30 May 2006

:: suratan atau kebetulan ::

aku banyak keje hari ni. bos aku tu dengki tul ngan aku. mentang-mentang la aku cuti isnin hari tu. saje je nak bagi aku keje banyak-banyak. huhu..tensen nya aku!! ~~ tapi, aku malas nak buat. aku tadek mood. takde hati nak wat keje. aku nak dok rumah. melayan perasaan aku. perasaan yang...yang....hmm..entahlah. aku pun tak tau apa perasaan aku tika dan saat ini. (ecece..cam lagu pulak). tetiba je rasa nak menyanyi. lalalalala....



tajuk entry aku kali ni SURATAN ATAU KEBETULAN. apsal tah tetiba je aku nak letak tajuk tu. padahal aku tak tau apa yang aku kata. huahahahha....aku dah semakin tak betul nih. mungkin kesan ke tensenan aku. jiwa kacau. kacau. kacau. kacau.



tapi........



aku suka perasaan ni. walaupun aku tak tau apa sebenarnya perasaan aku. hahahhahaha aku dah gile !! ~~~~


:: demi waktu ::

lagu tema aku untuk kali ini.





DEMI WAKTU by UNGU





aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
yang kini hadir diantara kita
namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
yang slama ini temani hidupku





maafkan aku
menduakan cintamu
berat rasa hatiku
tinggalkan dirinya
dan demi waktu
yang bergulir disampingmu
maafkanlah diriku
sepenuh hatimu
seandainya bila kubisa memilih





kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
mungkin semua takkan seperti ini





dirimu dan dirinya kini ada dihatiku
membawa aku dalam kehancuran


26 May 2006

:: exboypren haku ::

entah apelah malang nasib haku hari ni, leh pulak terserampak ngan exboypren haku...adeh!! time haku teringin nak terserampak ngan dia, takde pulak dia muncul. time aku tak jangka nak jumpa dia, boleh pulak dia muncul. kambing gurun betul lah....



petang tadi tengah aku dok tertonggeng-tonggeng kat kedai nak beli barang-barang nak wat puding roti, tetiba aku dikejutkan ngan satu suara. terkejut bukan sebab sore dia sedap cam suara mawi, tapi "macam pernah ku dengar suara ini"



aku pon toleh la. sekali....arrrrrr.....chem bongok tu ade kat depan mata aku. tergamam kejap la haku..tapi, aku kontrol jer..wat cam takde pape. (actually aku tak kisah pun jumpa dia ke hape, tapi skang ni dalam keadaan aku tak bersedia).



dia pun dok pandang-pandang haku. aku wat tak tau je. malas aku nak pandang. buang karan je.



then, masa dia nak kuar kedai tu boleh dia cakap kat kawan dia yang baru nak masuk kedai tu macam ni "ko tengok gitar karan aku ade kat dalam. gitar karannn!!" lalalala....  huh, siap menyanyi-nyanyi pulak dia!!



bongok....!!!!!! dia kate aku gitar karan!! tak sedar diri dia tu macam daun kering. dia tu lagi kering dari aku nak banyak cakap pulak. tak sempat aku nak jerit daun kering kat dia, dia cepat-cepat kuar dari kedai. huh, sakit je hati aku.



then, aku tengok dia bawak lori. dah keje la tu. ele, takat bawak lori tu, tak payah le nak berlagak ngan haku. walaupun lori dia tu lagi besar nak dibandingkan ngan kancil 660 aku tuh, aku tak takot la... buwek!~


:: guess warehouse sale ::

berita baik..berita baik untuk mereka yang kaki shoping cam haku ni. 2 sampai 4 jun ni guess ade wat warehou sale. huhu, nampaknya makin nipis le wallet aku yang telah sedia nipis tu. haku pun tak tau le nape tetiba time aku takde duit nih, banyak lak dia wat sale. n aku pun tak tau kenapa dua tiga menjak ni, nafsu shopping aku semakin mebuak-buak. hari tu dah habis beratus hengget kat body shop. ni pun rasanya bakal jugak berhabis RM ratus-ratus nih. gile ah...



tapi, yang menjadi masalahnya cemana la aku nak dapatkan duit beratus-ratus tu? ade ke sesape nak sedekah kat aku tak?? (agaknya dah bape kali aku mintak sedekah kat cnie??) hehehhehehe....



huhu, haku nak pegi gak...nak pegi soping...



nak beli handbag baru. baju baru. huhuhu...cedihnya haku...


22 May 2006

:: berat ::

hari ni, sorang pegawai kat opis aku tanya...



"su, berat badan u berapa"



agaknya die heran tengok badan aku ni sekeping je cam papan lapis. lebih-lebih lagi aku pakai kebaya hari ni.



"er....." lom sempat aku jawab, dia dah jawabkan sendiri soalan tu dengan pertanyaan jugak.



"38 kilo eh? "



aku pun sengih je la. dalam hati "hampeh nye En. Hamzah."



dia tak tau aku dah berjaya pakai jeans size 25 minggu lepas. (terbang duit aku beli jeans baru)