la aku tak perasan henpon aku bunyi. tersedar pun sebab aku dengar bunyi bising. rupanya, osmet aku kejutkan aku dengan cara mengetuk tangga menggunakan lesung. keji tak?? alasan dia malas nak naik tangga. sabo je la aku nyah..tapi, takpelah jugak. kalau tak sebab dia ketuk tangga tu, silap2 mau terlajak aku smpai petang. kalau tak sebab osmet aku tu seopis ngan aku, malah merangkap pulak pen. kanan bos aku, mmg aku dah MC pagi td. malas tul nak gi keje. aku dah tau dah konpem takde keje nye. sudahnya aku dah jadi cam orang biol kat sini. bosan tahap gaban. nak cuti rasa sayang lak cuti aku tu. tengok lah esok cemana

hari ni adik aku dr uk tu sampai. huhu, tak sabonya aku nak dapat kasut baru. (baru ke??). rasa cam nak ikut pulak mak aku balik kg petang ni. kalau ikut hati, aku MC je dua hari. tapi, apakan daya.. dok serumah ngan bos ni le payanya. tak boleh nak tipu langsung. huwaaa...tension nye haku. ape nak buat ni??

22 June 2007

:: SimPle QuOte ::

simple quote for today

TO LOVE IS NOTHING BE
TO BE LOVE IS SOMETHING
TO LOVE AND BE LOVED IS EVERYTHING

DON'T MARRY A PERSON YOU CAN LIVE WITH
MARRY SOMEONE YOU CANNOT LIVE WITHOUT

15 May 2007

:: Orang Yang Mencintai Kamu ::

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]

29 April 2007

:: J.O.D.O.H ::

Someone send this to me throuh emel. credit to penulis asalnya....

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,a nda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlahdulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi- Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu
juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


renung-renungkan dan selamat beramal

27 April 2007

:: laksamana sunan...dihatiku.. ::

dah agak lama jugak aku tinggalkan habit aku baca novel. tak silap aku dah dekat 4 tahun gak la aku tak baca novel. bukan ape, minat membaca tu ade tapi takde lagi novel yang boleh buat aku tak ngantuk selepas muka surat pertama. selalunya lom abis muka surat pertama, aku dah ngantuk.

sampailah satu hari, entah kenapa minat nak baca novel tu datang balik. rasa meluap-luap pulaknak baca novel. tapi, aku tak pilih sebarangan novel. agak lama jugak aku dok terbelek2 kat mph jucso cheras tu. novelis pilihan aku semestinya ahadiat akashah ngan ramlee awang murshid. ahadiat akashah memang menjadi pilihan aku sejak sekolah lagi. rasanya semua novel dia aku ade. last aku baca cerita pasal joni togo. katanya ade sambungan sampai siri ke 13.. tapi, yang aku jumpa 3 je. tak tau la aku yang tak jumpa ataupun memang takde. itupun dah lama jugak, rasanya tiga tahun lepas kot. pastu dah tak nampak lagi karya2 baru Ahadiat Akashah ni. Ramlee awang murshid ni pulak aku start minat sejak membaca novel tombiruo. tu pun sebab abang aku rekemen. memang best cerita nya. mungkin kena dengan jiwa aku yang suka novel thriller seram.

erm..back to the topic. dalam banyak2 novel ramlee awang murshid yang aku dok belek2 tu, hati aku tertarik ngan novel nih.



BAGAIKAN PUTERI. aku tertarik bila membaca sinopsis kat belakang buku tu. novel yang diklasifikasikan sebagai epik thriller ni betul2 memukau aku. memandangkan aku tak reti untuk buat rumusan mengeai novel, so aku amik je la sinopis kat belakang buku tu yer...Haryani dan Laksamana Sunan.. saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima akal. Mereka dari zaman berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antaran kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani..pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad ke 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal di bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zama yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

ternyata tak sia-sia duit aku RM 19.90 beli novel. memang sangat berbaloi. kepada korang-korang kat luar sana yang sememangnya peminat novel-novel melayu, boleh la dapatkan novel karya ramlee awang murshid ni. aku boleh jamin, kepada semua yang dah membaca novel ni pasti akan JATUH CINTA dengan Laksamana Sunan.

Laksamana Sunan digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah, kacak, tingg ilmu agama dan ilmu persilatannya, sangat sabar dan warak. dan tak mustahil korang akan mengharapkan yang sememangnya Laksamana Sunan itu betul-betul wujud. atau mungkin korang akan berkhayal yang korang menjadi Haryani..(hahaha..tu aku je kot). apepun, ini lah novel pertama yang berjaya membuatkan aku tak nak mengabiskan bacaan aku sebab rasa sayang nak meninggalkan Laksamana Sunan.

Laksamana Sunan......kau di hatiku!!

Tahniah kepada ramlee awang murshid kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan meninggalkan kesan di hati aku.