29 June 2006

:: 1 new message ::

Awak...saya berjanji atas nama saya, dgn nama yang maha kuasa, sy xkan menginaya awak, xkan mlukakan hati awak...xkan tinggalkan awak...dan orang bejanji akan selalu dan terus menyayangi awak...insyaallah!!

From : _ _ _ _ _

+6014 _ _ _ _ _ _ _

Date : 29/06/2006

Time : 6.37 pm

28 June 2006

:: sunyi..sepi..sendiri ::

Pernahkah kau rasa ingin berbual-bual dengan orang yang amat kau senangi.Kau dengannya minum bersama-sama,hingar-bingar di sekeliling tidak kau pedulikan,kau duduk di tepi dinding kaca,di mana kau boleh melihat hujan atau cahaya matahari.Saujana mata memandang.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin berjalan bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi,bahu membahu.Kau bercerita sambil melihat langkah kaki yang seolah sama,sesekali melihat awan putih di atas sana.Ketawa bersama dengan gembiranya,terasa lapang di dada.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin duduk di sebuah bangku kayu,bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi.Kau bersandar sambil berpeluk tubuh,memandang jauh ke hadapan.Tetapi tiada apa yang dibicarakan.Dan kau tidak berasa sunyi,kerana ada dia yang sudi menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin menghubungi orang yang amat kau senangi.Seolah percakapan-percakapan kau dengannya dapat melenyapkan rusuh di hati.Tetapi,ternyata kau lebih banyak diam dari bercakap.Dan kau tahu dalam sunyi yang mengisi waktu itu,dia masih di hujung sana,menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa satu perasaan yang sangat sunyi dan sepi?
Tiada yang lebih sunyi melainkan perasaan yang sedang kau rasai saat itu.
Pernahkah kau rasa kau bersendirian di dunia ini?
Seperti tiada siapa yang peduli tentang diri mu.

Kadang-kadang aku merasai perasaan itu.
Kadang-kadang aku suka akan perasaan itu.
Kadang-kadang aku rimas akan perasaan itu.

Sunyi.Sepi.Sendiri.

26 June 2006

:: satu penantian ::

Song : Satu Penantian
By : Dwen

Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu

Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku

Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan sekadar impian belaka

:: kembali ::

kembali bekerja lepas 5 hari bercuti. gigil jugak la aku nak mengadap bos aku. tak tau nak bagi reason ape. dalam hati ni dup dap dup dap je. tapi, aku kontrol je. bukan aku wat salah pun. ala, takat tak datang keje 3 hari. takkan dia nak denda aku lari bogel satu opis kot. paling kuat pun, mesti dia tanya je nape. lagipun sebelum ni rekod aku memang bersih. tahun ni lom penah MC, tak penah lagi emergency. kali ni je, memang tak dapat nak elak. terpaksa.. hehe..relax suzan. relax.

sampai je kat parking aku tengok keta bos aku tadek. sah, orang tua ni lom sampai lagi. huhu, selamat aku. (untuk sementara je). pastu dia sms aku kata masuk lambat sket. alhamdulilah.

then, sampai je kat bilik aku, mak oi. penuh atas meja aku ngan surat. tak tau lah surat drpd bila punya tu. hampeh betul PAR kat tempat aku. dah tau aku takde, pendai-pandai la bukak surat tu. takkan nak soh aku jugak. dah tu, kalau seminggu aku takde, seminggu la surat tu tak bukak!! hangin tul aku. nak marah kang, kata aku gila kuasa, berlagak. so, ape yang aku leh buat, diam sambil memaki-maki di dalam hati. huh, pegi-pagi dah tambah dosa. tak memasal je.

disebabkan aku ni malas nak menunjukkan kuasa aku, maka aku pun meneruskan je la keje aku. nak wat cemana, aku pun kuli batak jugak. nak tak nak, kenalah buat jugak.

bos aku masuk dekat 12 tengahari. sampai je kat opis, 2-3 orang dah dok tunggu dia. tak sempat aku mengadap dia. sibuk sangat. kul 4 baru le aku nak jumpa dia. bos aku tanya aku pegi mana 3 hari ni. dia takut aku kena kidnap..hehehe..sayang jugak bos aku kat aku. lama gak la aku berborak ngan dia, dan bermacam-macam ceritera jugak la yang kuar dari mulut haku ni. cerita betul ke tipu, biarlah rahsia. nak hidup kenalah pandai. kan? kan?

24 June 2006

:: kisah klasik untuk masa depan ::

1.Are you a child of the 70s 80s or 90s?
- 80s

2. Where were you born?
- muar, johor

3. If you were born in another country, what age did u move?
- yang pasti bukan singapore

4. What city did you grow up in?
- banyak la..muar, shah alam, gombak, melaka

5. Did you enjoy your childhood?
- tah la..tak pasti

6. When you were a kid what did you want to be when you grew up?
- wartawan

8. Name the first memorable vacation you took as a kid?
- genting

9. What was your first best friend's name?
- cipon, dila, as, ayu, hawa, sotong, nurul

10. Are they still your best friends?
- of course la..

12. How did you meet them?
- dila & ayu: masa form 2, nurul : darjah 5, hawa & sotong :masa kat poli as: kat opis.

13. Can you name all the schools you ever attended?
- lebam kalau nak tulis sume...banyak sangat

14. Who was your first crush?
- faizal hussein

15. Were you a shy quiet kid or a very wild and rowdy kid?
- confirm shy quite kid

16. When you were little what did you do for fun?
- tengok kartun

17. Were you closer to your mum or dad as a kid?
- mom

18. Do you have any embarrassing school stories to share?
- tak ingat dah

19. What was the first record, tape or CD you remember buying?
- slam ~ konsert unplugged

20. How old do you want to be when you get married?
- sebelum 25..insyaallah

21. How old to have kids?
- banyak pun takpe..meriah sket family aku

22. Were you scared of anything?
- tah...

23. What was your favorite class in school?
- pendidikan jasmani

24. Did you buy school lunch or bring your own?
- beli je...tak kose aku bawak bekal..

25. Broke any bones or had any freaky accidents as kid :
- tak penah

26. Were you a meanie head?
- tah...

28. Did you play house or pretend to be a superhero?
- nop

29.Random memory from when you were a kid?
- 10 years old

30. Seriously..are you still just a kid at heart?
- memang pon..