20 April 2009

. cujen the lejen .


p/s : aku cuma kata mau tutup blog ini. bukan mau berhenti berblogging. hehe.
Ha, ape lagi. Cepat2 la tukar link ye.
Bai.

16 April 2009

. bai .

Aku dah mula bosan.
Mau tutup blog ini.
Kepada kawan-kawan semua yang selama ni sudi baca blog aku,
sudi meromen-romen blog aku, diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Aku pergi dulu.
Bai korang.

:-(

15 April 2009

. el amor no es como la pintan .

Maksud tajuk di atas : CUJEN MEMANG SEORANG YANG COMEL & BERGAYA (ikon sengih)

Aku sekarang mengalami sindrom malas tahap KUCING GARFIELD TURUN TANGGA PAKAI PERUT. Sebab semalam member aku cerita pasal kucing kawan dia yang pemalas yang turun tangga tak pakai kaki tangan. (kucing ade tangan eh? ke kaki je? konpius jap). Kucing tu just landingkan perut dia yang memboyot tu kat tangga, pastu terus gelongsor sampai bawah. Keji kan? Memang dasar pemalas punya kucing. Huh!

Tapi kan. Aku rasa aku punya malas sebenarnya lagi dasyat dari kucing tu. Hahaha.

Aku pun tak tau la kenapa jadi macam ni. Aku tau semua orang pun mesti pernah mengalami sindrom yang aku alami sekarang ni. Korang rasa sindrom ni ade kena mengena ngan genetik tak? Ataupun suasana persekitaran yang mempengaruhi sindrom ni? Aku punya pemalas tu sampai tahap aku nak pergi berak pun rasa malas. Dah la sekarang ni aku makan ubat ape tah member aku syorkan. Pas makan je ubat tu, aku asik nak tercirit je. Tak kira masa. Pagi, petang, siang malam. Sampai aku rasa separuh hari aku dihabiskan dengan mencangkuk dalam toilet je. Eh, silap. Aku pakai jamban duduk. So, tak payah la korang dok bayangkan aku mencangkuk macam mana. Keji la korang ni.

Sikap malas aku terbawa-bawa dari opis sampai ke rumah. Sebab tu aku takde idea nak updet apa kat blog aku ni. Sebabnya balik je dari keje aku terus membongkang atas katil. Malam sket dalam kul 11 ke baru aku bangun tuk mandi dan makan. Huhu. Korang rasa kalau bakal mak mertua aku baca entry aku ni, harus tak aku kena REJEK? Eleh, aku tau bakal mak mertua aku masa muda-muda dulu pun mesti pemalas macam aku jugak. Sebab tu dia bakal dapat menantu yang malas macam dia. Karma beb. Haha. Releven tak? Persoalannya, siapa bakal mak mertua aku ek? Lupa pulak aku sekarang ni SINGLE N AVAILABLE. Ok, stop cujen! Tindakan anda mempromote diri sendiri itu bakal mengundang perasaan jelek di kalangan blogger lain. (ingat ko sorang je single??)

Hidup aku sekarang ni sangat membosankan. Ditambah pulak line berukband aku dah kena potong. Yer, sekarang ni aku hidup dalam keadaan bosan dan miskin. (tak mampu bayar bil berukband). Laptop aku pun terpaksa diwakafkan kepada adik beradik yang lebih memerlukan. (kepada adik beradik yang dimaksudkan...korang kalau lupe jasa-jasa aku ni..siap la...aku santau korang). Hinanya aku rasa diriku sekarang. (sambil layan lagu 'hidupku..tak seghairah..gerak gaya tidak selincah...'). Sorry la, lupa pulak tajuk lagu tu. Oh ya, layan lagu tu sambil makan balance karipap yang dibeli pagi tadi. Sambil mengunyah karipap yang dibeli di kafe opis sebelah....alamak...tetiba teringat kisah semalam. Kisah 'lelaki kacak opis sebelah yang menjadi pojaan hatiku rupanya sudah berkahwin'. Owh, sekarang aku betul-betul rasa miskin, hina dan dina. 'Beginilah nasib...diriku yang malang....oh tuhan....'

Ah, sudah!!

Ini semua permainan duniawi...terimalah seadanya...hormat menghormati..menjadi tauladan hidup ini...jagalah dirimu oh kawan... Isk, apasal tetiba awie menyelit kat sini. Sibuk je taw!! Dah, gi main jauh-jauh.

Chow.

Motif letak gambar sendiri? Blog aku kan...hehehe (ayat seterusnya sambung sendiri.. lalalala)
Adik aku cakap 'eh, rambut angah ade air pancut la.'
Hihihi.

14 April 2009

. hati pecah .

Uwaaaaa....sedihnya....



Baru dapat tau lelaki kacak opis sebelah yang menjadi pojaan hatiku,
rupanya dah KAHWIN!!

Uwaaaa......melepas untuk kesekian kalinya.

Lagu sedih satu plissssss


NIDJI - HAPUS AKU

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku


Asal sume yang aku minat dah jadi orang punya nie?? Cis, tak puas hati betul.
Nak rampas boleh???


Lariiiiiiii.............

08 April 2009

. tiada entry baru, tag pun berguna jugak .

Tajuk di atas di ilhamkan dari pepatah
TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA JUGAK.

Hehe.

Baru perasan aku telah di tag oleh Puan Wadah.

Tag Gambar Profile (suka-suka je bagi nama camni)


1.Letakkan gambar profile anda

2.Terangkan apa maksud gambar itu?

Er, gambar ni tak membawa apa-apa maksud pun. Cuma aksi keji aku merakamkan gambar ketika mencuba baju di Fitting Room. Gambar memang sengaja diterbalikkan untuk menampakkan hasil seni yang tinggi (cit poorah!). Muka memang sengaja tak dirakamkan supaya tiada kata-kata yang mengatakan aku poyo.

3.Kenapa pilih atau letak gambar itu?

Kena paksa dengan kekasih Johnny Depp sebab dia kata dia suka gambar tu .



Er, dah abis. Wadah, aku kena tag orang pulak ke??

Ok, la...aku tag mereka-mereka di bawah ini

1. Cik Farah Diana

2. En. Nik Muhammad Hafiz

3. Puan Sri Intan Ien

Isk, tetiba pc aku cam haram pulak. Aku taip bukan main laju, dia kuar seketul-seketul. Mcm ni sampai subuh esok tak abes taip. Aku stop sini dulu. Sesape yang sempat di tag oleh aku tu, sila jangan ngelat ok.

Bai.