22 August 2008

B E R D I A M . D I R I .



ada orang kata sesungguhnya berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata.
itu yang akan aku buat sekarang.
aku malas nak cakap banyak .
aku nak diam je.
aku nak ikut je rentak dia.

selagi aku boleh bertahan, aku bertahan.
selagi aku boleh bersabar, aku akan bersabar.
selagi aku boleh ikut, aku akan ikut.
cumanya aku tak pasti sampai bila.
sampai bila
aku akan bertahan dengan keadaan yang macam ni.

aku takut satu hari nanti aku akan tewas.
tewas pada keadaan.

erm...tah la....kita tengok je la nanti cemana.

S E N Y U M



start from hari ini, saat ini, detik ini,
aku takmo sedih2 lagi.
no more nanges2, cengeng2.
aku kena kuat.
kena belajar menyayangi diri sendiri.
kena belajar menjaga hati sendiri.

cukup-cukup la selama ni hanya aku yang menjaga perasaan orang.
cukup-cukuplah selama ni aku sayang orang lain lebih aku sayang diri sendiri.
aku dah letih.
sekarang aku mengerti,
tak ada siapa akan mengerti dan memahami hati kita
melainkan kita sendiri.

aku jugak mengerti,
bahawa tiada yang maha mendengar dan maha memahami
melainkan ALLAH s.w.t.

sebab tu, aku tak perlukan orang lain untuk memahami dan mendengar aku.
kerana aku ada DIA.
hanya DIA kekuatan aku sekarang.
hanya DIA pembimbing aku sekarang.

semoga aku tidak terpesong jauh.
amin.

20 August 2008

U N T I T L E D

cuti sekolah

aku suka cuti sekolah.
sebab, aku tak pelu bangun terlalu awal.
tak perlu menempuh jalan jammed.
tak perlu berebut parking kat basement.
kalau tido umah mak aku, tak perlu berebut bilik air ngan adik aku.
yes...aku suka cuti sekolah.
bukan budak sekolah je yang cuti.
mak bapak budak pun sibuk bercuti.
opis lengang.
aku sangat suka.

demam

aku tau aku nak demam bila
aku nampak sume barang jadi besar.
mouse yang aku pegang rasa sedang membesar.
keybord aku dah nampak cam sampan.
flet skrin 17' dah nampak cam 42'
adeh...nak demam betul ke ni??

sensitif

aku perasan sejak akhir-akhir ni aku sangat sensitif<
especially dengan si dia.
aku PMS atau ini memang sindrom orang-orang nak kahwin?
aku tak suka.
sebab bila aku sensitif, aku kuat merajuk.
bila aku sensitif, aku kuat nanges.
bila aku sensitif, aku jadi takde mood.
aku sangat tak suka.

p/s : aku nak halfday. aku rasa sangat tak sihat.

14 August 2008

H.A.B.I.T

aku ada satu habit pelik.
pelik pada aku la. pada orang lain mungkin biasa-biasa je.
aku kalau dah suka sesuatu, aku akan stick kat mende tu je.
sampailah aku rasa bosan.pastu aku dah tak pandang dah.

paling ketara sekali bab makan.kalau aku suka satu makanan tu, aku akan makan mende tu je.sampai aku dah rasa muak atau dah nak muntak tengok makanan tu baru aku tukar selera.itupun bergantung kalau aku dah addcit kat makanan lain.sekarang ni aku ngah gila makan sizzling mee ngan milo ais.tapi aku tak nak milo ais buat sendiri.aku suka milo yang pakai mesin tu.ala, yang ade kat fast food tu.kat mcd ke, kfc ke, a&w ke.aku pasti mintak milo ais.

minggu ni sahaja (hari ni baru rabu) aku dah 3 kali makan mee claypot. milo ais tak ingat bape kali. dah lebih 5 kali kot.gila addict.notakaki : tetiba teringat slogan masa aku belajar dulu. slogan aku zura ngan hana."BUAT SAMPAI MUNTAH" :-p