09 July 2006

:: 10 Julai 2006 ::

PUAS

puas tul hati aku dapat menjerit malam tadi. rasa hilang semua masalah aku. aku pun tak tau nape aku berkelakuan cam tuh. gila tul la. excited betul aku. ni semua as nye pasal. ikutkan aku memang dah malas nak kuar tengah-tengah malam tu. lagipun balik je jusco, kitaorang dah singgah kat mamak tu. singgah makan. tapi, lepas balik umah, as ajak kuar lagi. tengok bola kat kedai mamak. gila tul pompuan tu. sanggup dia tarik aku sampai aku terbangun. as cakap tengok kat umah tak happening. lagipun world cup ni bukan tiap-tiap tahun ade. 4 tahun sekali beb. erm..bila aku pikirkan balik, betul jugak cakap dia. lagipun, masa ni le aku nak enjoy. kuar ngan kawan-kawan. tengok bola. mungkin lagi 4 tahun aku tak berpeluang buat cam tu kan? who know?? so, ape salahnya aku amik peluang sementara tengah ade ni.

so, kitaorang pun dengan poyo-poyonye kuar la kul 12.45. saje je kuar awal. nak cari port baik. kalau lambat sure takde tempatnya. cam hari tu, masa brazil main, tak dapat nengok sebab sume tempat penuh. hangin je aku. aku cakap ngan as, aku nak tempat tadi. tempat kitaorang dok masa makan tadi. dan, memang nasib kitaorang agaknya, tempat yang kitaorang duduk sebelumnya still kosong. alhamdulilah. dapat gak dok port baik sket. heheheh...

aku sokong itali. as sokong france. ikutkan, aku bukan minat sangat ngan team itali, tapi disebabkan team pilihan (GERMAN) dah out, so pilih la team lain pulak. kenapa aku pilih itali?? hehehe...sebabnya, semua kawan-kawan aku dok sokong france, so aku amik la itali. ikut kata hati aku. hati aku kata, itali memang. tapi. sebenarnya. aku pun tak berapa yakin itali akan menang. kalau nengok kan pada game tu, banyak peluang kat france. tapi, nasib menyebelahi itali. memang aku dah agak kemenangan akan ditentukan dengan sepakan penalti. kalau masa game tu, aku leh relax lagi, tapi bila tiba time penalti, memang aku dah takleh nak kontrol. memang berdebar-debar. sebab tu la aku tak berapa suka tengok bola, sebab aku tak suka perasaan berdebar-debar macam tu. takut. seram sejuk je aku rasa. takut team pilihan aku kalah. tapi, nasib baik la itali menang. so, aku menang bet ngan as. huhuhu.. as, jangan lupe langsaikan hutangmu...

apa-apa pun zinedine zidane tetap pujaan hatiku...hehehe...takpe kan...


DEMAM

tekak aku sakit, badan aku seram sejuk, hidung aku sensitif. sikit-sikit nak bersin. batuk tok sah cakap la... rasa cam nak terkeluar jantung aku nih. apsal ek? nak demam ke? hadoi la...seksa tul rasa camni. nak wat keje pun tak boleh. nak makan lagi la. perit je rasa. cemana la nak naik kan berat bedan ni....erm...tension la. nak kata demam bola, WC dah abis. demam ape la pulak ni...? takkan demam rindu kot....erm...apa nak buat? makan ubat loh....

05 July 2006

:: my hero is back ::



semalam pergi tengok SUPERMAN RETURN. komen aku? erm..not bad la ceritanya. nak kata best pun takdelah best sangat. nak kata boring pun tak jugak. ala, citer superman. sama je. tapi, hero kali memang hensem. hensem bangat. teruja aku dibuatnya. hehehe...


tapi, dalam banyak-banyak superman ni, TOM WELLING tetap dihatiku...muahhss... tapi, sayang.. lom penah lagi tom welling pakai uniform superman. teringin gak nak tengok TOM WELLING pakai spender kat luar..hehehe...er, cakap pasal spender ni, korang perasan tak spender superman makin lama makin kecik. ada kemungkinan superman yang akan datang ni, akan pakai G-STRING pulak. hahahah..teruja.teruja. :-D

03 July 2006

:: kenangan terindah ::

Kenangan Terindah
by Samsons

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

darimu, kutemukan hidupku
bagiku, kau lah cinta sejati

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

~~ lagu untuk awak lagi....huwaa...sedeynya...!!! ~~

:: hati ::

hatiku..mengapa kau begini?
hatiku bingung
hatiku keliru
arah mana patut dipilih
antara rasa dan pendirian
mengapa jadi begini

hatiku kini bukan padaku
dibawa pergi dan dicuri tanpa ku sedar
meninggakan ku dengan seribu persoalan

hatiku,bantulah aku...
kembalilah padaku jika kau rasa dia bukan untukku
namun,
jika kau rasa dia ditakdirkan bersamaku
janganlah kau tinggal kan aku...
bawalah aku bersamamu
untuk merasa nikmat bahagia..

02 July 2006

:: damai yang hilang ::

Sepi yang mencengkam saban waktu
Membawa aku ke lembah berduri
Yang aku sendiri tidak pasti
Apakah aku dapat mengharungi

serabut. kepala aku serabut. banyak benda nak kena pikir. masalah itu, masalah ini. tak tau la bila semua ni boleh settle. tu la...takde masalah, nak cari masalah. nah, sekarang ni, hambik ko! bak kata seseorang, berani buat, berani tanggung. tadah je la!!

tadah je?? hmm...memang itu yang aku sedang buat sekarang. malas nak pikir banyak. jalan dah ade, aku pun dah pilih. so, lalu je la. jalan tu bengkang-bengkok ke, berlopak-lopak ke, dah nak runtuh ke, itu yang aku pilih. nak tak nak kenalah teruskan jugak. nak patah balik?? macam tak mungkin je. dah jauh sangat aku berjalan. tak larat aku nak reverse.

biar lah...biar lah masa yang menentukan segalanya. kalau baik, baik lah. kalau tak, anggap je tu semua balasan untuk aku. aku terima je.

Siapakah kan datang
Menyudikan dirinya
Menghulur tangan
Membawa ku naik
Ke daratan yang penuh
Debunga wangi

siapa agaknya? ade ke??