04 June 2008

:: TrUe LoVe ::

true love is when u shed a tear and still want him. It's when he ignores you and u still love him. It's when he loves another but u still smile and say i'm happy for you. when all u really do is cry...and cry

erm...situasi ni penah berlaku kat aku sutau ketika dulu. yes, it hurts when u love someone yang tak pernah iklas cintakan u or take u just for granted. but, masa tu aku tak pernah peduli tentang perasaan aku. aku tak pernah kisah apa yang dia buat kat aku. macam mana dia gunakan aku untuk kepentingan dia. cari aku hanya bila dia perlukan aku je. pernah jugak sampai satu tahap, dia ada skandal dengan orang lain pun aku masih terima. aku tak pernah persoalkan, tak pernah mengungkit dan yang sebenarnya aku tak mampu nak membenci dia.

petikan lagu alleycats --> ingin aku membenci dirimu, tapi kebencian tiada padaku.. walau apa yang kau sangkakan, aku tetap cinta padamu.... aku pernah bagi lagu ni kat dia. tapi, masa tu aku tau semua tu tak bermakna pada dia.

aku pun tak tau kenapa aku mesti jatuh cinta dengan orang macam dia. sebab dia jugak la, aku dibenci orang ramai. aku bergaduh dengan orang yang betul-betul care pasal aku. bodoh kan?? (memang masa tu pun aku sedang memperbodohkan diri aku). ramai kawan-kawan nasihatkan aku soh tinggalkan dia. tapi, memang la takde kekuatan masa tu. sampaikan satu hari tu, aku dapat tau dia dah kawen pun, (sebulan lepas dia kawen baru aku tau) aku tak mampu nak tggalkan dia. still teruskan hubungan macam biasa. tapi, lama-kelamaan, sikit demi sikit aku mampu nyahkan dia dari hidup aku. memang perit tapi aku puas hati sebab berjaya tinggalkan dia. walaupun kadang aku rasa bodoh sebab membazirkan masa, tenaga, duit aku kat dia. tapi, mende dah berlalu kan. only if i can turn back time.. tapi mana boleh... so, biarlah yang berlaku tu terus berlalu.

walaupun aku dah berjaya nyahkan dari hidup aku, kadang2 tu teringat jugak. sebab pada aku dia lah first love and true love aku. sampai sekarang aku tak mampu nak sayang orang lain camne aku penah sayang kat dia. huh, adilkah??


......entry ni tercipta sebab ari tu aku mimpi dia!

08 May 2008

BANGGA



banggakah aku...
bila seorang lelaki berkata 'saya akan tetap menunggu awak sampai bila-bila'
banggakah aku..

bila seorang lelaki berkata 'saya tak mampu hidup tanpa awak'

banggakah aku..

bila seorang lelaki berkata ' awak adalah masa depan saya'
banggakah aku..
bile seorang lelaki berkata ' siapa pun awak, saya terima awk seadanya'
banggakah aku..

bila seorang lelaki berkata ' saya tak mampu menyayangi orang lain sebagaimana saya menyayangi awak

banggakah aku..

bila seorang lelaki menangis hanya kerana aku

banggakah aku..
mengecewakan hati seorang lelaki yang tulus mencintai aku
banggakah aku...????


aku sedih sebenarnya

NOT FEELING WELL



dari semalam lagi aku dah rasa lain macam. kepala rasa cam melayang-layang. berat je.badan pun cam sengal-sengal.tekak rasa perit. nak telan makanan pun rasa tawar je.badan kejap panas kejap sejuk.isk, nak demam ke aku ni?harap-harap janganlah demam teruk sangat.

07 May 2008

A.K.U.



aku memang seorang yang sangat sukar dimengertikan.
aku seorang yang hot temper.
aku tak pandai bergaul dengan orang ramai.
aku agak cerewet.
kadang-kadang sensitif.
ada kala mementingkan diri sendiri.
aku suka berhalusinasi.
aku sukakan ketenangan tapi tidak suka berseorangan.
aku suka menyendiri tapi tidak suka kesunyian.
aku kurang keyakinan diri.
aku sukar membuat keputusan.

AKU
adalah aku
dan aku menerima seadanya siapa aku yang sebenarnya...


04 March 2008

:: tersiksa lagi batinku ::

aku cuba. aku cuba untuk menjadi seorang sahabat or lebih tepat seorang kawan yang baik. yang tidak berkira. tidak mudah kecik hati. tak marah-marah. tapi, hakikatnya.. aku rimas, aku rimas dengan ko. sesungguhnya banyak perlakuanmu itu yang membuatkan aku rimas. meluat dan rasa nak marah. aku yang bermasalah atau kau sebenarnya yang begitu merimaskan. kadang-kadang aku terpikir, kenapalah aku ditemukan dengan orang yang macam kau??

aku cuba untuk menjadi seorang yang COOL. cuba untuk membuang semua anasir-anasir jahat aku kat ko. cuba untuk beramas mesra dengan ko. tapi, kenapa ko begitu merimaskan aku?? kenapa...kenapa.. dan kenapa???

aku malas nak pikir pasal ko. pergilah kau mampus dengan duniamu itu...
AKU STRESS!!