31 July 2007

:: aku benci makcik inai spa tu ::

sabtu lepas aku kengkonon nak memanjakan diri. maklumlah, kate tak balik kampung so aku nak la isi hujung minggu aku dengan mende berfaedah. kononnya. lagipun ni le masa nak memanjakan diri. kalau tak bila lagi kan.

so, aku pun pegi le mengahabiskan duit gaji baru aku dengan wat manicure, buat rambut n buat facial. wat rambut n manicure tu kira ok la. ni aku nak citer pasal aku buat facial. kat area umah aku tu memang banyak tempat wat facial. tapi cina punyalah. cuma ade la satu spa orang melayu kita ni. aku pun dengan niat hati nak tolong orang melayu la konon, g la spa tu. facial biasa je RM 45 hengget. kalau ade laser bagai RM 75. huh, mahai tul. aku wat kat kampung 30 hengget. erm..nak kate ape..kampung lain ek..

harga tu sebenarnya tak kisah sangat la. sebulan sekali je kan wat facial. buakn selalu. tapi, dia nyer servis, mak oi...cam haram jadah. buat cam nak tak nak je.. main tenyeh je muka aku ngan pape tah. pastu time nak buang whitehead, blackhead tu dia guna cara lama. bukan yang pakai karen tu. punyalah sakit. dia korek2 muka aku sampai aku rasa nak terajang je muka makcik tu. pastu ade satu bintik kat muka aku yang mmg dari lahir mende tu ade pun dia seboleh-boleh nak korek jugak. memandangkan mata aku ditutup, maka aku tak nampak le ape yang dibuat oleh makcik tu. cuma leh rasa je kesakitan dimana-mana. huh, memang cibai tul. pastu nak borak ngan aku asik nak citer pasal anak dia. anak dia belajar overseas la..itu la ini la..hee..plz la.. kalau anak ko presiden amerika pun, aku tak hingin tau.

dekat sejam setengah aku menderita kesakitan kat situ. balik2 je tengok muka aku merah. pastu siap ade parut baik punya betul2 kat hidung aku. muka aku pun rasa lagi teruk adalah. tah hape punya brand kosmetik dia pakai. dari paris konon!! kalau servis tak bagus tak guna jugak.

pastu balik siap pesan kat aku soh datang lagi. wat rambut ke, spa ke.. heee..tak hingin aku!! cukuplah sekali tu je aku pegi situ. sumpah aku takkan pegi lagi.. korang yang baca blog aku ni pun aku tak nasihatkan jangan pagi. unless korang memang tahan kesakitan la. aku memang stok tak tahan nye. kedai tu kat area seri kembangan, dekat2 jusco equine tu. nama tempat tu INAI PURI SPA.

25 July 2007

:: 10 Sebab Dilarang Pilih Suami Orang ::

dok browse bod Lovers Problem kat cari porem terjumpa satu thread ni. agak menarik sebab lately ni banyak sangat kita dengar pasal skandal ngan laki orang, bercinta ngan suami orang n memacam lagi la.. maklumlah orang lelaki makin kurang. nak cari lelaki bujang yang berkualiti memang la susah. nak tak nak terpaksalah pilih laki orang. so, untuk sesape yang kekasih hatinya itu berstatus suami atau ade yang baru nak bejinak-jinak dengan suami orang tu, renung-rengungkanlah artikel di bawah ni. (ingatan tuk aku jugak :-P) kredit tuk cari forum.com.my.


10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!


bersambung.......

26 June 2007

.empty.

rasa yang teramat bosan sekarang ni. bos takde, keje pun malas nak buat. semenjak nak pencen ni, rajin pulak orang tua tu gi jalan. kalau sehari dua takpelah jugak. ni tiggalkan aku seminggu, dua mingu. aku jugak yang kebosanan, kegersangan.... gersang?? hmm....

mata dah la ngantuk. kaedahnya, semalam berborak sampai tak hengat dunia. last-last pagi ni aku jugak yang bangun lambat. sedar-sedar jam aku dah kul 7.10. cemana la aku tak perasan henpon aku bunyi. tersedar pun sebab aku dengar bunyi bising. rupanya, osmet aku kejutkan aku dengan cara mengetuk tangga menggunakan lesung. keji tak?? alasan dia malas nak naik tangga. sabo je la aku nyah..tapi, takpelah jugak. kalau tak sebab dia ketuk tangga tu, silap2 mau terlajak aku smpai petang. kalau tak sebab osmet aku tu seopis ngan aku, malah merangkap pulak pen. kanan bos aku, mmg aku dah MC pagi td. malas tul nak gi keje. aku dah tau dah konpem takde keje nye. sudahnya aku dah jadi cam orang biol kat sini. bosan tahap gaban. nak cuti rasa sayang lak cuti aku tu. tengok lah esok cemana

hari ni adik aku dr uk tu sampai. huhu, tak sabonya aku nak dapat kasut baru. (baru ke??). rasa cam nak ikut pulak mak aku balik kg petang ni. kalau ikut hati, aku MC je dua hari. tapi, apakan daya.. dok serumah ngan bos ni le payanya. tak boleh nak tipu langsung. huwaaa...tension nye haku. ape nak buat ni??

22 June 2007

:: SimPle QuOte ::

simple quote for today

TO LOVE IS NOTHING BE
TO BE LOVE IS SOMETHING
TO LOVE AND BE LOVED IS EVERYTHING

DON'T MARRY A PERSON YOU CAN LIVE WITH
MARRY SOMEONE YOU CANNOT LIVE WITHOUT

15 May 2007

:: Orang Yang Mencintai Kamu ::

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]