10 November 2008

. kalau bos lama aku tengok ni, harus dia sujud syukur .

bukti yang menunjukkan kerajinan aku hari ni..





selama ni ngan bos lama, aku sangat malas. sebab bos lama aku tu tersangat lah baik. aku siap leh bergurau senda ngan dia. dan dia sangatlah sempoi sampai kadang-kadang aku rasa aku bos dan dia PA. hahaha.

tapi, sejak minggu lepas aku dah tukar bos. aku dapat bos baru. dan macam biasalah, seminggu pertama dengan bos baru, haruslah aku menujukkan ciri-ciri pekerja cemerlang. seminggu yang lepas, aku tak pergi makan tengahari. sampai bos aku tegur.. "you memang tak g makan tengahari ke? " aku jawab "haah, sebab saya kan pekerja cemerlang. saya tak suka g makan tengahari, saya suka buat kerja je". tapi tu aku cakap dalam hati je. ayat yang terkeluar ialah "saya malas nak turun". hehehe. baik kan aku.? (padahal opismate aku takde nak teman gi mkn..mc 3 hari). dan selalunya kalau dengan bos lama, kul 12.30 aku dah hilang..pastu 2.30 baru masuk balik.

hari ni sebenarnya bos baru aku tu tak ada. dia g seminar tuk satu hari. so, kenapa aku nak tunjuk rajin pulak ari ni kan? sebabnya memang dari minggu lepas aku niat nak kemas rak fail tu. dah ade ular sawa sume dalam tu. tapi, kena tunggu time bos aku tak ada la baru senang nak wat keje. kang dia tengok aku tertonggeng-tonggeng wat keje, takut dia rasa 'lain' pulak. hehehe.

ok la, aku nak sambung gi wat keje sambil dengar lagu kuat-kuat. huhuhu. (mesti duit gaji aku sangat BERKAT hari ni).


. aku rasa kekecewaan yang sangat melampau sekarang .

dalam hidup aku, ade dua BENDA yang sangat aku sayang. kiranya kalau rumah aku terbakar, dua benda ni yang akan aku selamatkan dulu. Pertama : ALBUM GAMBAR dan Kedua : DIARI.
Ok, boleh nampak di situ aku memang seorang yang suka mengenang kenangan lalu. Yes, i am.

Setakat ni aku ada lebih kurang 4-5 diari yang aku simpan sejak umur aku 12 tahun dan aku ada lebih kurang 6 buah album gambar. setiap album aku asingkan mengikut peringkat umur aku. album pertama aku muatkan gambar-gambar aku dari aku baby sampai aku sekolah rendah. album kedua pulak zaman aku sekolah menengah. album ketiga zaman habis sekolah. album keempat zaman belajar kat poli dan begitulah seterusnya sampai lah aku kerja ni. setiap album aku hiaskan mengikut kreativiti aku supaya tidak nampak bosan dan aku akan catatkan juga perkara-perkara penting seperti tarikh, masa, tempat atau kejadian yang berlaku disebalik gambar-gambar aku tu.

Dan sudah menjadi kebiasaan aku, sekali sekala aku akan tengok balik album-album dan diari-diari tersebut. (masa ni aku akan jadi seorang yang sangat emosi. kadang-kadang boleh mengalirkan air mata gak la...). sebabnya, aku seorang yang mudah lupa. aku tak mampu nak ingat semua kenangan aku dulu-dulu. kadang-kadang gambar dan diari ni la yang banyak membantu aku mengingatkan kembali pada kisah suka duka aku dulu-dulu. dah jujurnya aku cakap aku sangat sangat sangat sangat sayang pada 'mereka' .

Jadinya, bila aku dah sayang, mestilah aku akan simpan baik-baik kan 'mereka' tu? ditambah pulak aku memang jenis yang cermat dengan barang-barang aku. harta benda yang aku sayang memang aku akan simpan baik-baik. aku memang cukup pantang kalau ada yang suka sentuh barang-barang kesayangan aku. (adik aku penah kena marah sebab hilangkan aku nye tiket-tiket wayang yang aku kumpul). dan biasanya aku akan letak kat tempat yang aku mudah nak nampak sebab aku memang jenis pelupa.

Dipendekkan cerita, setelah sekian lama aku tak belek-belek 'mereka' tu..akhirnya kelmarin yang lepas hati aku tiba-tiba tergerak nak tengok 'mereka' . lama jugak la aku tak tgk 'mereka'. dalam setahun ada agaknya, start dari aku pindah rumah. aku pun tak boleh nak ingat bila kali terakhir aku tengok 'mereka'. ye la, dalam setahun ni aku sibuk sangat dengan SI DIA tu.. sampai kan aku tak ada masa untuk diri sendiri. so, bila dah ada masa ni, nak jugak la aku imbau kembali masa-masa dulu. dan yang sebenarnya aku nak scan gambar-gambar lama tu. maklumlah dulu-dulu mana ada digi cam. pakai kamera biasa tu je. so, niat aku nak la scan pastu simpan lam hard disk aku.

Tapi, yang peliknya bila aku tengok balik album gambar aku tu cam kurang je. aku kira ada 4 je. lagi dua tak ada. dah la dua album yang tak ada tu, album masa aku kecik-kecik dan sekolah menengah. peh, memang menyirap darah gak la aku masa tu. kepala aku mula lah fikir macam-macam. takkan la housemate aku plak nak amek kan. ape kejadahnya diorang nak amek. lagipun housemate aku baik-baik orangnya. dan aku pun tak nak la fikir bukan-bukan pasal diorang. so, aku pun menjalankan misi untuk mencari balik 'mereka'.

Cari punya cari, tak jumpa-jumpa jugak. merata tempat la aku cari. kat almari buku , dalam kotak-kotak, bawah katil, bawah sofa, bawah meja, atas almari, dalam rak kasut, dalam bakul baju sampailah kat dalam peti ais pun aku cari jugak. tapi, still tak jumpa. habis semua baju-baju dalam almari aku campak keluar. tapi, sampai keluar peluh jantan aku mencari, still tak jumpa jugak.

Hati dah mula rasa tak best. jantung aku pun mulalah berdegup dengan kelajuan luar biasa. siyes beb. aku rasa sangat-sangat tak best! aku rasa nak meraung masa tu jugak!! nak menjerit. nak marah, nak menangis semua ada. aku rasa sangat marah pada diri sendiri sebab tak mampu nak ingat kat mana aku letak album aku tu.. aku rasa sangat-sangat kecewa. kecewa putus tunang pun tak hebat macam ni la. seolah-olah aku dah hilang separuh dari hidup aku. hadoi...!!

Tapi, akhirnya aku pasrah. aku pasrah sebab tak jumpa album aku tu. walaupun aku sangat-sangat kecewa tapi aku kena tenang. nak buat apa pun dah tak guna sebab benda dah hilang. cuma sekarang ni aku mengharapkan yang album aku tu sebenarnya ada, cuma mgkin aku salah letak kat mana-mana. dan aku sangat-sangat mengaharap agar aku akan jumpa balik album gambar tu. korang doa-doakan lah yer...



08 November 2008

. sesi menjawab tag .

pertama kali aku di tag semenjak menceburkan diri di arena blogging nie. tag ni telah dihantar oleh Puan Hajar. Tajuk Tag Gambar Pure. Sib baik aku kat rumah sekarang. So, senang sket nak wat.



The rules:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
selebetnye muka aku

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
ade rupa cam aku fix rambut ke? huhu..takde maknannya..

3) Post that picture with NO editing.
tak kose la aku nak edit bagai.

4) Post these instruction with your picture.
done.

5) Tag 10 people to do this
(alamak, tak tau nak tag sape lak...cam sume dah kena tag je..
tapi takpelah, aku letak je la sesape... )
* sis eda
* sis ain
* puan mawaddah
* en. 13 may
* en. eapit
* cik susu dalam botol
* en. hati suka
* en. poyotito
* cik arween
* sesiapa je la yang membaca blog aku nieh...

07 November 2008

. orang lain buat, korang pun nak wat jugak .


dah hasilnya...!!!





percubaan pertama yang tidak menjadi.
sangat burok ok...




selepas try dan error hampir 18 kali
(dan juga selepas diedit)




jeng..jeng...jadi jugak akhirnya

04 November 2008

. korang nak jadi pelakon terbaik tak? .


hidup di dunia ni umpama lakonan di pentas
kitalah pelakon-pelakonnya
tapi, yang specialnya kita leh tentukan watak kita sendiri
kalau kita nak jadi jahat..jahatlah kita
kalau kita nak jadi baik..baik lah kita
nanti bila "DIRECTOR" kata cut..
abeslah cerita tu
dan drama tu akan ditayangkan kepada orang ramai
orang ramai akan menilai
so, korang nak dinilai sebagai orang baik atau orang jahat??

renung-renungkan dan selamat beramal.. hehehe