16 October 2006

:: kad raya ::

KAD RAYA

petang tadi ketika melihat adik saya sibuk menulis kad hari raya untuk dikirim kepada kawan-kawannya, hati saya terusik sedikit. bukan kerana terharu dengan apa yang dia lakukan, tetapi rasa sedih. sedih kerana sehingga kini, saya masih belum menerima walau sekeping pun kad raya. jangan kata dari teman-teman, dari yang tersayang pun masih belum terima. kesian kan?? bukanlah saya mengharap sangat, cuma rasa terkilan sedikit. mungkinkah dengan adanya teknologi terkini yang serba canggih, maka tradisi mengirim kad raya semakin dilupakan. ya, sekarang dah maju. ucapan selamat hari raya dan meminta maaf hanya dikirim melalui sms, mms ataupun email. tapi, yang peliknya kad raya elektronik saya masih dapat...erm...belum lagi kot..insyaallah adalah tu untuk saya..(mungkin)... lagipun, saya masih belum mengirim kad raya buat sesiapa lagi. jadi, tak adil lah kalau saya mengharap orang akan bagi kad raya untuk saya kan??

kalau dulu, 3-4 tahun yang lepas (zaman saya sekolah-sekolah dulu), belum start puasa lagi, saya dan adik saya dah berebut-rebut beli kad raya. siap buat list nama siapa untuk siapa kad raya tersebut akan dikirimkan. selalunya, kad raya tersebut akan saya hiasi dengan kreativiti saya, especially untuk teman-teman istimewa. dan pada hari puasa yang pertama, saya dan adik saya akan pos kad raya tersebut. lepas tu, tugas kami hanya menanti balasan dan berlumba-lumba siapa yang paling dapat banyak kad raya. tapi, itu cerita 3-4 tahun yang lepas. sekarang ni dah hampir 2 tahun saya tak menerima sebarang kad ucapan hari raya. kad raya terakhir yang sayab dapat adalah pada tahun 2003. dah lama bukan??

saya memang tidak pernah membuang kad kad raya yang pernah saya terima. malah, saya masih menyimpan kesemua dengan baik. kadang-kadang, bila membaca semula kad raya tersebut, saya tersenyum sorang. soalan lazim yang akan ditanya dalam kad ----> "baju raya bape pasang?" "pose penuh tak?" "berapa banyak buat kuih raya? dan kadang-kadang ade juga yang mengirim duit raya. but now, semua tu dah menjadi kenangan sahaja. nak buat cemana, kita kenalah ikut arus kemodenan. kalau tak nanti dikatakan ketinggalan zaman pulak..hehehe...er, ketinggalan zaman ke kalau kirim kad raya??

03 October 2006

:: hari ini ::

sudah lama saya tidak berblogging. bukan kerana tiada idea. malah sebenarnya begitu banyak cerita yang hendak dikongsikan. bukan juga kerana tiada masa. setiap hari pun masa saya hanya dibazirkan di forum. lantas, ape sebenarnya yang menghalang saya dari berblogging?? soalan yang saya sendiri pun tiada jawapannya......

ini hari dah masuk hari ke berapa ye kita berpuasa? saya sendiri sudah lupa. mungkin kerana saya tidak berpuasa pada hari ini, maka saya tidak berapa peduli akan hari keberapa kita berpuasa dan juga waktu berbuka. tidak seperti selalunya, saya akan kerapkali melihat kalendar dan juga jam tangan sambil mengira-ngira berapa jam lagi nak berbuka. dan selalunya masa terasa begitu lambat sekali berlalu......

puasa kali ini, tak banyak bezanya dengan puasa saya beberapa tahun kebelakangan ni. tarawikh pun langsung tidak pergi. nikmat berpuasa semakin kurang dirasakan. kenapa yer? mungkin tuhan dah tarik kembali nikmat berpuasa. atau itu hanya perasaan normal bagi orang-orang yang sedang meningkat dewasa? isk, ape yang saya merepek ni.....

sebenarnya, saya masih berkira-kira cerita apa yang hendak disampaikan untuk entry kali ini. tapi, sehingga ke perenggan ke empat saya masih belum dapat lagi kisah yang menarik. kalau ikut standard peperiksaan PMR, mungkin karangan saya akan dapat D kerana tiada isi. hehehe. jadi, sebelum saya merepek yang bukan-bukan ada baiknya saya stop dulu untuk entry kali ini.

kepala saya pun sudah terasa pening-pening lalat. alangkah baiknya jika saya dapat berbaring di katil saya sambil menonton tv....~ adeh..!! ~

28 July 2006

:: unsangkarable ::

tadi, tengah aku dok sibuk baca blog-blog member forum cari, aku ter klik la kat satu blog forummer ni. forummer yang memang aku kenal ( kenal dalam forum la ). yang selalu main kuiz sesama kat board ask the woman.

takde lah ape sangat yang menarik kat blog dia tu, tapi bila aku tengok gambar. (gambar dia n wife dia), aku rasa macam kenal je wife dia tu. serius..tak tipu. tapi, aku wat tak tau je. aku baca je blog dia tu. seronok tengok dia citer pasal wife n anak dia.. then, bila dia mention nama ina n ayu kat blog dia tu, lagilah aku terkejut. sah le, memang aku kenal wife dia tu. sedara dua pupu aku rupanya...hmm....keciknya dunia ni. aku pun dah lama tak dengar pasal dia. tup-tup dapat tau dia dah ade baby. tau pun melalui blog husband dia...

seronok tengok kebahagiaan diorang sekeluarga. cam tak percaya je dia dah ada anak. dulu, aku pun sempat nak gi kenduri kawin dia. maklumlah, aku ni ngan sedara mara memang kureng sket. tapi, takdelah sampai tahap tak kenal sedara. still kenal lagi lah.

bila aku fikir-fikirkan balik, rupanya dah lama aku tak jumpa sedara mara aku. sampaikan ade yang dah kawin n dapat baby pun aku tak tau. anak diorang pun aku tak penah tengok rupanya. silap-silap nanti jumpa kat memana, leh tak kenal pulak..hehehe...

bile la aku nak kawin nih??? hehehhee.... (ade kena mengena ke ngan entry aku nih??)

19 July 2006

:: miss someone ::

i really really really miss someone right now..

someone yang pernah jadi kawan baik aku

someone yang selalu tolong aku masa aku susah

someone yang selalu jadi tempat aku luahkan perasaan n ceritakan masalah aku

someone yang selalu sms aku tanya khabar

someone yang pernah tolong aku time kereta aku rosak

someone yang selalu hantar n amik aku gi keje

someone yang selalu temankan aku makan

someone yang selalu jadi mangsa cubitan aku

someone yang betul-betul baik dengan aku

someone yang ta pernah langsung nak amik kesempatan kat aku

someone yang aku boleh berbicara tentang apa sahaja dengan dia

someone yang boleh aku bergurau senda

someone yang pernah aku lupakan

someone yang pernah aku abaikan perasaan dia

someone yang sekarang dah jadi suami orang.....


huwaaaa.......aku betul-betul rindukan dia sekarang. betul la cakap orang "kita tak akan sedar dengan apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya." sekarang ni baru aku terasa.

kalau dulu dialah peneman aku. teman aku makan. teman aku shoping. teman aku lepak-lepak. teman aku gelak. teman aku menangis. pendek kata dia lah segala-galanya.

tapi, sekarang. keadaan dan berubah. takde lagi sms. takde lagi telefon-telefon. takde lagi gurau senda dia yang selalu jadi penghibur aku. takde lagi teman untuk aku berbual. arghhh.... aku rindu dia.


namun....

aku tetap bersyukur. aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah.....

pernah ade teman yang boleh ketawa dan menangis sama-sama dengan aku. teman yang selalu ada waktu untuk aku. dan sekurang-kurangnya aku percaya teman sejati tu wujud.

cuma.....

aku perlu sedar. keadaan dah berubah. dah tak sama macam dulu lagi. dan aku perlu mengikut arus perubahan tu.

walau apapun....

untuk awak yang pernah jadi sahabat saya satu ketika dulu, saya ucapkan bebanyak terima kasih. terima kasih kerana memberikan saya kenangan indah yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam kotak memori dan hati saya. dan awak akan selama-lamanya jadi sahabat saya di hati saya. terima kasih untuk awak yang bernama fazli. dan walaupun awak tak pernah tau dan tak mungkin membaca blog saya ni, saya nak katakan di sini that " u're the best friend and nice person that i ever meet "


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

18 July 2006

:: tajul ::

aku nak jadi cam tajul la. tajul dunia baru tu.

nothing is personal. everything is business.

tapi....aku nak ubah sikit.

nothing is personal. everything is money

money....money....money....

huahahhahaha...aku memang mata duitan!!!

so, what??