18 March 2009

. tips menghilangkan rasa bosan di opis juga menjadikan bos gila.

  • Telefon opismate korang yang dok sebelah menyebelah dengan korang dan tanya samada diorang sihat ke tak.
  • Masuk bilik bos senyap-senyap. Pastu dok depan dia, tenung je muka dia tanpa bercakap sepatah haram pun. 5 minit lepas tu, keluar balik dan buat seolah-olah takde apa yang berlaku.
  • Amek marker pen merah. Buat bulatan kecil2 kat muka dan tangan korang. Lepas tu jalan-jalan sekitar opis dan bagitau opismate korang yang korang dah kena demam campak.
  • Duduk kat sebelah mesin fotostat. Kalau ada orang nak guna mesin fotostat tu, tanya sama ada diorang dah buat tempahan atau belum. Kalau belum, jangan bagi diorang guna.
  • Pura-pura tido, kemudian buat-buat terjaga dalam keadaan terkejut dan menjerit.. tolong...tolong...sambil berlari setempat. Pastu sambung pura-pura tido.
  • Order pizza untuk 20 orang. Bila orang pizza tu sampai, mintak duit kat bos soh dia bayar. Bagitau dia, hari ni hari jadi korang. Bos kena belanja.
  • Buat satu buku autograf dan mintak semua opismate korang sign dan tulis biodata diorang sekali. Pesan kat diorang, jangan lupa sertakan gambar sekali.
  • Bangun dengan tiba-tiba dan kemudian berlari selaju mungkin ke pintu sambil menjerit 'kebakaran....kebakaran...'.
  • Bungkus satu hadiah dan tulis kat situ 'SELAMAT BERSARA' dan serahkan bungkusan tersebut pada bos korang....


(tips ni teori sahaja. kalau korang rasa nak kena buang kerja serta merta, buatlah praktikal)

Hihihi.

.sekian dari aku yang bosan tahap super saiya.





Citer lain pulak.


Er, semalam si dia sms aku lagi.

"I'm letting u go but really slow. Kalau ikut hati nk je jumpa u...."

"Good night dear...U still my sweet honey bunch"

Aku tak paham........

17 March 2009

. my feveret song .

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama angin apa sebab goncang
Nanti jawab angin tanya lah awan
Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Tengok dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang



budak yang naynyi ni sangat cute. teringat masa aku kecik-kecik dulu. comel macam ni la. hihihi


erm..kalau lah aku boleh buang bayang dia semudah aku campak batu dalam air......(sempat lagi tu)

16 March 2009

. aku nak letak tajuk paling sedih. tapi tak tau apa .

3.30 pagi.

Apehal aku dok terkebil-kebil depan pc nie?




Flashback.

5.46 petang.
Keheningan petang aku dikejutkan dengan satu bunyi sms. Cepat-cepat capai tepon.
*senyum*. Heh, dari pagi satu sms pun tak masuk. Sebab tu aku senyum. (padahal itu sms dari dia).
"watcha doin?"

"Nothing. G kedai beli brg dapur sket"

"ic. your parents n sis smua dah pindah putraj?"

"yup. bersepah umah dibuatnya. u watpe?"

"in my room rehat"

perbualan seterusnya bersambung di ym. borak-borak bodoh kejap. dia mintak tolong aku taipkan satu surat dalam word sebab lappy dia takde word. dan macam biasa, aku dengan murah hatinya tolong tanpa banyak soal walaupun line internet aku cam gampang dibuatnya. dan masa tu aku ngah sibuk kemas barang2 yang baru angkut dari subang. tapi, aku usaha jugak untuk dia. dah siap, senyap sekejap.


8.51 pm. new message receive.

"jumpa malam ni nak ke? kalau u leh klua la..."

huh, apa jawapan yang dia jangka dari aku? kalau aku kat kedah sekalipun, aku akan cakap yes. tapi, cuak jugak. pehal nak jumpa aku? kate semalam need more time. dah ade jawapan kot? babi la. aku dah tau jawapan tu sebenarnya. aku harapkan dia takkan bagi jawapan. haih.

"wut time?"

jawapan pendek dari aku konon-konon tak mengharapkan tuk jumpa. padahal terus melompat masuk bilik. basuh2 muka, mandi sket2 n tukar baju. 10 minit je aku dah siap. bodoh!
"anytime"

"lokasi?"

"jumpa kt warung dkt shoplot i bleh? kalau u tau mane la"

"heh, mestilah i tak tau. Lokasi lain?"

"xpe. near your house we sill go but gimme some time coz i ade meeting jap kat shoplot i. orang tu nak sewa kan..."

"wokeh"


"org tu br call to cancel la.. hmm..i'm free already..what shud we do ah?"

"entahlah. so, nak jumpa katne? near to my house or ur house?"

"near my house pls. bleh?"


"ok. gimme 10 minutes k. then i g sane.


"jumpa kat pak maidin lah. ok?"

"yup, u terus g sana eh?"


"yup. can lah..easier for u..wat time will u sampai?"


"i dah nk kuar nie. 10 minutes lg sampai ah."


"jgn drive laju"


" tak la.laju sikit je"


erm..amek berat lagi ke? agak2 kalau mati eksiden tu tak sakit, korang rasa apa aku dah buat sekarang? laju tak laju jugak la. 6 minit dr presint 11 ke taman equine.

"i dah sampai. U katne?"

"jap.i walk there"

walk?? dia jalan kaki dari rumah ke ape? shitttt...apesal aku berdebar-debar pulak nie???


5 kali kelip mata, dia pun sampai. jantung aku makin laju. cam haram. tapi, kontrol dengan senyuman paling palsu penah aku buat. shit!!

ramai pulak orang kat pak maidin nie. kitaorg pilih seat kat luar. konon-konon privacy. huh! 10 minit pertama tu sumpah aku rasa janggal. apesal rasa lain je nie.?? isk... ape2 pun order dulu. bihun goreng n nescafe o tuk aku. dia? horlick ais.

aku pandang dia. dia pandang aku. pastu perbualan macam biasa. borak2 kosong2. tanya itu ini. tapi, dengan satu perasaan yang berlainan. benci betul aku perasaan nie. rasa nak pijak2 jer!
sib baik makanan dah sampai. ape-ape hal pun makan dulu. pehal aku rasa bihun aku ni dah macam dawai ampaian baju je. shit!! tapi, yang peliknya tu..licin jugak bihun aku tu. tapi, bukan aku mkn sorg la. dia makan kan tuk aku sekali.

abes makan. dan kat sini la bermula perbualan serius. serius yang aku rasa cam nak makan racun tikus je pastu.

"er..kelly tanya u...dia tanya kat i. mana dia.."
ayat pembuka bicara dari dia. kelly tu kawan dia. aku penah jumpa sekali je. lepak2 bertiga kat office dia yang macam ktv karaoke je. kitaorang nyanyi sampai muntah darah. once time ago la.

"erm..ingat jugak dia kat i ek.."

senyap lagi. dia pandang aku.

aku pandang depan. tengok keta lalu lalang. dalam hati dah macam nak pecah jer.

"so, macam mana kita?"

"macam mana? u la.. u kate nak masa. dah ade jawapan ke??"

perbualan seterusnya aku tak ingat dah. lupa terus. tapi, jawapannya tetap tidak. aku pun tak paham kenapa tidak. nampak cam dia sayang aku, tapi tak boleh go on. ok, aku paham. dalam setengah keadaan soalan itu memang takde jawapan. tapi, kenapa sebelum ni layan aku mcm puteri? atau aku yang perasan. shitt!!!! ok, stop suzan. tolong hadapi kenyataan.


dalam keadaan macam tu, aku masih boleh senyum je depan dia. senyuman plastik!! aku benci senyuman tu. kalau korang tengok pun, mesti korang rasa nak pijak2 je muka aku. aku harapkan aku boleh nangis depan dia. tapi, tak tau kenapa air mata ni macam segan2 pulak nak keluar depan dia. korang rasa kalau aku nangis hentak2 kaki dan pecah2 kan pinggan kat warung tu, dia akan terima aku tak? aku tau jawapan nya tak. sebab tu aku tak buat mcm tu. aku pun tak nak paksa orang. redha. rela. pasrah. ape lagi??

setelah melalui 20 minit perbualan yang merobek hati aku, kitaorg balik. aku hantar dia. dalam kereta dia usap kepala aku and say "i'm gonna miss u". huh!! sib baik aku tak sondol keta depan. asal dia cakap macam tu ar??? apesal????? saje je nak bagi aku sedih. harapan.

kontrol. aku masih tak boleh nangis. sebelum keluar dia ckp "take care". masa ni aku dah meraung. tapi, dalam hati je. kuar je dari kawasan rumah dia, tetiba pulak air mata ni turun mencurah-curah. sial! tadi tak nak keluar. kali ni bukan main lagi siap ngan hingus2. tisu pulak takde...so, aku biarkan je....

lagu kat radio pulak cam gampang. "lagu saat ku terlontar derita". dengan air mata berjurai tu sempat lagi aku jeling kat radio tu. 105.3. hmm..patutlah. sekarang tengah segmen citra cinta. babi kan? tapi, aku malas nak tukar. aku biarkan perasaan aku layan lagu tu. sambil tu msg sorg kawan..


"pinjam bahu leh tak? nak nangis"


bodoh. dah putus cinta tu dah la weh. yang ko pergi kacau orang lain tu pesal. tau tak dah kul bape?? tak tau ke yang org tu penat baru balik kerje?? ko memang bodoh la cujen.
biarlah..biarlah aku jadi bodoh. gi mampus.

msg jiwa-jiwa ngan kawan aku tu. nasib baik dia baik. dia col aku sebab aku tak reply msg dia pastu. ok, aku rasa bersalah. pura-pura takde pape sebab rasa bersalah kejutkan org yang dah tido. tapi, takpe..dia baik. sangat baik. (oi, sebab org tu baik ko rasa ko leh wat dia sesuka hati?? patutlah ko kena tinggal..padan muka ko cujen). ah...gi mampus..


borak-borak jiwa lara ngan kawan aku. kena bebel itu ini. bagi tips camtu camni. nangis sana sini. Ok, aku dah ok. thanks kawan.

balik rumah. masuk bilik terus kemas-kemas bilik aku yang macam separuh kiamat rupanya. tah dari mana datang semangat nak mengemas tu. terus menerus tanpa henti. tapi sempat lagi hantar sms kat dia... ok, ni memang betul babi!!

"i'm gonna miss u. thanks for the happy moment. u will be the one yang i rase susah sgt nak lupakan."


"hey, thanks for everything too. sorry i kena cepatkan perjumpaan td. i trasa sedih sgt."
"percaya tak, kalau u sedih i rasa 10 kali dr tu"

:( u have to be strong for both of us k..."


ye la....aku selalu jadi mangsa untuk kebaikan org. aku dah penat la....

"yeah. i jd strong just because u want it. but i'm not thay strong yg u sangka. i cuma xnak susahkan u. coz i love u more than i love myself. hey, jangan rasa tertekan dengan stetment i tu k....

"Suz...I LOVE YOU n pls jgn buat kat i mcm nie..."

seeee......nampak tak??? korang rasa ayat i love u tu apa maksudnya??? jangan nak kate aku yang perasan selama ni ok. then, kalau love me why u amek keputusan nak break?? aku mmg tak paham. ok, ade sesetangah perkara yg tak memerlukan jawapan.

"xpelah u. i dah biasa..dapat kenal u pun dah cukup. i boleh hidup dengan kenangan kita je. and i berani ckp u are the best thing that i ever had"

had??? bila masa pulak tu. bodohnya aku nie.


"tp in a way i'm happy jugak sbb u crita kt i dr u pendam..betul ke u tak tipu yg u sayang i mcm u syg i skrang nie?"

"x guna i tipu. o ckp ape yg i rasa yg betul2 dtg dari hati. i ckp bukan nak mintak simpati or nak buat u terharu. sumpah tak. i xnk tipu sesiapa esp myself"

"ok. i miss u already dan i dah habis kata2..i cuma nak u selamat dan happy selalu. mmg i sedih mlm nie...."


sambung lagi

"u tau x, ini part i nk u tau plak..masa u start citer pasal the guy u minat n next day u klua wit another guy, i dah assume yg u nak carry on with your life n u demand an answer from me. sebab tu i pk kena amek keputusan. now, dah macam ni pun i still jeles if u dgn mane2 boy..giler kan??"


ok, ni aku suka. cemburu tanda sayang? so, bermakna dia sayang aku la??

hoi bodoh. ko ngan dia dah over la.dah abes. apehal ko ni asik nak menaruh harapan je..
(pehal ade je sure2 sumbang menyemak dalam blog aku nie??) blog aku, suka hati aku la nak taip ape..gi main jauh2 la... bagi aku chance la weh..

ok, sambung balik. guy aku minat eh?? tu mcm citer lama je. budak yg aku minat masa aku sem 1 kat poli. tak munasabah langsung. abes tu yang u tu citer girl sana girl sini. kuar girl sana, girl sini. msg sana sini. aku diamkan je. tak pernah langsung aku persoalkan..langsung tak pernah. and dia tau that fact!! alasan........

"thanks sebab bitau. and fyi, i kuar dengan that guy just becoz i nak lupakan u. sebab i dah nampak tanda2 kita xkan pergi jauh dr apa yang u katakan. and kalau u nak tau that guy yg i kuar tu bernanah telinga dgr i asik ckp pasal u. bila i sedih or ada something i xleh ckp ngan u, dia jadi mangsa. thats all. hey, guy yg i kuar tu sume da ada gf. nak kawen da pun..."

pastu senyap. aku pun dah kehabisan kata2. airmata pun dah tak sudi nak singgah.
ingatkan dah abes, tapi ade msg lagi

"i ade belikan u keta mainan shell warna hitam punya....nanti i kasi tau. :-)"

huwaa....kali ni aku nanges.. eh, tak...air mata bergenang je. sebak tetiba. sebab last jumpa ari tu, kitaorg g shell isi minyak. then, aku nak beli keta shell tu yg kaler itam. tapi, dah abes.. then aku ingat dia ade kate "nanti bila2 i isi minyak i belikan tuk u eh dear..". masa tu aku jumpa dia 2 hari pas entry "aku tewas lagi" tu. ingatkan ade harapan lagi masa tu. sekali ni pulak jadinya... gampang betul la.

tapi, dia still ingat lagi keta tu...bencinya.... dah la belikan..pastu kate nak kasi pulak.. nak kasi tu nanti mestilah jumpa kan??? cemana nieeee?????


aku baru buat keputusan tak nak jumpa, tak nak call, tak masg, nak ignore je dia..


tapi...

mampukah aku???




5.30 pagi.

gila. sib baik aku cuti. cuti emergency. jangan silap eh. bukan sebab ni aku cuti. tapi, aku banyak hal. nak hantar mak aku balik kg. doakan aku selamat pergi dan pulang.

doakan jugak aku dapat cepat2 lupakan dia.

cinta tak semesti memiliki kan? biarlah aku simpan cinta ini dalam hati aku.

aku sayang dia. sumpah. aku tak tipu.

13 March 2009

. cinta ini dibunuhku .

Haruskah ku mati karena mu
Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
Haruskah kurelakan hidupku
Hanya demi cinta yg mungkin bisa membunuh ku
Hentikan denyut nadi jantung ku
Tanpa kautau betapa suci hatiku
Untuk memiliki mu


Tetiba hari ni aku jadi geram. Geram ngan orang itu. Yer, orang itu yang jadi punca aku wat entry "aku tewas lagi." (dah delete dah pun). Aku pun tak paham apa yang dia nak sebenarnya. Kejap nak, kejap tak nak. Kejap mesra kejap dingin. Kejap ok, kejap tak ok. Kejap betul, kejap biol.

Macam aku je yang nak jadi biol. Ada orang cakap kat aku "jangan jadi pengemis cinta". Well, aku bukan nak jadi pengemis, cuma jadi penunggu je. Penunggu yang setia. Hahahaha. Berbaloi ke weh nak tunggu? Soalan yang aku sendiri takde jawapan. Kadang-kadang aku rasa nak stay. Kadang-kadang rasa nak stay away. Apa nak buat? Ikut je rentak dia walaupun aku tau esok-esok aku jugak yang terluka. Bodoh kan??


rasanya seperti mau berambut pendek kembali.
apa kata korang??
aku sesuai rambut panjang ke pendek?

12 March 2009

. melankolik itu bukan jiwaku .

Sebenarnya maksud melankolik pun aku tak tau. Hahaha. Terbocorkan rahsia pulak. Cis!! Jari aku ni memang nak kena tau. Suka sangat bocorkan rahsia aku kat blog nie. Hehe.

Sebenarnya aku tak tau dah nak taip ape kat blog aku. Percaya tak dari pagi tadi sejak jam 9, aku dok mengadap blog aku (alamak, kantoi pulak yang aku tak buat kerja dari tadi..hihi), taip, padam..taip, padam.. sampai sudah tak tau ape yang aku nak ceritakan kat sini. Padahal banyak benda sebenarnya, cuma kepala otak aku macam dah beku. Nak kata serabut takdelah jugak. Aku rasa aku macam ok je. Cuma rasa KOSONG je.

Aku perasan la sejak akhir-akhir ni aku macam dah tak peduli dah ape nak jadi. Aku macam dah tak amek kisah sangat. Macam kata cik bungaditepijalan, dah IMUN. Orang nak sakitkan hati aku ke, orang nak kutuk aku ke, nak memainkan aku ke, aku cam dah malas nak amek port. Pelik ar. padahal dulu aku bukan macam nie. Sumpah bukan. Dulu aku seorang yang penuh dengan perasaan. Lebih-lebih lagi perasaan marah. Haha. Aku memang seorang yang hot tempered. Temperature aku cepat naik. Silap sikit melenting. Salah sikit, mengamuk. Dah la tu, aku jenis orang yang berdendam jugak la. Biasanya kalau orang tu buat taik kat aku, memang aku akan pastikan dia akan rasa 10 kali ganda cemana yang aku rasa. Tapi, tu dulu la. Zaman-zaman jahiliah aku.

Sekarang ni aku cam dah kisah. Biaq pi la apa nak jadi. Dan aku pun dah boleh mengawal emosi aku. Takde la nak marah-marah tak tentu pasal. Aku lebih cool. Sampai ada 'seseorang' tu cakap kat aku "I tak pernah tengok you marah. you ni tak reti marah ke. kadang-kadang teringin jugak nak tengok u marah". Aku jawab balik kat dia "baik you tak payah tengok la, kalau you tengok i marah, mungkin you akan rasa menyesal dilahirkan ke muka bumi ni". Hahaha. Agaknya kalau dia kenal aku yang dulu, tah cemana la agaknya. Heh, aku dulu kalau dah marah.. macam-macam perkataan tak senonoh kuar dari mulut aku ni. Orang kata kalau dengar, boleh rasa nak bunuh diri la. Tapi, biasanya lepas berkata-kata tu aku akan menyesal sendiri. Tu la, dulu suka bertindak dulu sebelum berfikir. (sekarang pun sama jugak..cuma dah kurang sikit la).

Sekarang ni kalau ada apa-apa yang aku tak puas hati ke, atau aku ada yang menyakitkan hati aku, aku akan diam dulu (tapi, muka aku memang cam gampang la masa tu...). Hehehe. Tu memang tak dapat diselamatkan. Muka aku ni tak boleh menipu. Apa yang aku rasa kat dalam, akan terpancar kat muka aku. Kalau aku marah, korang sendiri akan tau aku tengah marah. Senang kata, orang mudah baca perasaan aku melalui mimik (asal aku rasa cam lain macam je ejaan tu) muka aku. Sebab tu la aku tak suka menipu. Aku memang lemah bab menipu-menipu ni. Mesti terkantoi. Orang sergah sikit je mesti aku bagitau perkara sebenar. Jadinya aku lebih selesa berterus terang. Walaupun orang kata kebenaran itu menyakitkan, tapi sekurang-kurangnya sakit hati kejap je. Kalau menipu, sakit hatinya tu makan dalam tau. Aku pun tak suka orang menipu aku. Orang kata jangan buat sesuatu yang kita tak nak orang lain buat kat kita. Kata-kata tu yang aku pegang sampai sekarang.

Er, ape aku dah merepek ni. Banyak pulak rahsia aku yang terbongkar hari nie. Hampeh betul la. Aku sebenarnya blur nie. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Pehal ar???