10 December 2008

. X .

Satu perkara yang paling aku tak suka bila dah putus dengan sang kekasih ialah : BERMUSUH. Memang. Memang aku paling tak suka sekali bermusuh dengan orang yang pernah aku sayang. Yang pernah jadi sebahagian dalam hidup aku. Yang pernah aku panggil sayang, panggil laling, panggil bee. Panggil BABI. Opss... itu ketika gaduh.


Memang aku akui, agak sukar sebenarnya untuk menjalin hubungan yang baik dengan bekas kekasih. Lebih-lebih lagi jika kamu putus dalam keadaan yang sangat tragis. Perasaan kasih, sayang & rindu boleh lenyap dengan serta merta. Yang tinggal hanyalah rasa benci, meluat dan dendam kesumat yang seolah-olah tiada kesudahannya. Yang pernah mengalami mungkin tau macam mana rasanya.


*tarik nafas dalam-dalam*


Aku pun pernah jugak putus cinta.Meninggalkan dan ditinggalkan. Kebiasaannya yang berlaku, apabila kita adalah orang yang meninggalkan, kita masih boleh menerima bekas kekasih sebagai kawan. Ayat yang mungkin akan kedengaran ialah "walaupun kita tak ada jodoh, kita tetap boleh kawan kan?" atau mungkin "kita hanya serasi sebagai kawan je". Tapi, kalau kita di pihak yang sebaliknya, kebarangkalian untuk menjadikan bekas kekasih itu sebagai musuh amatlah tinggi. Ayat yang mungkin kedengaran pula ialah "aku tak nak tengok muka ko lagi sampai aku mati". "aku benci kau sampai 7 keturunan".




Persoalannya, kenapa yer kita perlu bermusuh dengan bekas kekasih? Menuduh dia lah punca penderitaan kita. Menyalahkan dia atas apa yang berlaku. Mengungkit segala kebaikan yang pernah kita lakukan kat dia. Meminta balik segala apa yang pernah kita berikan kat dia dulu. Atau sampai satu tahap yang lebih teruk, menghina dia dengan segala macam kata cacian dan makian. Habis segala kata-kata carut dalam kamus dilemparkan kepada bekas kekasih. Walhal dulu..... erm...sendiri mau ingatlah kan.

Kalau dulu orang tengok kita dengan bekas kekasih sebagai pasangan yang ideal. Pantang ada orang kutuk dia masa tu, mulalah kita pun meroyan sama. Kalau ada kawan-kawan bercerita buruk pasal dia, siaplah kawan tu pulak kena sembur. Konon nak backing pasangan kita la masa tu. Sanggup bermati-matian mempertahankan dia. Tapi, kenapa segalanya berubah lepas putus? Ok, aku paham. Dulu lain, sekarang lain. Tapi, tak malu ke kalau nanti orang mengata kita "eleh dulu bukan lagi berkepit sana sini sampai lupa dunia. sekarang nak gaduh-gaduh pulak". isk, kalau aku la...malu lah orang kata camtu. Nampak sangat kelemahan kita kat situ.

Sebab tu la dalam apa keadaan sekalipun aku seboleh-boleh tak nak bermusuh dnegan bekas kekasih. Kalau tak dapat jadi kawan pun tak apa lah. Janji tidak bermusuh. Sekurang-kurangnya bila terserempak kat mana-mana tak ada lah masing-masing nak berpaling muka. Dunia ni pun bukan besar mana. Pi mai, pi mai.. dok tang tu gak. Tak guna pun nak bermusuh. Tapi, kalau orang nak bermusuh dengan aku, aku tak boleh buat apa la.....


Nape aku rasa cam aku poyo je ari ni. Tah apa motif entry aku kali ni pun aku tak tau.

. apekah? .

aku BOSAN tahap nak mati dah ni.


09 December 2008

. aku si pencinta KATAK .

Memandangkan aku sangat bosan ni, ditambah pulak tak ada idea-idea menarik untuk dijadikan entry, maka aku mengambil keputusan untuk show off katak-katak yang bergelimpangan kat umah aku.


Ni nama dia RYAN HAIKAL
My first ever katak.
Telah dibeli oleh EX aku seteleh aku menghentak2 kaki
sambil meronta-ronta nakkan katak ni semasa
meronda-ronda di uptown Danau Kota.
akhirnya dapat jugak :-p




Dari kiri(belakang) : YAMAPI, TOMA
Dari kiri (depan) : MOMOKO, RYOKO

Yamapi dan Toma juga telah dibeli oleh EX aku.

Itu adalah cubaan untuk memujuk setelah
aku
meroyan cam orang gile
sebab tak bawak aku gi Uptown.

Momoko pulak hadiah dari rumet aku.
Ryoko tu pulak aku beli sendiri kat nilai masa shoping barang-barang kawen.




Datuk dan Cucu Datuk : Hyun Bin, Jericho Rosales
Ini juga telah dihadiahkan oleh EX aku
atas
alasan yang sama iaitu cuba memujuk aku.

Tapi, hasilnya tak menjadi,
sebab aku jahat.
Katak aku amek, tapi... tiada maaf bagimu.




Nama : Ady Putra
Aku confused samada ni katak atau buaya.

Tapi, tulis kat kotak tu KATAK. So, aku pun beli je la.
Tapi, katak ni advanced sikit
sebab dia ikut aku sampai kat opis.




Yang ni pulak paling manja ngan aku.
Suka ikut mana je aku pegi.
Aku bagi nama dia Eapit Kio.
Dia la yang selalu teman aku gi mana-mana.
Aku sayang sangat kat di
a :-p



Lagi dua ekor ni belum ada nama.
Korang tolong pikirkan nama diorang tuk aku. :-)






05 December 2008

. bukan lupa, cuma tak ingat je .

Pagi tadi aku telah membuat kecoh kat rumah sebab mencari kunci kereta aku yang hilang. Habis semua ahli keluarga aku telah dikerah untuk mancari kunci aku. Mak abah aku ngan adik2 aku yang sedap tido pun aku bantai gak soh bangun cari kunci aku. Terbantut hasrat diorang nak menikmati tidur di pagi hari yang hujan renyai-renyai tu.

Aku pun tak berapa nak ingat kat mana aku letak kunci kereta tu. Last aku ingat aku letak kunci atas sofa. Sebab semalam pas balik dari ronggeng rokiah, aku memang tak letak lam handbag cam kebiasaannya. Aku campak je atas sofa. Tapi, yang ajaibnya.. jangan kata atas sofa, bawah sofa, tepi, depan belakang semua aku cari takde. Bukan la tak ada kunci spare, masalahnya kunci rumah ngan kunci opis pun aku sangkut kat kunci kereta aku tu.

Pas hampir 15 minit cari tak jumpa, aku pun give up dah. Niat di hati nak sampai opis awal pun terbantut hari ni. Dah la dua hari MC. Konon-konon nak tunjuk baik la hari ni. Tak dapat jugak. Lam kepala aku dah mula pikir nak sambung cuti je. Tengah dok fikir alasan ape nak bagi kat bos hari ni, mak aku pulak tetiba dah jumpa kunci aku tu.

Korang tau mak aku jumpa kunci tu kat mana?




Kat bawah bantal aku!!


Hahahah. Aku memang tak ingat tah bila masa la aku bawak masuk kunci tu lam bilik. Letak bawah bantal pulak tu. Yang lebih aku heran tu, cemana mak aku leh tergerak nak cari kat situ. Padahal aku bermati-matian cakap kat mak aku, aku letak kat atas sofa. Hehe, sori la mak.. anakmu ini memang jenis pelupa.


Aku rasa penyakit alzheimer aku semakin menjadi-jadi la..


02 December 2008

. senyumlah... bulan dan bintang .



Gambar bulan dan bintang yang tersenyum.
Sangat indah dah sungguh mendamaikan.

Sape dapat tengok real semalam?
Aku tak dapat sebab malas nak keluar.
Tengok dalam tibi je.

Gambar pun cilok dari virtualfriend.net
Kredit kepada empunya gambar.