19 September 2007

:: HANA KIMI ::


huhu...aku sudah dilanda demam HANA KIMI. eh, menatang ape hana kimi nieh?? HANA KIMI tu tajuk dorama jepun yang terbaru. setelah menunggu selama sebulan lebih akhirnya berjaya jugak aku tengok citer ni. tapi, finale episode lom tgk. tggu adik aku abes donload dulu. tapi, citer ni memang best la. kelakar boleh tahan. yang penting pelakon2 dia sume cute2.. especially TOMA IKUTA aka Nakastu lam citer ni. tapi, sedihnya toma ni hanyalah second hero je. uwaaa...kenapa yang aku suka sume jadi 2nd hero. masa citer my girl dulu pun aku jatuh cinta kat 2nd hero. isk..isk..isk.. takpelah 2nd hero pun 2nd hero la.. yang penting toma tetap lam hati aku.


Citer HANA KIMI ni based on manga tajuk yang sama. mengisahkan sorang budak pompuan nama MIZUKI ASHIYA yang dok kat amerika menyamar jadi lelaki dan masuk ke sekolah lelaki kat jepun. mizuki ni buat camtu sbb dia rasa bersalah kat sorang mamat yang dok lam sekolah tu. mamat tu nama IZUMI SANO. dulu, mamat ni juara lompat tggi sampai ke peirngkat international la. kiranya si MIZUKI ni admire gile la kat mamat ni. satu hari tu, (kat amerika la kot) masa si IZUMI ni ade game, dia dah selamatkan si MIZUKI ni dari orang jahat. masa tu la si IZUMI ni cedera kat kaki. start dari hari tu, si IZUMI ni dah terus tak main lompat tinggi tu. so, MIZUKI ni pun rasa bersalah la kat IZUMI. sebab tu dia menyamar jadi lelaki dan masuk ke sekolah bebudak lelaki ni. tujuannya cuma satu, nak kembalikan senyuman IZUMI dan nak buat IZUMI kembali jadi atlet lompat tggi.


masa kat sekolah tu macam-macam le yang berlaku. paling kelakar part Nakatsu (TOMA IKUTA) yang ingat diri dia tu gay sebab dah jatuh cinta kat MIZUKI. dia tak tau yang mizuki tu pompuan sebenarnya. heheh. memang lawak gile. so, pada sesape yang lom tengok tu, aku syorkan la korang tengok citer ni. HANA KIMI version JEPUN tau. bukan version Taiwan nye. Taiwan nye version tak best sebab pelakon2 dia tak cute. Jepun nye sume comel2... nak tengok pun rasa syok je... hehehhe. korang mesti jatuh cinta la sama itu TOMA. dan yang best TOMA ni best friend kepada sorang lagi buah hati aku YAMAPI. huhuhu...

16 September 2007

:: 5 HARI ::

dah masuk hari kelima puasa. setakat ni alhamdulilah aku berjaya pose untuk kelima-lima hari tu walaupun aku dilanda batuk n selsema yang agak kronik gak la.tapi, tu bukan alasan untuk aku tidak berpuasa walaupun ade jugak tedetik di hati cam tak larat je nak pose. heheh. cobaan... sib baik aku berjaya menepis dah menendang sume godaan2 tersebut. huhu.

hari ni aku sampai opis awal gile. pas sahur tadi aku tak tido dah. terus iron baju, mandi2 n siap2. kul 6.50 aku dah siap. tapi, tetiba je rasa cam awal sangat. so, aku lepak2 jap tggu kul 7.15 baru gerak g opis. bagus tul kuar pepagi ni. jalan pun tak jammed. cepat sket sampai opis. lagipun aku memang dah bertekad bulan pose ni nak cover balik sume rekod kedatangan aku yang makin teruk 2 bulan kebelakangan ni. bayangkan le, bulan julai n ogos aku datang lewat selama 14 hari.. huhu...gile.. dua bulan berturut2. sib baik attendance list tu sampai kat aku dulu. so, aku dengan berbesar hati telah pun menyorokkan attendance list tu di satu tempat selamat. heheh..(tau bos aku ni mampusss aku). sib baik bos aku pun tak tanya. selalunya dia tanya. mgkin dia lupe agaknya. bagus..bagus.. harap2 dia lupe sampai dia pencen. hehe.
sampai opis je terus aku buat keje. tetiba je aku rajen hari ni. aku clearkan sume barang2 atas meja aku tu. malas la aku nak tangguh2. aku ni dah le cepat lupe.. kang abes sume keje tak jalan sebab sikap pelupa aku tu. komputer pun aku tak sentuh. aku kalau pepagi dah on pc, memang tak buat keje le jawabnya. memang berpuaka betul la pc ni. aku rasa dah ade penunggu dia la kat situ. tu yang kalau dha mengadap pc tu cam dah tak nampak org lalu lalang. tapi, takpe.. sempena bulan pose aku, aku cuba la tuk berubah. keje mesti diutamakan. heheh...statement poyo dari aku. tapi, ni pun aku curi2 gak mengupdet blog aku. takpe, kejap je...

alamak, tetiba rasa lapo le pulak..isk..isk..sabo2..pose ni. adeh.. aku tetiba je rasa nak layan lagu kerispatih - tapi bukan aku. lagu ni sangat best dan begitu mendalam maksudnya. dan aku tujukan lagu ni buat seseorang yang pernah aku sayang ketika dulu......

jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati


berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku

huwaaa....sangat kena lagu ni dengan kisah cinta aku dengan dia.. sedih...sedih.....tapi, takpelah..kalau dah itu takdirnya, aku kena redha.. life must go on. mgkin ade yang lebih baik untuk aku di depan sana. mudah-mudahan...

15 September 2007

:: sebak ::

hati aku rasa sebak je sekarang. pertemuan dengan 'kawan lama' tadi buat aku rasa lain. tak tau la kenapa. mungkin sebab aku pernah ade sejarah dengan dia. sejarah cinta yang tak kesampaian. sebabnya, salah aku jugak. aku jugak yang merejek dia. tapi, entahlah. aku pun tak plan nak jumpa dia lagi lepas ape yang dah berlaku. tapi, kalau dah dok sekampung tu, pegi mana-mana pun akan jumpa jugak. apepun, aku redha dengan ape yang dah terjadi. dah ditakdirkan aku dengan dia cuma akan jadi 'kawan'. mungkin itu yang terbaik untuk kami. lagipun, setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya. dah aku rasa dia pun dah tau ape hikmahnya. anyway, aku sangat bertuah sebab pernah kenal dia. walau ape pun orang kate, pada aku dia tetap seorang kawan yang baik. thanks kawan. dan aku harap dia pun akan bahagia dengan jalan hidup dia sekarang. aku akan mendoakan kebahagian dia. amin.

12 September 2007

:: ramadhan ::

yahuu...dah masuk bulan pose. aku ske..aku ske.. hehehhe. tak lama lagi boleh la pasang lagu raya. lama aku dok tggu bile le boleh pasang lagu raya ni. asik2 dengo lagu omputih je bosan gak. dapat lagu raya ni syahdu sket.

macam biasa, masuk je bulan pose, aku mesti wat azam baru. tahun ni azam aku nak g semayang terawih, nak perbaiki diri (ayat koman), nak jimat time2 bulan pose ni, then lepas raya nak start jogging. huhu..aku nak amalkan kehidupan yang sihat pasni. kasut jogging dah beli 2 bulan lepas. konon-konon semangat nak joging la. tapi, sampai la ni tak jogging2 lagi. elok je kasut tu lam kotak lagi. eh...tapi, cam dah lupe la aku letak kasut kat mane.. kat mane ek? erm...takpelah.. balik kang g cari.

alamak...tetiba rasa lapo lak...adeh sabo je la.. pagi td aku takde selera nak bersahur selepas kejadian yang berlaku malam semalam. kejadian ape tu? rasie. tu rasie hidup aku. heheh. tido lewat kat 3 semalam. pastu bile bangun je pagi mamai n takde selera. ade le aku jamah 2,3 suap bubur ayam tu. pastu wat air kopi pegaga. huh, patutlah rasa semacam je. dah le malam tadi tak makan. tak tau le larat ke tak hari pertama ni. dengan keadaan aku tak sihat ni. batuk dah seminggu. tekak la rasa perit je. nasib..nasib...takpelah, mungkin dugaan bulan pose....

citer pasal dugaan ni, sejak akhir2 ni teruk pulak aku diduga. macam-macam masalah. ade masalah yang aku cari sendiri. tapi, takpelah.. aku redha..pasrah... takde ape pun nak dikesalkan. hidup ni kalau banyak sangat penyesalan memang tak boleh maju ke depan. so, aku kena fokus. kena pandang ke depan je. no turning back. yang dah berlalu kat belakang tu biarlah ia berlalu. mgkin ia akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup aku. lagipun kita belajar melalui pengalaman. bak kate kumpulan spring toing..toing... "pengalaman telah mendewasakan..mematangkan pikiran...pahit getir yang pernah dilalui guruku sejati".. kate kumpulan dewa pulak "hadapi dengan senyuman...semua yang terjadi biar terjadi..hadapi dengan tenang jiwa"..semua..kan baik-baik saja

ye, sume akan baik-baik saja. so, aku tak perlu risau. lalui la hidup ini dengan penuh gembira. sebab kita hanya mempunyai sekali je peluang dalam hidup ni. lain lah kalau berlaku keajaiban cam lam citer jepun proposal daisakusen tu. sebut je hallelujah chance.. pastu leh kembali ke zaman silam.. huhu..best gile... tapi, tuhan dah kate.. demi masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. so, tergolongkah aku dalam golongan orang2 yang rugi?? erm.. sikit2 tu ade kot... biasalah aku kan manusia biasa. ade ke manusia biasa yang tak buat dosa??

so, kepada sesiapa yang suka judge orang tak tentu pasal, n jatuhkan hukuman cam dia lak tuhan tu, insaf2 la yer... kita tak tau nasib kita di akhirat kelak. sempena bulan ramadhan ni, amek la kesempatan untuk ubah diri kepada kebaikan. (peringatan tuk aku jugak). anyway, selamat berpuasa untuk kawan-kawan sume. semoga kita semua sentiasa di bawah keberkatan dan pelindungannya. ameer.. eh, silap... amin...hihihi

renung-renungkan dan selamat beramal.

14 August 2007

:: takut nak kawen ::

bila aku cakap macam tu, ramai yang kate "rugi la ko". hehehe. memang la. sape tak nak kawen. sume orang nak kawen. nak bahagia. tapi, melihatkan senario perkahwinan sekarang buat aku rasa fobia nak kawen.

terlalu banyak kecurangan dalam perkawinan. baca je la kat forum tu berapa ramai yang buat pengakuan pernah curang dalam perkahwinan. ade yang menyesal sebab kawen awal. dan bukan lelaki saja yang curang sekarang ni. para isteri pun tak kurang jugak yang pernah curang. menduakan suami. nauzubillahiminzalik. jangan la jadi kat aku.
aku ada sorang kawan. baru kenal. baru sangat-sangat la kiranya. dia seorang lelaki. umo dalam 28 tahun. sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. sorang lelaki sorang perempuan. ceritanya kat aku, dia kenal dengan wife dia dua bulan terus bertunang. lepas 3 bulan bertunang, kawen. kiranya tempoh perkenalan dalam 5 bulan je gitu. aku respek kat dia sebab berani buat keputusan untuk berkawen walaupun dalam usia yang muda. tak silap aku masa tu umur dia dalam 24 dan wife dia pulak dalam 20 tahun.

then sekarang, mengadu nasib dia dan wife dia bermasalah. ceritanya kat aku, wife dia pernah tak balik rumah sebulan. tak tau pergi mana. anak-anak diabaikan. pernah jugak wife dia sepak muka anak sampai pecah bibir. aku tanya kenapa. dia kata wife dia nak bebas. n katanya lagi, makan minum dia, tanggungjawab sebagai isteri memang diabaikan. asal jumpa nak bergaduh. aku cakap balik, kalau dah macam tu keadaannya, kenapa tak buat keputusan nak bercerai? katanya kesian kat anak-anak. erm.. jawapan yang selalu aku dengar. tapi, sekarang ni dia kata dia memang dah berapa kali turun naik mahkamah sebab nak selesaikan hal ni.

mengeluh panjang jugak la aku bila dengar cerita dia. aku pun tak tau nak cakap cemana. sebab aku hanya dengar cerita sebelah pihak. aku pun tak kenal dengan wife dia. tak tau nak kate siapa salah siapa betul. itulah masalah rumahtangga diorang. aku sebagai orang luar hanya mampu memerhatikan sahaja dari jauh. atau sekadar mendengar luahan perasaan dia.

mendengar cerita dia..banyak benda yang aku pikirkan. kadang-kadang aku pikir kawen muda ni elok jugak. mgkin elok untuk elakkan daripada buat maksiat. pastu kehidupan kita akan lebih teratur. ade orang jaga makan minum sume. nanti dah tua anak pun dah besar panjang. tapi, kalau dilihat dari sudut lain pulak, ade jugak keburukannya. macam kes teman aku td la. isteri kawen terlalu muda. akibatnya tak puas nak enjoy. masa tu baru terpikir banyak benda lagi aku belum buat. anak-anak yang sepatutnya jadi penghibur hati, dijadikan tempat melepskan perasaan tak puas hati. akibatnya, anak jadi mangsa. mak bapak bergaduh, anak-anak derita. padahal mak bapak tu dulu kawen bukan sebab terpaksa. memang pilihan hati. memang bercinta sebelum kawen. u lap me, i lap u. tapi, kenapa yer, perasaan tu mudah berubah??

teringat kata-kata seorang teman yang lain pulak. katanya, bila dah berkawin, perasaan tu bukan lagi jadi keutamaan. masa tu tanggungjawab dah jadi no 1. benda-benda lain seperti berkasih sayang, bermanja-manja tu dah letak ke belakang2. masa tu hanya pikir masa depan keluarga, anak-anak, & cemana nak kukuhkan ekonomi keluarga. pendek kate nak beramas mesra, nak bersayang2 macam waktu bercinta dulu memang dah takde. lagipun dah selalu duduk sebumbung. hari-hari pandang muka. adakalanya perasaan rindu pun boleh hilang. pendek kate, alam perkahwinan dan percintaan adalah dua dunia yang berbeza. jangan terlalu mengaharp perkahwinan kita akan semekar dan sewangi cinta kita. sebab tu dia kate lagi banyak keruntuhan rumahtangga berlaku pada bila dah sedekad berkawen.

tapi, itu lah.. itu pendapat orang yang dah berumahtangga. memang la lain orang lain jalan ceritanya. ada orang memang mudah jalan cerita hidupnya. dari dia lahir sampai dia mati hidup dia simple, senang je. nak ape dapat. jodoh senang dapat. hidup pun bahagia. kalau ade pun masalah kecik2 je. tapi, ada pulak orang yang memang selalu diduga tuhan. pendek kate ade je masalah tak selesai. selesai masalah ni, datang masalah lain. bergantung apda kita sendiri untuk selesaikan masalah tu.

tapi, bila aku tengok kawan-kawan aku, alhamdulilah semuanya bahagia dengan pasangan masing-masing. aku pun tumpang gembira jugak. walaupun pernah terdetik dalam hati kalaulah hidup aku simple macam diorang kan. hehehe. takpelah, aku bersyukur dengan ape yang aku ade. mgkin belum masa untuk aku jadi macam diorang.

kepada kawan-kawan yang dah kawen tu, jagalah perkahwinan korang sebaik-baiknya. terimalah pasangan korang seadanya. dah jadi suami isteri kan kenalah tolak ansur. kepada yang baru-baru nak melangkah ke alam perkahwinan tu, yang baru nak bertunang tu, pikirlah sebaik-baiknya. jangan menyesal di kemudian hari. pastikan betul-betul yang dia memang pilihan kita untuk dijadikan pasangan hidup ke akhir hayat. apepun, selamat berbahagia tuk korang.

adios!!