16 May 2006

:: mana bos?? ::



aku sampai opis je, aku tengok keta bos aku dah ade. ala....boringnye. mesti aku busy ari nih..hmm...



tapi, bila aku naik atas aku tengok pintu opis still tertutup. lampu pun lom bukak.  pelik.  biasnya bos aku kalau dah sampai, mesti dia dah open pintu n lampu. 



aku try sms dia " Tuan Haji tak masuk opis ke? "



dia reply balik " I masih di Kuching. Petang baru masuk."



yehaaa.....selamat aku. boleh lah aku mengupdatekan blog aku dan berforum kejap.  macih bos.!!!


15 May 2006

:: lunch ::











ni le makanan aku untuk tengahari ni. dah dua hari ni aku aysik makan free je. sebabnya kat office aku ni ade buat bengkel ape tah, so banyak la makanan lebih. pagi ade bekpes, tengahari ade lunch, petang pulak ade minum petang..huhu..sonoknya kalau hari-hari camnih. pulak tu bilik meeting ni depan je bilik aku, so senang sikit aku nak amik. kalau dia letak jauh-jauh tak kose la aku nak pegi amik. malas nak jalan. hehehe....ini la yang dikatakan rezeki. cam tau-tau je aku ngah sengkek bulan nih....



burp...alhamdulilah!!




:: sedekah ::

kebiasaannya bila ade orang minta derma atau sedekah aku akan bagi je tanpa banyak soal. kalau duit aku tinggal seringgit pun, aku akan bagi 50 sen kat diorang. entahlah, rasa tak sampai hati pulak kalau tak bagi. serba salah pun ada. lagipun aku percaya, lagi banyak kita sedekah lagi banyak rezeki yang tuhan bagi kat kita.



dan memang betul pun. disebabkan aku ni jenis tak kedekut nak keluar duit bila orang minta derma, memang rezeki aku selalu murah. jarang la aku kesempitan duit. tuhan buka rezeki aku selapang-lapangnya. alhamdulilah.



tapi. hari tu. entah kenapa ade orang minta derma, aku langsung tak bagi apa-apa. bukan aku takde duit, tapi mungkin sebab aku bengang dia ketuk pintu rumah aku time aku tengah sedap-sedap tangok tv. memang aku agak marah masa tu. aku pulak memang jenis malas nak bangun kalau dah syok tengok tv. even kalau Bawan telefon masa tu pun, aku akan marah. ni pulak orang ketuk pintu mintak derma. ye la, ketuk pintu macam nak roboh pintu aku. macam along mintak hutang pun ade. tak tau adab ke datang umah orang. patutnya kalau bagi salam 3 kali orang tak jawab tu, paham-paham je la. ni tak... memang aku marah masa tu. dan dek kerana kemarahan aku tu, aku langsung tak bagi walau 50 sen pun kat dia. hahahhaha.....padan muka!



then, lepas budak tu pergi, tiba-tiba aku rasa bersalah sangat. rasa macam tak patut aku buat macam tu. tetiba aku terpikir, mungkin tuhan akan sempitkan rezeki aku sebab perbuatan aku tu.



dan kesannya memang aku rasa sekarang nih. bulan ni betul-betul aku rasa sengkek. rasa cam duit aku tak cukup je. bukan rasa. memang tak cukup pun. (nak beli syampoo botol besar pun kena pikir dua kali..adeh!! hina je rasanya...) aku pun pelik. padahal sebelum ni ok je. bulan ni pulak tiba-tiba jadi macam tu.



n serta merta ingatan aku terbang kat budak yang mintak derma tu. rasanya dah tau kenapa aku rasa macam tu bulan ni..hmm...nak wat cemana kan. terpaksalah bulan nih, aku berjimat cermat. dan lepas ni, kalau ade orang minta derma @ sedekah aku akan bagi je walaupun seposen. takmolah aku jadi hajah bakhil lagi.......serik dowh.....




12 May 2006

:: kecik hati ::

aku tak tau la sama ada aku ni memang jenis orang yang cepat kecik hati ataupun aku memang patut rasa cam tu. ya. aku memang berkecil hati ngan seseorang. siapa orang tu, biarlah aku je yang tau.



aku tak tau la sama ada selama ni dia ade tak anggap aku sebagai kawan baik dia, ataupun mungkin aku ni sekadar kawan bila dia nak gunakan aku. ntah la.... rasa geram pun ade, tapi selebihnya rasa terkilan yang bersarang dalam hati aku nih.. huh, bencinya aku dengan perasaan macam ni...



aku tak tau la kenapa dia nak berahsia sangat ngan aku. kenapa dia tak nak bagi tau aku. padahal aku yang kenalkan dia ngan forum tu. aku yang ajar dia kalau tak tau apa-apa. tapi.....??? then, bila dia dah ada kawan-kawan kat situ, terus lupakan aku..aku bukannya nak menyibuk ke hape.. tapi, at least, bagi lah tau aku. dia tak tau ke aku akan baca jugak mende yang tulis tuh. lainlah kalau memang aku tak tau apa-apa. hmm.....ntahlah....manusia ni memang cepat lupe diri.. ah, entahlah......!!!! sakit hati je rasanya.....



btw, bukan sebab tu je yang aku kecik hati...ade jugak sebab-sebab lain yang tak perlulah aku bagitau.....takpelah, what u give u get back. mungkin hari ni hari kau, esok lusa hari aku. siapa tau kan??